BAB 7

40 2 0
                                    


Baru sahaja Tengku Damia hendak keluar dari tempat letak kereta , Bugatti Veyronnya kembali terdorong masuk ke parking akibat punggung keretanya seperti di langgar dari belakang. Syukur apabila Tengku Damia bijak menekan brek dengan pantas agar Bugattinya tidak calar terkena pasu bunga di hadapan keretanya.
Entah siapa yang tiada otak pergi hias parking kereta dengan pasu bunga yang besar gedabak itu. Sebaik sahaja menarik brek tangan, Tengku Damia bergegas turun untuk melihat keadaan Bugatti Veyronnya pada bahagian belakang. Syah juga turut serta seperti Tengku Damia ke belakang kereta sport merah itu.
Tengku Damia melihat kepada empunya kendaraan yang melanggar kesayangannya itu. " Woi perempuan kau apahal hah ? Tak puas hati lagi ke ? Kau memang bodoh lah ! Perempuan sial " berdas das makian Tengku Damia lemparkan ke arah Lia Amelia kerana telah menyebabkan Bugatti Veyron kesayangannya calar.
Pantang bagi Tengku Damia apabila ada orang yang sengaja cari pasal dengan dirinya. Dia tahu bahawa Amelia sengaja hendak mencetuskan huru hara bila waktu persekolahan tamat , kerana tiada sesiapa yang akan melihat perangai busuknya itu. Ulang sekali lagi belagak , sombong , bongkak , riak ( BSBR ) .
Lia Amelia rasa tercabar apabila Tengku Damia melontarkan makian terhadap dirinya. Dia turun dan terus menolak bahu Tengku Damia " Stupid girl !!!!! Aku tak sengajalah , kau pun kalau nak reverse tengok belakang dulu " marah Amelia kembali kepada Tengku Damia.
" Kau ingat dengan title Tengku kat nama kau tu , kau berkuasa lah kat sekolah ni ? Kalau nak buat apa-apa fikir dulu siapa yang akan para guru lebih percaya " tambah Amelia dengan berbaur sindiran.
Tengku Damia yang sudah tidak dapat menghadam rasa marahnya mula hendak mencetuskan hura hara dengan ingin menampar pipi gebu milik Amelia. Baru sahaja tapak tangan Tengku Damia hendak melekat pada pipi Amelia , satu tangan asing telah menahan tangannya daripada memberikan Amelia tamparan percuma.
" Kalau kau rasa kau nak menang , kau nak lawan dengan dia jangan guna tangan atau apa pun anggota badan. Lawan guna mulut dan senjata terbaik adalah guna otak. Fikir baik buruk sebelum buat sesuatu " kata Am Danial setelah berjaya memegang dengan kuat tangan Tengku Damia daripada menampar sepupunya itu.
Lia Amelia terkejut kerana Am Danial datang menolong dirinya. Dia tidak menyangka bahawa Danial akan sebaik ini terhadap dirinya , sedangkan dia telah banyak berlaku buruk kepada Danial.
" Lepaslah !!! Sakitlah " Tengku Damia meronta agar tangannya di lepaskan dari genggaman Danial dengan nada seperti hendak menangis dan menahan sakit akibat genggaman kuat Danial.
Setelah mendengar Tengku Damia mengadu bahawa tangannya sakit , dengan serta merta Am Danial melepaskan tangan Tengku Damia. " Balik rumah belajar kalau kau rasa nak menang dalam cabaran yang dia cabar kau " tanpa nada Danial berkata kepada Tengku Damia . " Aku cuma nasihat bukan nak memerli " tambah Danial lagi.
" Korang berdua sepupu ni kan perangai sama je , dua dua mulut longkang ! " marah Tengku Damia kepada dua orang sepupu yang menyakitkan hatinya itu.
Tengku Damia melangkah kembali masuk ke dalam keretanya dengan merengus geram. Syah yang dari hanya menjadi pemerhati juga melangkah masuk kembali ke dalam kereta Tengku Damia. Bagaikan sedang melepaskan amarah , Tengku Damia meninggalkan mereka dengan deruman enjin Bugatti Veyron yang jelas kedengaran.
Setelah Bugatti Veyron milik Tengku Damia hilang dari pandangan , baru sahaja Am Danial hendak melangkah meninggalkan Amelia. Pergelangan tangannya di pegang oleh Amelia menyebabkan langkah Danial terhenti.

***

Imran baru sahaja keluar dari surau sekolah yang berdekatan dengan tempat letak kereta untuk tetamu VVIP itu terhenti. Apabila dia melihat adegan Lia Amelia dan Am Danial yang seperti sepasang kekasih itu.
Seperti biasa iphone miliknya akan di keluarkan dan mengambil bukti sebelum dia menghebohkan cerita tersebut. *Click* gambar Amelia yang seperti sedang menahan Am Danial daripada meninggalkannya dengan memegang pergelangan tangan Am Danial itu membuatnya tersenyum puas. Imran yang baru sahaja hendak menulis caption pada gambar yang baru di ambilnya itu tergendala , kerana ada tangan lain yang merampas iphone miliknya dari belakang.
" Kau jangan nak update cerita pasal Amel dengan Am tu yahh , dorang bukan yang macam kau tengok. Mereka cuma sepupu bukan kekasih " jelas Haikal sambil memadam gambar yang hendak di update oleh Imran itu.
" Nah hndphone kau , lain kali fikir dua kali dulu sebelum update apa apa cerita , tidak semua apa yang nampak tu betul " tambah Haikal lagi.
" errrrrr " Imran hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih lalu mengambil iphonenya di tangan Haikal yang menghulurkan kepadanya.
Haikal meninggalkan Imran yang seperti sedang kecewa kerana tidak dapat mengupdate cerita terbaru sekolah. Haikal hanya tidak ingin cerita Amelia tersebar satu sekolah , kerana dia tahu bahawa Am Danial itu cuma sepupunya. Haikal juga memendam perasaan terhadap Amelia , tetapi dia diamkan kerana Amelia pelajar pandai di sekolah , mana mungkin akan pandang dia yang hanya berada pada kelas kedua.

¤¤¤¤

" Thanks " ucap Amelia selepas langkah Danial terhenti.
Danial menolak lembut tangan Amelia yang memegangnya dan memandangnya dengan wajah tanpa senyum mahupun marah.
" Tak payah nak 'Thanks' sangat , aku datang bukan nak tolong kau. Aku cuma nak tolong budak Tengku tu daripada kena keluar masuk bilik disiplin akibat perbuatan kau " balas Am Danial dengan wajah yang sedang tersenyum sinis.
" Apa maksud kau hah " marah Amelia apabila Danial seperti membela musuhnya itu.
" Kau budak pandai sekolahkan takkan kau tak boleh fikir " jawab Danial ringkas tetapi penuh dengan sindiran yang menyakitkan hati Amelia.
Am Danial meneruskan langkahnya meninggalkan Amelia yang sudah seperti hendak mengamuk kerana sakit hati terhadap sindiran yang di lontarkan Danial kepadanya.
Hubungan keluarga Amelia dan Danial sudah renggang akibat ketidakpuashati antara ibubapa mereka. Dato Izzuddin dan Dato Zainuddin ialah adik beradik yang sangat rapat , tetapi kerana merebutkan harta warisan keluarga menyebabkan mereka bertengkar dan hubungan mereka sudah tidak sebaik dahulu.
Lia Amelia dan Am Danial yang dahulu berhubung baik juga kini juga sudah tidak sebulu kerana Amelia yang terlalu sering menuduh bapa Danial seorang yang tamakkan harta. Hal itu menyebabkan Danial tersinggung dan kecil hati kerana sikap Amelia yang selalu memburukkan bapanya.
Sehingga kini hubungan kekeluargaan mereka sudah tidak seperti dahulu hanya kerana harta yang menjadi rebutan.

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now