Kapten Akira

204 46 113
                                    


akira_hiroshi
Hanran99
typo_warrior
Ira_Araz

Untuk cerita kali ni, saya tujukan khas untuk Kapten akira yang disayangi. meh...

Disebabkan saya tak dapat jawab soalan teka-tekinya pada game yang kami main pada 11/3/2017. Jadi saya perlu pilih truth or dare. Dan saya pun, pilihlah DARE. Kenapa aku pilih dare???😣😤

Dan dare saya adalah perlu buat satu part kisah tentang Kapten Akira

Uh, saya akan sahut cabaran ini! Walaupun mungkin cerita ini tidak segempak yang awak harapkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uh, saya akan sahut cabaran ini! Walaupun mungkin cerita ini tidak segempak yang awak harapkan.😄😄

Dan, terimalah karya dari saya yang tak seberapa ini...

.............................................................

"Kapten, ada kapal lanun yang sedang menuju ke kapal kita." kata si tukang perhati yang berada di tempat pemerhati (tak pasti apa nama kerja yang dia sandang tu) sambil mencampakkan teropong itu ke arah Kapten Akira.

Kapten Akira menyambutnya dan segera meneropong ke arah kapal itu. "Kapal Jack Sparrow."

Kapten Akira tergelak sinis "akhirnya dapat jugak aku bertembung dengan Si Lagenda Lautan."

"TURUNKAN LAYAR. TAMBAHKAN KELAJUAN." secara automatik Kapal NAZU menjadi riuh. Kapal NAZU adalah nama Kapal Kapten Akira. (singkatan untuk nama dia. Kalau nak tahu, tanya dia sendiri). Semua kru kapal sibuk memainkan peranan masing-masing.

"Yee. Langgar kapal dia"

"ai aip, kapten" kapal itu berpusing sedikit ke kiri.

"MASUKKAN PELURU DALAM MERIAM. BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR." Arah Kapten Akira tidak putus-putus.

Kapal Jack Sparrow

Jack Sparrow menutup teropongnya. Mukanya cuak. "PUSINGKAN KAPAL". Ya itulah Jack Sparrow, dia tak sukakan pertempuran.

Mereka semua menurut perintah, walaupun dalam hati menyumpah-nyumpah. Dia tahu sebenarnya kapal dia takkan sempat diselamatkan.

Brughhhh.....

Pelanggaran antara Kapal NAZU dengan Kapal Jack Sparrow mengakibatkan sedikit gegaran. Jack yang sedang menuruni tangga untuk menyorok pun terjatuh (hahaha padan muka dia).

"SERANG..." anak-anak kapal Kapten Akira melompat dari Kapal NAZU je Kapal Jack Sparrow. Manakala, Kapten Akira memerhati sahaja pertempuran yang berlaku di depan mata. (biasalah kaptenkan mamang selalu macam tu. Bila anak buah dah kalah baru dia masuk)

 StoryWhere stories live. Discover now