BAB 4

44 2 0
                                    


" Untunglah kau kan Damia , popular , jalan kat mana-mana pun orang kenal. Aku ni yang malu jalan dengan kau sebab dari tadi orang asyik pandang-pandang je " Azel berkata sambil membetulkan cermin mata yang digunakannya.
" Well tu gunanya aku kerja sebagai modelkan , niat aku memang tu je kan minat and want to be a famous " balas Tengku Damia dengan senyuman sinis.

" Mel kau tengok sana , Tengku Damia dengan Diva's lah " kata Chaca sambil mencuit bahu Amelia.
Mata Amelia langsung melihat ke arah yang di tunjukkan lalu berkata " Guys kita panaskan badan kejap , belum nak masuk kelas lagikan " dengan nada sinis dan mata yang tidak lari dari memandang Tengku Damia.
Cemburu dengan populariti yang Tengku Damia ada , cakap je Tengku Damia Tengku Amin satu sekolah kenal. Model majalah tu kan , yang cantik tu kan , anak tengku tu kan , semakin buat Amelia sakit hati dengan apa yang Tengku Damia ada.

Amelia dan gengnya berjalan ke arah The Diva's, dengan sengaja Amelia melanggar kuat bahu Tengku Damia sehingga mengakibatkan dia terdorong ke belakang. Hampir-hampir jatuh terduduk macam nangka busuk , untung dia bijak seimbangkan diri.
" Kau kenapa hah ! " sergah Eisyah dengan menolak bahu Amelia apabila melihat dia yang sengaja melanggar Tengku Damia. Pantang Eisyah bila budak belagak pandai ni cari gaduh , sebelum exam tadi nak je dia tumbuk muka penipu Amelia ni. Nasib emak harimau yang jadi pegawas peperiksaan , kalau tak memang lunyai jawabnya anak perempuan Dato Izzuddin ni.
" Ehh panas pula budak tomboy ni" balas Amelia yang kekal dengan nada sinisnya sambil acah membersikan bahu yang di tolak oleh Eisyah tadi.
" Kau ni kan , apasal cari gaduh dengan aku , tak puas hati ke sebab aku lagi cantik dari kau ! Yelah kau kan tak cantik , dah lah muka penipu , belagak pula tu acah dia yang paling pandai kat sekolah ni " balas Tengku Damia setelah melihat muka sinis Amelia yang mengejek.
" Cantik ? Jangan nak perasan lah , muka cantik kau ni bukan boleh kemana pun bawa ke Pavillion belum tentu dapat barang free. Takyah Pavillion lah , kedai runcit cina pun tak hingin. Puihhhh !!! " bidas Amelia dengan penuh berlagak.
" Kan guyss ? " tambah Amelia dan soalan yang di tujukan kepada kawan-kawannya.
" Ha'ah jangan cakap kedai runcit cina , kedai tepi jalan hujung tapak kaki pun tak hingin tau, HAHAHAHAHAHA " ejek Kamsyiah dengan gaya gediknya.
Eisyah meluru untuk memberikan penumbuk sebiji kepada Kamsyiah , tetapi di tahan oleh The Diva's " Wehh korang izinlah aku bagi tumbuk muka dia sekali , aku kempunan ni. Rimas tau dengan gaya gediknya, nak jadi sotong ke apa " Eisyah berkata dengan nada geram.
" Wehh Eisyah tak payahlah , kau tak penat ke keluar masuk bilik pengetua nanti. Lagi-lagi Miss Lina bagi kita tindakan disiplin karang " pujuk Syah yang sedang menahan Eisyah daripada menumbuk geng Amelia.
" Huff takpayah nak ejek orang sangat lah Amelia , kau tak kenal siapa Tengku Damia lagi. Kau popular sebab selalu ranking pertama sekolah je , takat top1 aku pun boleh lah " kata Tengku Damia dengan bangganya.
" Wow belagaknya kau Damia ? Top5 pun kau tak pernah tiba-tiba nak Top1 ? Bravoooo !!!! Aku salute la dengan kau " sinis Amelia membalas kata-kata Tengku Damia.
" Aku cabar kau dekat exam-exam akan datang , yelah kalau exam kali ni memang taklah sebab kau asyik busy dengan modelling kau je kan " tambah Amelia lagi.
" Well , I accept your challenge Lia Amelia Dato Izzuddin " balas Tengku Damia dan meninggalkan Amelia dengan melanggar bahunya.
Amelia yang juga terdorong ke belakang kerana hentakan kuat dari bahu Tengku Damia berkata " Stupid girl !!! " marah Amelia.
Laungannya tidak diperdulikan oleh The Diva's yang telah jauh meninggalkan Amelia.
' I'll make sure youre not winning in this challenge Tengku Damia ' ucap Amelia dalam hati.

***

' Ehh tu kan Tengku Damia dengan Amelia ? Kenapa tu apa jadi ? Wahh new update ni mesti dengar ' bisik Imran dalam hati setelah melihat pergaduhan dua negara yang tidak pernah sebulu ni.
Imran mencuri-curi dengar perbualan mereka. Dia harus tahu apa yang di bualkan dalam pergaduhan kali ini. Imran wartawan sekolah , ramai followers di Instagram dan Twitter , rata-rata pelajar Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra yang menjadi penggemar cerita yang di update olehnya. Dia sentiasa mengupdate cerita terkini yang berlaku di sekolah , tentang si ini mempunyai hubungan dengan si itu pun dia akan update di media sosial miliknya , sehingga menyebabkan seluruh sekolah mengetahuinya.
Bulan lalu , Imran mengupdate tentang cabaran Tengku Damia dan Lia Amelia siapa yang lebih popular. Ramai yang menyokong Tengku Damia kerana dia telah menjadi model majalah hiburan. Secara automatik Tengku Damia menang kerana 83 percent student in school support her. Selebihnya sokong Amelia kerana berfikir dia akan menang sebab namanya sentiasa dalam ranking sekolah dalam carta pelajar pandai dan anak emas guru-guru.
' Wow kali ni cabaran siapa paling pandai pula yah ? Mesti update ni. ' Ucap Imran dalam hati , lalu mengeluarkan iphone6 nya. Dengan pantas dia membuka camera lalu ' click ' gambar Tengku Damia dan Lia Amelia yang sedang berperang mulut itu di update ke laman sosial miliknya dengan caption ( Who is more Clever ? Tengku Damia Queen Of School Or Lia Amelia Smarter Girl ? Wanna know who will winning ? Beauty VS The Best Follow the story for this month guys ) *post
' Wah banyak bawa hndphone ke sekolah hari ni , terus ratus like. Memang top lah cerita kali ni ' tambah Imran dalam hati lagi. Dia langsung menyimpan hndphone miliknya, takut cikgu nampak. Sia-sia je bagi hndphone mahalnya ke bilik disiplin.

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now