Ulala!!Panas betulkan chapter yang lepas?Huih!Tak ku sangka..Reader-reader sis ni memang ganas!Hahaha.. Ok.Ok..Kita sambung.
Bzzz...Bzzz...
Aliana terjaga apabila terasa getaran di kakinya.Dia menggagahkan dirinya untuk bangun.Kepala yang terasa berat dibiarkan.Panggilan daripada pembantunya,Adlin dijawab.
"Hello,Assalamualaikum.Bos,ni saya Adlin. Maaflah ganggu pagi-pagi buta ni" kedengaran suara Adlin di corong telefon.
"Ehem!Ehem!Waalaikumussalam.Kenapa Adlin?"soal Aliana.Suaranya serak akibat terlalu banyak menangis.
"Saya ada hal penting ni nak bagitahu."
"Hal apa?Pasal cafe ke?"
"Haah.Pasal cafe yang dekat Terengganu tu bos.Saya baru dapat maklumat yang cafe tu tak ada orang yang uruskan. Pengurus dekat sana sakit barah otak.So,terpaksa berhenti kerja.Saya tak dapat ganti sebab ada masalah yang perlu diurus dekat cafe di Syah Alam tu.So,macam mana ni bos?"soal Adlin risau.
Aliana berjeda seketika.
"Tak apa.Hal tu awak jangan bimbang.Biar saya aje yang uruskan.Tolong tempah kan tiket saya ke sana ya?"
"Baiklah bos.Terima kasih.Maaf sebab mengganggu.Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.."panggilan dimatikan.Aliana segera bergegas masuk ke dalam bilik untuk mengemas begnya.
Tombol pintu dipulas perlahan.Takut Zarif terjaga.Setelah memastikan keadaan selamat,Aliana segera mengambil bagasi lalu menyimpan baju-bajunya.Setelah selesai,bagasi itu dibawa turun lalu diletakkan di ruang tamu.
Apabila barang-barang telah siap,Aliana bergegas masuk ke dalam bilik mandi di tingkat bawah.Dia perlu membersihkan diri.
Jam tangan dikerling untuk kesekian kalinya.Setelah menunaikan solat Subuh,Aliana pantas menelefon pemandu teksi untuk datang mengambilnya.Sementara menunggu teksinya tiba,Aliana berjalan masuk ke dalam bilik.Wajah suaminya dilihat dengan pandangan sayu.
"Abang..Yana nak kena pergi outstation hari ni"ujar Aliana.Namun tiada balasan daripada Zarif.
"Abang izinkan Yana pergi ya?"pinta Aliana lagi.
Zarif tidak memandang wajah Aliana.Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi tanpa menghiraukan Aliana yang berdiri di hadapannya.
Aliana terkedu.Benci sangat ke dia sampai muka aku pun dia tak nak pandang?Jijik sangat ke?! Rintih hati Aliana.Air mata yang berguguran diseka kasar.
Pin!Pin!
Apabila terdengar bunyi hon dari luar rumah,Aliana segera bergegas turun.Pintu rumah dikunci lalu dia menarik bagasinya menuju ke arah teksi.Pemandu teksi itu meletakkan bagasi Aliana di dalam bonet kereta.Apabila semuanya telah selesai,maka teksi itu meluncur laju menuju ke lapangan terbang.
Apabila tiba di Terengganu,Aliana pantas mencari teksi.Alamat tempat tinggal yang diberi oleh Adlin disuakan kepada pemandu teksi itu.
"Pak cik.Bawak saya ke sini ya?"pinta ku lembut.Pak cik pemandu itu mengangguk lalu membawa Aliana ke destinasi yang dituju.
Papp!!
Pintu bilik ditutup.Aliana meletakkan barang-barangnya lalu duduk di birai katil.Tudung yang dipakainya ditanggalkan.
"Arghh!!Penatnya!!"Aliana menghenyakkan tubuhnya di atas tilam. Telefonnya dicapai lalu mendail number seseorang.
"Hello.Assalamualaikum,ibu.Yana dah sampai dah"beritahu Aliana.
YOU ARE READING
Suami Aku Si Kaki Buli!
RomanceNur Aliana...seorang gadis yang garang.Pantang dicabar!Selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan,selagi itu dia akan berusaha.Tapi,ada satu perkara yang Aliana lemah.Soal hati..Sejak cintanya ditolak,hatinya mula tetutup untuk mana-mana lelaki pun...