BAB 10

42 2 0
                                    


" Warghhhhhhhhh leganya bila dapat tidur " Tengku Damia mengeliat setelah sedar daripada di ulit mimpi.
" Woi anak dara apa bangun macam tu " tempik Syah apabila melihat Tengku Damia telah terjaga.
" Aku nak mandi dulu lah " kata Tengku Damia lalu turun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Belum sempat Tengku Damia membuka bilik mandi Syah menyoalnya.
" Damia esok malam aku stay sini tau dengan Diva's , pagi-pagi esok dia orang datang. Boleh ? " soalan Syah kepada Tengku Damia.
" Aikkk kenapa tiba-tiba ni ? Yelah rumah aku kan memang selalu jadi istana persinggahan korang " tanya Tengku Damia kembali kepada Syah dan tetap mengizinkan kawan-kawannya untuk menginap di rumahnya.
" Kau mandi dulu lah , esok kau tau juga tu " kata Syah yang malas nak panjang-panjangkan cerita.
Tengku Damia mengangkat bahu selepas Syah tidak menjawab pertanyaan lalu meneruskan langkahnya untuk bersiram.

¤¤¤¤

Tengku Damia Tengku Amin , hanya nama itu yang berlegar-legar di minda Am Danial. Dia tahu mengapa dia memikirkan teman semejanya pada hari pertama sekolah itu , tersenyum sendiri Am Danial mengingati tatapan Tengku Damia sewaktu dia memintanya berdiri untuk memberi laluan.
' Ehh kenapa aku pergi ingat budak perempuan tu pulak ? ' tanya Am Danial pada hati sendiri.
' Tapi dia cantik lah ' pujinya lagi.
' Sayangnya budi bahasa out ! Percakapan tak di jaga. Tengku , Tengku , nama je Tengku ' Am Danial mengelengkan kepalanya selepas mengingati makian yang Tengku Damia lontarkan kepada Amelia sewaktu tamat sesi persekolahan tadi.


¤¤¤¤

" Wahhh sedapnya bibik kau masak Damia , sampai penuh perut aku ni " Syah memberikan pendapat.
Tengku Damia hanya memberikan segaris senyuman.
" Damia kau takda photshot ke ? " tanya Syah lagi.
" sampai next week takda kut " jelas Tengku Damia.
" boyfriend kau macam mana Damia " Syah semakin mengasak Tengku Damia dengan pelbagai soalan.
" kau ni banyak tanya lah Syah " Tengku Damia mengeluh dengan soalan Syah yang banyak.
" Dah break " tambah Tengku Damia
" Kau break dengan Farhan bila ? " semakin teruja Syah bertanyakan soalan.
" Dekat dua bulan juga lah , time jadual aku penuh tu. Dia tak pandai fahamlah tau nak marah je bila aku tak reply text dia. Tu lah break tu " jelas Tengku Damia.
Syah hanya sekadar membulatkan bibirnya seakan akan berkata ohh tetapi tanpa bunyi.
" Dah lah aku nak tidur , esok nak bangun awal itu pun kalau aku boleh." tambah Tengku Damia lagi.
" Wehhh esok cuti kut buat apa nak tidur awal , tak syiokk lah kau ni Damia " Syah merungut apabila Tengku Damia menyatakan hendak tidur awal.
" Aku penat lah Syah , selalu dapat photoshot malam pastu kena bangun awal pegi sekolah sebab ada exam " Tengku Damia menyatakan kehendaknya yang betul-betul ingin lena.
" Bye Syah Good Night , sweetdream i love you " selepas mengucapkannya kepada Syah , Tengku Damia terus menarik selimut dan menyelubungi seluruh badannya.
Syah membuat muka monyok kerana Tengku Damia lebih memilih untuk tidur awal pada kali ini.
' Lebih baik aku layan Instagram sambil tunggu mata ni nak lelap ' pujuk Syah kepada diri sendiri kerana Tengku Damia sepertinya telah di ulik mimpi indah.

***

Pagi sabtu yang cerah , idaman para pelajar sekolah untuk meneruskan lena hingga ke siang hari. Malangnya , lena seorang Tengku Damia terganggu akibat iphone 6+ nya berbunyi dan menyakitkan gegendang telinga semua orang jika sedang di ulik mimpi indah.
   " Alahaiiiiiii !! Siapalah yang call aku pepagi buta ni , ada lagi rupanya pengganti mummy untuk kejut aku pagi-pagi ni " bebel Tengku Damia.
   Tanganyaa merayap mencari bunyi itu walaupun mata masih terpejam rapat.
   " Woi busukk !!! Bangunlah kitaorang kat bawa dah ni "
  Telinga Tengku Damia menerima jeritan yang menyakitkan hati setelah dia menjumpai dan menjawab panggilan telefon itu.
  " Tak reti nak bagi salam ke , sapa ni yaa " jawab Tengku Damia dalam keadaan mamai.
    " Damiaaaaaaaa !!! " teriakan dari corong telefon semakin menjadi-jadi dan kedengaran lebih ramai yang menyumbangkan suara.
   " Ok Ok aku bangun " rungut Tengku Damia , dia terus bangkit dari katil dan menuju ke bilik air untuk bersiram.

                              ***

       Di sudut lain pula baginya sabtu yang hening ini tersangatlah membosankan , dia terus mencapai telefon pintarnya , nama Cacha terus di cari dalam contact listnya. Setelah menjumpainya dia terus menghubungi Cacha.
     " Hello Ca , kau free tak malam ni ? " Amelia terus melontarkan pertanyaan setelah panggilannya di jawab.
  " Kenapa ? " tanya Cacha
   "Aku tanya je kalau kau free kita lepak tempat biasa , kau ajak yang lain je " Amelia membuat muka kerana soalan di jawab soalan.
  " free kut , nanti aku ajak diaorang k , dun worry " jawab Cacha lagi.
  Panggilan tersebut di akhiri dengan ucapan bye. Iphone 5s di letakkan di meja belajarnya, lalu dia keluar dari bilik tidur dan menuju ke ruang tamu bawah untuk bersarapan.
  Ayah dan Ibu Lia Amelia yang sedang bersantap terhenti setelah melihat figura Amelia yang menghampiri meja makan. Amelia hanya menghadiahkan senyuman manis untuk kedua orangtuanya.
    Baru sahaja punggung Amelia melekat pada bangku dia terus di ajukan soalan oleh ayahnya.
  " Macam mana sekolah oke ? Lia taknak pindah ke ? " soal Dato' Izzuddin.
      " hmm oke je yah , jangan risau lah like i said , i can handle myself " jawab Amelia.
   " Ayah bukan apa , kamu kan  tak suka budak Danial tu , takut sangat top1 nya kena rampaskan " Lia Amelia semakin di tembak pelbagai soalan oleh Dato Izzuddin.
   " it's oke laa bang , bersaing secara sihat kali ni kut , yelah dua dua dah besar kan " Ibu Amelia menyampuk setelah lama menyepi.
  Lia Amelia hanya diam seribu bahasa , dia malas untuk membahas tentang sepupunya itu, lebih baik dia mengisi perutnya yang kosong dengan sarapan pagi.

BEAUTY AND THE BEST [ EDITING ] ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now