BAB 18

25 1 0
                                    

Sampai sahaja di kelas 5 Fizik dia terus menghenyekkan punggung di kerusi miliknya. Perasaan benci kepada jiran sebelah mejanya semakin subur selepas kejadian di perpustakaan tadi.
" Kalau taknak ajar , cakap je terus takyah nak sindir bagai lagi " kata Tengku Damia dengan nada berbisik sambil membelek buku tapi masih mampu di dengari oleh jirannya.
" Macam mana nak berjaya , baru gagal sikit dah nak mengalah , baru bagi dugaan sikit dan merungut " Am Danial membalas sindiran Tengku Damia dengan kiasan yang bermakna hendakkan Tengku Damia berusaha memujuknya untuk mengajarnya.
Tengku Damia buat endah tak endah kerana tidak memahami kiasan tersebut. Dia hanya menyibukkan diri dengan berpura-pura membelek buku.
" Kalau tak faham cakap , jangan diam. Malu bertanya sesat jalan " tambahnya lagi.
Tengku Damia tetap mendiamkan diri.
" Takyah nak acah acah belajar lah " sindir Am Danial lagi.
" Woi jiran sebelah dengar tak , aku sindir kau ni " Am Danial semakin menambahkan api kemarahan Tengku Damia.
Tengku Damia hanya menunjukkan tapak tangannya yang bermakna talk to my hand.
Am Danial mengalah , orang tak nak becakap dengan kita buat nak terhegeh-hegeh. Lagipun dia tak untung dan rugi apa apa pun. Tengku Damia menurunkan tangannya semula bila terlihat guru memasuki kelas untuk memulakan pembelajaran.

****

   " Guys macam mana ? Nak teruskan plan B ke ? " Tanya Syah apabila melihat perjumpaan mereka hanya dihiasi dengan keadaan senyap dan masing-masing menghadap handphone.
                 Senyap

  "Guyss ! Yuhuuuu " Syah cuba menarik perhatian.
            
                 Senyap

  " Apa makna lepak kalau semua pegang handphone " sindir Syah
  " Woooooooo " ucap The Diva secara serentak apabila mendengar sindiran Syah. Mereka terus meletakkan handphone masing-masing.
   " Sejak bila Syah pandai menyindir ni " Tanya Eisyah.
  " Sejak korang abaikan aku tadilah " jawab Syah.
   " Ok straight to the point, nak teruskan plan B atau tak ? " tanya Syah lagi.
   " Hah ! Damia amacam ? " Adel mengutarakan soalan Syah kepada Tengku Damia.
   " erghhh , entah lahh " Tengku Damia mengeluh. Dia teringat akan perbualannya dengan Am Danial sewaktu di sekolah pagi tadi. Sampai sekarang dia tidak menjumpai maksud kiasan Am Danial.
      " Damia kita dah lama tak buat eksperimen. Cuci tangan dah ke ? " Azel mengalihkan topik mereka.
   Tengku Damia terus memandang Azel apabila dia menyebut tentang eksperimen.
    Sebuah senyuman terukir di bibir Tengku Damia. The Diva sangat memahami senyuman itu dan bermakna esok mereka ada job yang kena dibuat.

                              *****

  Am Danial terus merebahkan badannya ke katil setelah selesai mengulangkaji pelajaran dan membuat homework.
    " Hmm , nak ajar ke tak ye budak Damia tu " Am Danial berkata seorang diri.
     " Nanti dia hairan pulak kalau aku tiba-tiba offer nak ajar dia , aku kan dah tolak bulat-bulat tadi "
    " Tunggu dia pujuk lagi lah " tambah Am Danial lagi.
  ' Kalau dia tak pujuk ? ' bisik hati kecil Am Danial.
   " Takpayah ajar " jawab Am Danial seorang diri.
   ' Tak rasa rugi ' bisik hatinya lagi.
  " Kenapa pulak ? "
       ' Kau kan suka dia '
  " Sejak bila aku suka budak tu , tak hingin dohh benci adalah " Am Danial berperang dengan hati sendiri.
    ' Bencilah sangat , padahal tiap kali dia tidur kat kelas kau selalu usha dia kan '
        " arghhhhhh ! Apa yang aku merepek ni " jerit Am Danial.
    " Danial kenapa ni ? " tanya Dato Zainuddin yang baru hendak mengetuk pintu bilik Am Danial tetapi terus membukanya apabila mendengar anaknya menjerit.
    " Ehh ? Papa ? Takda apa lah " Am Danial terkejut melihat kehadiran papanya di dalam bilik.
   " Yang kamu jerit tadi tu kenapa " tanya Dato Zainuddin.
  " Baru lepas putus cinta ke ? " Dato Zainuddin menambah perisa.
    " Takda makna pa , saja test vokal tadi " Am Danial menjawab pertanyaan papanya.

                             *****
    Tengku Damia yang baru balik dari melepak dengan The Diva melajukan langkah untuk masuk ke dalam rumah apabila mendengar keriuhan daripada dalam rumah itu.
       Terlepas beg tangan di genggaman Tengku Damia apabila melihat insan yang menghiasi pandangannya saat ini membuatnya terkejut.Keriuhan Villa milik Tengku Amin hilang serta merta apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh ke lantai dan semua mata pada saat ini tertumpu kepada Tengku Damia.
     " Hye princess " insan itu memecahkan kesunyian dan melambai ke arah Tengku Damia.
  " Angahhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! " jerit Tengku Damia dan terus berlari ke insan tersebut dan terus memeluknya.
   " Kan along dah cakap memang dia akan teriak punya " kata Tengku Aiman Darwis.
    " Bila angah balik ? Kenapa tak bagitau adik ? Kenapa tak call adik ? Tak rindu adik ke ? " Dushhh ! Tengku Afiq Darwis diasak pertanyaan sebaldi oleh Tengku Damia.
   " Surprise " ringkas jawapan Tengku Afiq Darwis berikan.
   Tengku Damia terus meleraikan pelukan setelah mendengar jawapan dan melabuhkan punggung di sebelah Tengku Aiman Darwis.
    " Adik fikir angah dah tak ingat jalan balik Malaysia dah " dushhh ! Again sindiran daripada Tengku Damia. Siapa yang tak merajuk bila orang yang di sayang dan di nantikan tidak pulang ke rumah selama 3 tahun , raya ? Batang hidung pun tak nampak alasan yang diberikan sibuk ! Sibuk ! Sibuk ! dan sibuk !
     " Mana boleh tak ingat , nanti princess angah rindu kalau angah tak balik Malaysia " jawab Tengku Afiq Darwis.
    " Adik tak rindu pun , sebab adik ada along , ada mummy dan ada daddy " jawab Tengku Damia selamba dan terus memeluk lengan Tengku Aiman Darwis di sebelah.
    " Ohh tak rindu , angah balik jepun lah kalau macam tu " Tengku Afiq sudah berura ura untuk berjalan ke pintu masuk utama.
    " Angahhh ! Adik gurau lah "
" eeee orang merajuk kat dia , dia merajuk kat orang balik " Tengku Damia terus menyilangkan tangan di dada.
     Akhirnya rumah Tengku Amin dihiasi dengan gelak ketawa penghuninya apabila melihat wajah cemberut Tengku Damia.

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now