BAB 12

37 2 0
                                    

      Pagi Isnin yang ceria ini paling tidak di sukai oleh ramai pelajar , kerana adanya perhimpunan rasmi di Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra. Perhimpunan dimulakan pada pukul 6:45 pagi , dan semakin banyak kereta dan superbike memasuki perkarangan sekolah. Ini sekolah ternama guru-guru tidak kisah jika pelajar membawa kenderaan masing-masing ke sekolah kerana ibubapa mereka orang kebanyakan , guru-guru tidak mampu untuk menghalang , hanya memberi syarat asalkan mereka mempunyai lesen.
     Pelajar yang membawa kenderaan hanya tergolong pada pelajar pelajar senior kerana lesen memandu hanya diberikan pada umur 16 tahun bagi lesen motorsikal , manakala 17 tahun ke atas sudah mampu memiliki lesen memandu. Pelajar junior tidak kurang bergaya juga kerana dihantar oleh pemandu mereka lalu di bukakan pintu seperti puteri dan putera raja. Tiada yang hendak kalah dalam sekolah ini , bagi mereka prinsip hanya satu tiada guna kaya dan handsome jika tidak pandai.
       Setelah 1jam 15 minit perhimpunan berlangsung , semua pelajar terus berjalan menuju ke kelas masing masing. " Lama gila bapak kau tu berucap Syah naik lenguh kaki aku ni berdiri tau " Kata Eisyah.
  " Ehh apasal bapak aku pulak ? Bapak kau ahh " Syah terus menafikan apa yang Eisyah kata.
   Ahli Diva's yang lain hanya memandang gelagat rakan mereka , sehari tak sah kalau tak bertengkar mulut. Tapi bila study group pandai pula senyap.
   Setelah tiba di pintu kelas , Azel memandang pelik kerana pintu tertutup kerana selalunya terbuka bila belum ada guru dalam kelas. Dia menghidu sesuatu yang ganjil kerana keadaan dalam kelas riuh tiba tiba senyap setelah mereka tiba di hadapan pintu kelas.
    Syah yang sudah hendak menolak pintu untuk memasuk dalam kelas terhenti apabila Azel menghalangnya. Syah mengangkat kening seperti bertanya kenapa.
   " Eisyah Zulikha , memandangkan hari ni kita bersukan dan tengah pakai baju sukan ni apakata kau try stamina kau dengan tendang pintu ni , boleh ? " cabar Azel kepada Zul.
   " Okey jee " keluar gaya tomboy Eisyah atau lebih di kenali sebagai Zul. Adel dan Syah memandang Tengku Damia yang sedang menyilangkan tangan di dada. Tengku Damia hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.

   Boommm !!!

   Terbuka luas pintu kelas mereka , dan seperti yang Azel jangkakan mencurah curah air berwarna biru dari baldi yang seperi di pasang perangkap untuk mereka.
   Tengku Damia tersenyum sinis , dia ber high-five dengan Azel sebagai tanda good job. Mereka melangkah masuk kedalam kelas , ahli Diva's terus ke tempat masing masing , hanya Tengku Damia sahaja yang masih berdiri di hadapan kelas.
    " Siapa yang pasang perangkap " tanya Tengku Damia
  Sepi tiada jawapan dari kelas 5 Fizik. Tiba-tiba berdiri satu figura yang amat di benci oleh Tengku Damia.
   " Aku " jawabnya.
  Tengku Damia hanya tersenyum sinis lalu berkata " nasib baik lah otak aku lagi cerdas dari kau. Nak pasang perangkap tu belajar dari aku dulu baru prank tu menjadi "
    " Ohh otak kau lagi cerdas tapi apahal still tak mampu nak dapat ranking pertama beb ? " sinis Amelia membalas jawapan Tengku Damia.
    Baru sahaja Tengku Damia hendak menyerang Amelia , kakinya terhenti apabila dua kujur tubuh tiba di muka pintu.
    " Hahh Damia tempat duduk kamu kat mana " tanya Miss Lina.
   " Danial masuk " tambah Miss Lina lagi.
  Seperti pelari pecut , Tengku Damia terus ke tempat duduknya setelah di tegur oleh Miss Lina. Tetapi baru sahaja dia hendak melabuhkan punggung , dia berdiri semula kerana melihat Danial yang seperti hendak pergi ke tempat duduknya , iaitu di sebelahnya.
   " Hmp pandai pun tak payah nak d suruh lagi " ucap Danial dengan nada berbisik saat melintasi Tengku Damia untuk ke tempat duduknya.
    Tengku Damia hanya membuat muka menyampah dan terus duduk secara kasar setelah Danial berjaya melintasi tempat duduknya. Miss Lina meneruskan pembelajaran Fizik bagi masa pertama untuk pagi itu.
     " Miss tak bagi kertas exam ke ? " tanya salah seorang pelajar 5Fizik.
  " Minggu depan Miss bagi , sebab Danial belum jawab paper lagi kan " balas Miss Lina. Walaupun hanya Ujian 1 hanya memakan satu jam untuk satu kertas soalan tetapi Miss Lina tetap tidak mahu ada istilah soalan bocor.
   " So kami tahu kedudukan carta sekolah dulu lah baru dapat paper " Syah pula bertanya.
   " Macam tu la kut " jawab Miss Lina.
  Pembelajaran di teruskan kembali , Tengku Damia yang seperti bosan dengan pembelajaran kali ini sudah hendak tertidur.
  Baru sahaja dia hendak meletakkan kepala pada mejanya , dia terus terbangun kerana sebuah pemadam telah mendarat pada mukanya. Terkejut Tengku Damia dibuatnya , segar mata Tengku Damia hanya kerana sebuah pemadam. Dia menegakkan badannya , lalu mengambil pemadam tersebut. Setelah di lihat lihat pemadam itu seperti bukan miliknya.
   Dia terus memandang jiran sebelah mejanya , dan letakkan pemadam tersebut dengan kasar lalu berkata dengan nada berbisik kerana takut didengari oleh Miss Lina " kau pahal , aku tak ganggu kau oke "
  Am Danial hanya memandang kosong tanpa riak pada wajah , setelah itu dia memandang kembali ke papan putih " Aku tak nak kau terlepas ilmu kat depan ni , rugi tau tak " jawab Danial yang juga dengan nada perlahan.
  " Suka hati aku lah " balas Tengku Damia. Dia kembali untuk meneruskan niatnya untuk tidur , tetapi jirannya yang tidak makan saman ni tetap membaling pemadam ke arah mukanya.
   Tengku Damia cuba bersabar , tetapi setelah berkali kali perbuatan itu tidak terhenti , kesabarannya menipis. Dia menghentak meja dengan kuat " Jangan kacau la " marah Tengku Damia.
   " Ya , Damia ada apa ? " tanya Miss Lina kerana perbuatan Tengku Damia membuat seisi kelas hilang tumpuan dan Damia yang menjadi tumpuan pada masa ini.
   " Ahh ? Nothing Miss " jawab Tengku Damia dengan sengihan.

                                 ***

" Geramnya dengan budak Danial tu , Tuhan je yang tahu " Tengku Damia terus melempar beg sekolahnya ke sofa kerana terlalu geram.
" Diaorang Syah aku cerita boleh pula tambah gelakkan aku , ishh geramnya " Tengku Damia terus meniarap pada katilnya sambil tangan menarik-narik cadar katilnya tanda protes.
Dia terimbas kembali saat Ahli Diva's gelakkan dia pada waktu rehat tadi.
" Wehh Damia kau pahal tetiba meroyan kat kelas tadi ? " tanya Eisyah ingin tahu.
" Abang handsome si Syah tu lah , ada ke patut aku nak tidur dia p baling pemadam kat muka aku , kalau sekali je aku tak kisah lah ni bekali kali , apa lagi baran la aku " jelas Tengku Damia dalam intonasi yang geram.
" Tak kemek ke hidung mancung kau ni Damia " Syah bertanya lalu membelek belek hidung Tengku Damia.
Apalagi meletus ketawa Azel , Adel dan Eisyah bila Syah bahan Tengku Damia.
" Arghhhhhhhhh geramnyaaa! " jerit Tengku Damia apabila teingat kembali kejadian di sekolah.
Puan Dina dan Mak Som yang sedang menyiapkan makan tengah hari di dapur terkejut mendengar jeritan dari tingkat atas.
" Kenapa tu Puan ? " tanya Mak Som
" Entah lah , kejap saya pergi tengok dulu , Mak Som kemas lah dulu " arah Puan Dina , kakinya laju melangkah ke tingkat atas untuk melihat puterinya. Tombol pintu terus di pulas setelah tiba di hadapan bilik Tengku Damia
" Damia kenapa ni ? " tanya Puan Dina cemas dan meluru ke arah Tengku Damia di atas katil.
" Damia kenapa ni sayang , bangunlahh Damia !! Damia !! " Puan Dina terus menggoncang tubuh Tengku Damia kerana tiada respon darinya.
" Damiaa bangunnnlah " Puan Dina sudah cemas dibuatnya , Puan Dina melihat wajah Tengku Damia secara dekat bergenang air mata Puan Dina.
" Baaaaa ! " kejut Tengku Damia
" Ohh Mak kau meletup ba ba " latah Puan Dina kerana Tengku Damia dengan tiba tiba muka matanya dan mengejutkannya.
Tergelak sakan Tengku Damia dibuatnya mendengar Puan Dina melatah ba ba nya pun terikut sekali senak perut dibuatnya.
" ihhh Damia ni kan buat mummy suspen je " marah Puan Dina lalu menampar paha Tengku Damia.
" aduhh mummy sakit lah " rengek Tengku Damia dengan sisa tawanya.
" asal jerit jerit tadi ? " tanya Puan Dina
" takdelah saje je " jawab Tengku Damia
" kamu ni kan ishhh , dahh jum turun makan " arah Puan Dina.
" oke jap , Damia nak mandi ".

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now