BAB 16

41 1 0
                                    

Weekend !! Yahh itulah yang paling di gemari oleh pelajar sekolah , kerana mereka mampu merehatkan diri dan otak dari tekanan belajar. Lia Amelia mengisi hujung minggunya dengan berlegar-legar di Pavillion bersama Kamsiyah , hendak di ajak yang lain semua memberi alasan sibuk. Kamsiyah sahaja yang menawarkan diri untuk menemaninya.
" Amel aku nak tanya boleh ? " Kamsiyah memulakan perbualan.
" Sejak bila kau pandai minta izin kalau nak bertanya ni ? " tanya Amelia pula.
Hanya sengihan yang Kamsiyah berikan.
" hm tanyalah " izin Amelia.
" Kau dengan Am Danial budak baru tu sepupu ke ? " soalan cepumas yang Kamsiyah berikan memberhentikan langkah Lia Amelia.
" Mana kau tau " Hairan Amelia kerana dia belum menceritakan apa-apa tentang Am Danial kepada rakan-rakannya.
" Satu sekolah heboh kut " Kamsiyah menjelaskan tentang asal dia mengetahui tentang hubungan Am Danial dan Lia Amelia.
" Tapikan Amel , aku salute gilaa kat budak Danial tu. Yelah baru masuk sekolah dah dapat ranking pertama. Jawab exam pun last minute , wehh gilaa pandai budak tu kan Mel " Kamsiyah memuji Am Danial lalu bertanya kepada Lia Amelia. Malangnya Lia Amelia telah jauh meninggalkannya di belakang.
Amelia pantang bila orang memuji Am Danial dihadapannya sebab itu dia meninggalkan Kamsiyah bila mendengarnya mula memuji muji Am Danial.
" Wehhh asal kau tinggal aku ah ? " tanya Kamsiyah setelah berjaya mengejar Amelia.
" Puji lagi lah budak Danial tu , aku tinggal kau sorang sorang balik naik teksi baru tau " ugut Amelia.
" Wehhh janganlah , yelah aku tak puji dah " janjinya.
" Tapi kenapa tak boleh puji " tanyanya pula.
" Nantilah aku cerita bila semua ada " malas Amelia hendak bercerita ketika sedang berjalan nanti sedar tak sedar terlanggar orang pula.

***

Bukkk !!

Berlaku perlanggaran secara tidak sengaja antara seorang wanita dan lelaki di tengah-tengah orang ramai kerana si lelaki berjalan sambil melihat skrin telefon pintarnya manakala si wanita pula mata melilau memerhati kawasan sekeliling sehingga tidak sedar yang dia akan berlanggar dengan seseorang.
" Sorry " ucap sang wanita.
Dia membongkokkan badan untuk mengambil telefon pintar lelaki tersebut yang terjatuh akibat perlanggaran mereka. Hulurannya untuk memberikan telefon pintar itu tidak dipedulikan oleh lelaki kerana dia sepertinya sedang berkhayal.
" Heyy boy " dia melambai di hadapan muka lelaki itu.
" Ehh sorry , anyway Thanks " dia menyambut huluran wanita tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menolongnya untuk mengutip telefonnya.
" Sorry tau i terlanggar you tadi " wanita itu sekali lagi memohon maaf.
" Ohh its ok, salah i jugak sebab khusyuk tengok fon ni " lelaki tersebut turut mengaku salah.
" Anyway my name is Farhan " dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita tersebut.
Hulurannya di sambut bersama senyuman manis.
" Qis , Tengku Qistina " jawabnya
" Hye Qis , nice to know you " Farhan memulakan perkenalan mereka dengan mesra.
" NTKYT " ringkas jawapan dari Tengku Qistina.
" I nak cepat ni , i jalan dulu yah sorry tau sebab langgar you tadi " Tengku Qistina yang sudah beraura aura hendak berjalan terhenti apabila Farhan memanggilnya kembali.
" Can i take your fon number " tanya Farhan.
" Yelah , manatau hanya dari sebuah hai di panggilan telefon mampu membawa kita ke jinjang pelamin " tambah Farhan atau lebih kepada mengayat.
Tersenyum Tengku Qistina mendengar pickupline yang Farhan berikan. Tanpa membuang masa dia mengeluarkan name card dari dalam handbag lalu di berikan kepada Farhan. Setelah Farhan mengambilnya , dia terus meninggalkan Farhan dengan lambaian tangan.
' Wow model , i like ' bisik Farhan dalam hati setelah melihat name card yang diberikan oleh Tengku Qistina sebentar tadi.

***

" Guysss tadaaaaa !!! " Tengku Damia menunjukkan iphone7 yang berada di genggamannya.
The Diva's yang sedang khusyuk melayan telefon masing-masing mengangkat wajah untuk melihat benda yang sedang ditunjukkan oleh Tengku Damia.
   " Lawa lah kauu , daddy kau belikan ke ? " puji Syah
   " Tak " jawab Tengku Damia.
" Habis tu ? "
" Hadiah dari syarikat modelling aku " jelas Tengku Damia.
     " Benda ni akan jadi plan B kita untuk budak tu , aku tak guna lagi ni beb " tambah Tengku Damia lagi.
   " Wehhh banyak duit kau nak bagi-bagi orang enfon ni " perli Eisyah pula.
  " Ha'ah daripada kau bagi orang baik kau derma kat aku je. Dapat pahal sikit " tokok Syah yang suda beraura-aura hendak mengambil iphone tersebut di tangan Tengku Damia.
   Tengku Damia dengan pantas menjauhkan iphone7 tersebut dari Syah " Wehh kau ni agaklah , untuk plan aku ni kut "
   " Pahala bapak kau ! " ejek Azel dan Adel serentak , memang macam kembar.
   " Ehh tau la korang kembar , takyah lah cakap serentak bagai " perli Syah balik.
   " Wehhh dah lah jum balik , nanti kalau lambat mummy aku bising pulak " ajak Tengku Damia dan terus berdiri dari kerusinya.
   " Kau Syah balik ikut sapa ? Driver ambil ke ? " tanya Tengku Damia sebelum meninggalkan The Diva's.
   " Kitaorang ikut budak kembar ni hah " pertanyaan yang ditujukan ke Syah telah di jawab oleh Eisyah.
   " aikk boleh pulak , Lamborghini kau tu angkut sekali empat orang ? Bertindih-tindih ke guys hahahaha " Tengku Damia memerli rakan-rakannya.
    " Aku bawa honda daddy lah Damia , kau ni agaklah nak angkut dua ekor ni dalam lamborghini tu " Azel menafikan.
    " Kau Eisyah kereta kau mana ? " tanya Tengku Damia kepada Eisyah pula.
   " Naz lah bawa lari pegi dating " rungutnya.
   " Adik kau ke ? " tanya Tengku Damia lagi.
   " Yelah aku ada sorang je adik Damia oi " balas Eisyah apabila Tengku Damia bertanya soalan cepumas.
   " Dah lah aku gerak dulu , jumpa esok kat sekolah. We will do the experiment tomorrow guys " Tengku Damia mengenyitkan mata.
  The Diva's tersenyum sinis saat Tengku Damia mengatakan tentang eksperimen yang akan mereka lakukan esok.
   Pertemuan mereka berakhir bila masing-masing kembali ke kereta dan pulang ke rumah.

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now