BAB 34^^

6.8K 242 16
                                    

Sebulan telah berlalu,kini Aliana dan Zarif tinggal di rumah mereka sendiri.Seperti yang dijanjikan,akhirnya Aliana berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.Cafenya telah diberikan kepada Adlin,pekerjanya agar dapat menguruskan cafe.Apa-apa hal tentang cafe Adlin akan memberitahu kepada Aliana secara senyap-senyap.Aliana telah memastikan bahawa Zarif tidak mengetahui akan hal itu.

"Malam ni sayang tak payah tunggu abang tau.Sebab abang dinner dengan client malam ni"ujar Zarif yang sedang memakai  tali leher.Aliana menghampiri suaminya.Tali leher suaminya dibetulkan.Hmm! Segak!

"Abang balik lambat ke?"

"Tak adalah lambat sangat.Dalam pukul 9 malam.Bolehkan sayang?"soal Zarif.Pipi isterinya dicium.

"Boleh..Asalkan abang tak buat benda yang salah."pesan Aliana.Dia berlalu ke meja makan.Zarif mengikut langkah isterinya.

"Duduklah makan.Abang nak air apa?"soal Aliana.Wajah suaminya yang sedang duduk di meja makan dikerling.

"Nak air milo lah."balas Zarif.Roti bakar digigit.Hurmm..Rangup!

"Nah"Aliana menghulurkan segelas air milo kepada suaminya.Zarif mengambil huluran itu seraya tersenyum manis.

"Thanks"ucap Zarif.

"Welcome"

Jam ditangan dikerling.Lagi 5 minit je lagi nak pukul 8 pagi.Air milo disisip perlahan. Roti bakar dihabiskan kemudian Zarif berdiri untuk berlalu.Tangan dihulur lalu disambut Aliana untuk bersalaman.Dahi Aliana dicium kejap.Aliana hanya membiarkan.Tubuh suaminya dipeluk bagai tidak mahu lepas.

Beberapa saat begitu,akhirnya pelukan dileraikan.

"Sayang jaga diri tau.Jangan main api.Kunci pintu.Kalau ada orang yang tak dikenali datang,sayang duduk je diam.Jangan bukak pintu.Ingat tu"pesan Zarif.

"Ye..Yana taulah.Abang ingat Yana ni budak-budak ke?Yana tau lah semua tu. Dah.Tak payah nak membebel.Cepat pergi kerja.Kang lambat pulak masuk office.."

Zarif memuncung.Aliana melambaikan tangannya apabila kereta Zarif mula bergerak meninggalkan kawasan rumah.Remote pagar ditekan kemudian Aliana masuk ke dalam rumah.

Setelah menyiapkan semua tugasannya,Aliana duduk di hadapan tv.Remote tv ditekan.Sedang asyik Aliana menonton tv, loceng rumah kedengaran.

Ting!Tong!Ting!Tong!

"Siapa pulak yang datang ni?"Aliana bergegas bangun.Langsir diselak untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumahnya.Tiba-tiba Aliana berlari keluar apabila melihat sesusuk tubuh yang amat dirinduinya.

"Syasya!!"jerit Aliana apabila melihat kelibat Syasya yang sedang berdiri di luar rumahnya.

"Assalamualaikum"ucap Syasya.

"Erk!Hehe..Waalaikumussalam.Eh! Jemputlah masuk"pelawa Aliana.Syasya mengangguk seraya melangkah masuk ke dalam rumah kawannya.

"Duduklah dulu.Biar aku buatkan air untuk kau"

"Eh!Tak payah susah-susah la beb..Aku datang ni nak jumpa kau.Bukan nak minum air"tolak Syasya lembut.

"La..Memanglah kau datang jumpa aku.Takkan nak jumpa suami aku pulakkan? Ke kau nak jumpa suami aku?"soal Aliana cuak.Matanya membulat memandang Syasya.Syasya ketawa mengekek melihat wajah cuak Aliana.

"Eh!Agak-agak lah weyh.Aku ni dah kahwin lah.Dah ada anak dah pun.Takkan aku nak rampas kesayangan kau pulak kan?"soal Syasya diikuti anggukan Aliana.

"By the way,kau datang seorang je ke? Anak kau mana?Suami kau tak ikut sekali? Mana lagi dua orang kawan kita tu?"soal Aliana bertubi-tubi.

"Anak aku ada dekat rumah..Mak mertua aku duduk rumah aku seminggu.Tu yang aku tinggalkan kejap.Suami aku pergi kursus dekat Penang.Lagi dua orang kawan kita tu...Entahla.Aku tak bagitahu pon dekat diaorang berdua yang aku nak datang sini"jelas Syasya panjang lebar. Aliana mengangguk.

"Amacam life kau sekarang?O.K or K.O?" soal Syasya.Aliana tersenyum simpul.

"Of course lah O.K..Hahaha"Aliana gelak gatal.

"Baguslah.See?!Aku dah agak dah yang dia tu memang jodoh kau.Tak sia-sia kau terima pinangan dia haritu"

"Tulah..Aku pon rasa macam tu.Tapi kan.."

"Tapi kan apa?"soal Syasya pelik.

"Tak ada apa-apa lah"ujar Aliana.Dia menggeleng seraya tersenyum hambar.

"Kau kenapa ni beb?Cuba bagitahu aku" pujuk Syasya.Tangan Aliana digenggam.

"Nothing.Aku okaylah"balas Aliana.

"Kau dah pandai berahsia ek sekarang? Tak apalah..Aku sedar aku ni siapa" Syasya membuat ayat sedih.Aliana menjadi serba salah.Dia mengetap bibirnya.Perasaannya berbelah bahagi ketika itu.

"Janganlah macam tu..Kau kawan aku.Tapi.."

"Tak apa..Aku faham"balas Syasya.

"Haih!Okaylah.Aku cerita"ujar Aliana tiba-tiba.Syasya bersorak dalam hati.

"Apa dia?"soal Syasya teruja.

"Aku tak tau apa yang aku nampak ni betul ke tidak..Tapi aku rasa Zarif curang dengan aku"luah Aliana.Syasya terkedu. Sukar untuk dia mempercayainya.

"Mana kau tau?Kau nampak sendiri ke?" soal Syasya.

"Ye..Aku nampak dengan mata aku sendiri..Aku nampak dia dengan seorang perempuan ni.Dah tiga kali aku nampak time aku honeymoon dekat Langkawi haritu.Tapi aku tak buat apa-apa kesimpulan lagi.Aku just pendam je dulu"

"Mana kau tau dia curang?Mana tau tu kawan dia ke?"soal Syasya lagi.

"Sebab tu aku tak buat apa-apa kesimpulan lagi..Aku just rasa.Rasa tak membuktikan apa-apa"balas Aliana. Matanya berkaca.

"Aku rasa,better kau tanya suami kau sendiri.Kita tak boleh tuduh melulu tanpa unsur periksa.Kau janganlah menangis.. Kalau kau sedih,aku pon sedih jugak.Jangan menangis okay?"Syasya memeluk bahu Aliana untuk menyalurkan kekuatan.

"Aku bukan apa.Aku takut..Aku takut kalau dia betul-betul curang.Aku tak nak dia pergi dari hidup aku.Aku tak sanggup.Hiks..Hiks.."Air mata deras mengalir di pipi Aliana.Syasya cuba untuk menenangkan rakannya itu.

"Kau relax okay?Aku yakin.Tak ada apa-apa pon yang berlaku.Insyaa Allah semuanya akan baik-baik aje." pujuk Syasya.Aliana mengangguk.






















ZARIF CURANG?!

JENG!JENG!JENG!

Boleh tak kalau hari ni sis post banyak ni je? ><.. Jadilah kan?Daripada tak post langsung..Hihihi..Sorry kalau kurang menarik.Apa-apa pon,thanks sebab sudi baca.Sis sayang korang semua.Muahahaha!!!♥♥

Suami Aku Si Kaki Buli!Where stories live. Discover now