BAB 2

70 3 0
                                    


        Bugatti Veyron merah milik Tengku Damia itu bergerak perlahan dan kemudian berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah yang tertutup. Dahi Tengku Damia berkerut seribu. Bengang, geram dan sakit hati bersatu. Itulah perasaan yang Tengku Damia rasakan saat ini. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia melanggar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Syed Putra yang tersergam indah ini. Tapi kerana sayangkan kereta Bugatti Veyron miliknya dia hadamkan niatnya. Tapi dia luahkan amarahnya dengan membunyikan hon kereta berkali kali kepada pak guard yang tidak membukakan pintu pagar kepadanya.
      Setelah itu , barulah pak guard datang membukakan pintu pagar untuknya sambil memohon maaf. " Tengku maafkan pakcik sebab lambat bukakan pintu, pakcik dari tandas tadi. Pakcik minta maaf ya Tengku"
     " Takpa pakcik Mia tak kisah , pakcik bukakan Mia pintu ni pun Mia bersyukur sangat. Ok lah pakcik Mia dah lambat ni. Terima Kasih pakcik" ucap Tengku Damia dengan penuh sopan kepada pak guard yang lebih kurang sebaya daddynya itu. Marah-marah Damia pun dia tetap hormatkan orang yang lebih tua dari dirinya, itulah yang kedua orang tuanya didik kepadanya agar sentiasa menghormati orang lain.
     Tengku Damia memarking kereta merah kesayangnya itu di tepak letak kereta bahagian VVIP. Cuma parking itu sahaja yang dia nampak kosong dan tempat yang paling strategik untuk dia cepat sampai ke kelas.
   ' warghhhh dah lambat 5 minit !!! Habislah aku , dahlah emak harimau yang jaga paper fizik kali ni. Mampus lah kau Tengku Damia mampus ! ' omel Tengku Damia di dalam hati sambil mengetuk kepalanya menggunakan buku rujukan fizik yang di gunakan untuk menyalin nota bagi menyiapkan toyol-toyolnya semalam ketika dia menjalani photoshot.
     Tengku Damia yang sedang berlari- lari anak itu hampir hampir tersungkur jatuh akibat di langgar oleh seseorang dari belakang yang juga sedang dalam keadaan berlari. Untung bukunya sahaja yang jatuh.
    " Woi ! Mata letak mana ? Lubang tandaskah ? " laung Tengku Damia dalam keadaan geram.
      Membebel dalam hati kerana laungnya tidak dipedulikan oleh empunya badan yang melanggarnya tadi sambil memungut buku-buku rujukan fiziknya menyebabkan dia tidak menyedari nota-nota toyolnya telah melayang ke longkang. Tengku Damia mempercepatkan lariannya , kerana dia sangat-sangat membazirkan banyak masa dengan membebel kepada orang yang tidak mempedulikannya.
    " Miss I'm sorry , I'm late " ucap Tengku Damia dengan keadaan tercungap-cungap akibat kepenatan berlari apabila sampai di pintu kelasnya.
    " Huff ! Always late. " bidas satu suara. Jangan tanya siapa, sudah pasti musuh tradisi Tengku Damia. Lia Amelia orang yang selalu datang awal ke kelas jika peperiksaan , sebab apa ? Sebab dia pasti dia akan boleh jawab semua soalan peperiksaan dan sentiasa mendapat ranking pertama dalam carta sekolah. Tersangat lah bongkak , sombong , berlagak , riak ( BSBR).
   " It's oke Damia. Masuk dan duduk tempat kamu, peperiksaan belum di mulakan" balas Miss Lina apabila melihat Tengku Damia yang tidak berganjak dari pintu kelas.
   " Baiklah Danial , kamu boleh duduk di meja kosong sebelah pelajar yang baru masuk tadi " arah Miss Lina kepada pelajar baru itu.
   Melompong mulut Tengku Damia apabila melihat pelajar lelaki baru yang akan duduk di sebelahnya. Gila apa ? Time exam macam ni ada pelajar baru ? Terus ambil exam pulak tu. Tapi kenapa mesti sebelah aku dahlah meja kosong tu aku guna untuk baling toyol yang tak digunakan supaya tidak ketahuan.
     Setelah pelajar baru itu duduk , Miss Lina mengarahkan Amelia untuk membahagikan kertas-kertas soalan fizik. ' Sebelum budak longkang tu sampai kat meja aku , baik aku keluarkan toyol aku awal-awal ' Tengku Damia mencari nota-nota yang telah disalinnya itu tapi tidak menjumpainya.     
    Amelia menghentak kertas soalan di meja Tengku Damia " Cari apa ? Toyol ke ? Nama je Tengku tapi bawa toyol time exam " bisiknya dengan separuh nada dan senyuman sinis.

Pap!!
       " Kau apahal hah ! " bentak Tengku Damia lalu berdiri sambil menghentak meja dengan kuat.
    Amelia buat acuh tak acuh dengan bentakan Tengku Damia. Title Tengku je kut , aku ni anak Dato taklah belagak diva kat sekolah ni macam dia.
     " Tengku Damia Binti Tengku Amin , kenapa dengan kamu ni " marah Miss Lina kepada Tengku Damia yang tiba-tiba membuat kecoh dalam kelas.
   Wow !! patut catat dalam diary ni , dalam beberapa jam sahaja sudah dua orang yang menyebut nama penuhnya. Tengku Damia melabuhkan kembali punggungnya apabila Miss Lina mula bersuara. " Wehhh Damia dah lah tu , mengamuk dah mak harimau kat depan tu " bisik Syah sambil mencuit bahuku. Syah ni ahli The Diva's atau nama penuhnya Syaza Nisha dia ni yang duduk dekat aku bila time exam. Nama dekat-dekatkan biasalah T and S , ahli Diva's lagi tiga ekor semua jauh jauh. Eisyah Zulikah atau nama glamour Zul sebab perangai dia lelaki sikit , tomboy lah katakan, tapi aku panggil dia Eisyah. Yalah perempuan kut , buat apa nak nama lelaki kan.
     Dua orang lagi , Putri Adelia dan Putri Azelia ni kembar seiras , kadang aku tak dapat nak bezakan mana satu Adel mana satu Azel , nasib sekarang Azel dah pakai cermin mata. Senang sikit nak beza kembar dua ekor ni. Tapi perangai , hampehh ! Beza habis sorang lemah lembut sopan sepadan dengan nama putri tu , tapi sorang lagi kasar gila , gaya lelaki patut jadi kembar dengan Eisyah je lah.
     " Wehh toyol kau ada ke tak ni " tambah Syah dengan nada lebih kecil sambil mengetuk-mengetuk bahu Tengku Damia dari belakang menggunakan pen.
    " Takdalah weh , aku rasa jatuh time ada orang langgar aku. Beb pinjam kau punya nanti erkk ? " soal Tengku Damia dengan juga nada berbisik. Takut di dengar oleh emak harimau , nanti tak pasal-pasal jadi arwah kena terkam olehnya. Seram wehh, dahlah bawa rotan tambah gerun jadinya jika bayangkan rotan tu melekat kat tapak tangan.
   " Sape langgar kau wehh ? " tanya Syah pula.
   " Nanti aku ceritalah " balas Tengku Damia dengan nada yang lebih kuat.
   Miss Lina mengerling ke arah tempat duduk Tengku Damia dan Syaza Nisha,
     " Tengku Damia tukar tempat dengan Lia Amelia kat depan ni , dari tadi saya dengar suara sumbang kamu dengan Syaza je " nada tegas Miss Lina berbunyi.
   What the hell !! Duduk depan beb , betul-betul depan emak harimau ? Habislah kauuu Tengku Damia. Dengan keadaan hati yang terpaksa , Tengku Damia melangkah ke depan dan melabuhkan punggung ke kerusi. Meja yang di tempatinya memang menempah bala, tak boleh kerling kiri kanan. Meranalah paper fizik aku kali ni.
     Amelia yang baru habis membahagikan kertas , terus menuju ke mejaku. " Baiklah boleh mula menjawab sekarang " ucap Miss Lina setelah melihat jam tangannya.
  ' Ok jom berperang dengan paper fizik Tengku Damia ' ia berkata dalam hati.

                              
                                ¤¤¤

       " Wargghh habis pun paper fizik " omel Tengku Damia dengan nada kepenatan.
   Diva's menujuk ke arah Damia yang berada di meja paling hadapan. Adel mengetuk meja Damia , setelah Damia memandangnya ia mengangkat keningnya ala ala Ziana Zain.
   " Apa " tanya Tengku Damia dengan dahi yang berkerut seribu.
  " Amacam paper tadi ? Takde bawa toyolkan , kau rasa kau boleh ke ni ? " soal Adel dengan muka yang kerisauan.
    " ok je , aku boleh sebab aku ingat apa yang aku tulis kat nota aku semalam. Lancar je aku jawab tadi , confrm top5 punyalah " jawab Tengku Damia dengan nada bangga sambil membuat simbol peace dengan jarinya.
     Eisyah membuat muka menyampah " elleh belagak ! Kalau kau tak dapat top5 belanja kita orang tengok wayang lepas exam nanti ? Amcam ? " cabarnya kepada Tengku Damia.
   Yelah anak Tengku kut takat minta belanja tengok wayang je, hujung jari bagi Tengku Damia ni.
   " Beresssss " sahut Tengku Damia.
  " Dahlah korang belum habis borak lagi ke? Aku dah lapar ni , kantin jom. " celah Azel sambil memegang perutnya.
    " Ha'ah jom lah Damia " ajak Syah pula.
   Tengku Damia pun berdiri lalu berjalan menuju ke kantin sekolah bersama The Diva's

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now