Sedang asyik Aliana memilih makanan,tiba-tiba ada seseorang yang melanggar bahu Aliana.Makanan yang dipegang Aliana jatuh mengena bajunya.Aliana ternganga.Dia memandang gerangan yang melanggarnya.
"Kau?!"Aliana menunding jari ke wajah Zarif.
"Eh!Sorry.Tak nampak pulak"ujar Zarif selamba.Aliana mengetap giginya.
"Tak guna lah kau ni!Habis baju aku kotor tau!"Aliana mula berang.
"Tulah kau..Lain kali,ingatlah dekat orang lain sekali.Cedok banyak-banyak.Kesian tetamu lain yang tak makan lagi"perli Zarif tanpa menghiraukan perasaan Aliana.
Aliana perasan yang ramai tetamu sedang memerhatikan mereka.Aliana segera berlari mendapatkan Fadli.Dia menarik tangan Fadli kasar.
"Jomlah weyh.Kita balik"ujar Aliana.Dia cuba menahan perasaan malunya.Fadli tersentak.
"Ha?!Balik?Tapi kita baru je sampai kan?" soal Fadli.Melihatkan Aliana yang tidak bersuara,Fadli segera bangun.
"Kau tak nak jumpa bakal mertua kau ke sebelum balik?"soal Fadli lagi.
"Tolonglah.Jangan banyak soalan.Kita balik jelah"pinta Aliana dalam nada sebak.
Fadli segera membawa Aliana ke tempat keretanya di pakir.
"Bagi kunci"arah Fadli.
Aliana segera menyerahkan kunci keretanya.Dia kemudiannya masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang.Fadli menghidupkan enjin kereta dan bergerak meninggalkan kawasan itu.
"Naz!Apa masalah kamu ni?"marah Datin Razifah.
"Apa yang Naz buat?Naz tak buat apa-apa pun ma"ujar Nazif selamba.
"Kamu jangan ingat mama buta ye?Mama nampak yang kamu sengaja langgar Aliana kan tadi?"sela Datin Razifah.
Nazif menjulingkan matanya ke atas.Dia segera berlalu menuju ke biliknya.Datin Razifah hanya menggeleng melihat perangai anaknya.
"Kesian Aliana.Datang jauh-jauh tapi Nazif buat perangai.Mesti dia sedih..Hurrmm" Datin Razifah mengeluh.
*********
Fadli mengerling Aliana di sebelahnya.Suasana di dalam kereta sunyi sepi tanpa gelak tawa Aliana seperti tadi.
"Yana..Kau okay ke?"soal Fadli.Aliana menutup mukanya dengan tudung yang dipakainya.
"Aku okaylah.."ujar Aliana.
"Kau jangan nak tipu akulah Yana.."Fadli mengerling Aliana di sebelah.Tiada jawapan.Dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Yana.Pandang aku"arah Fadli.Namun,Aliana tidak berkutik.
"Yana!Jangan degil boleh tak?"Fadli menarik tudung Aliana agar tidak menutupi wajahnya.
Fadli terpaku melihat mutiara jernih yang jatuh dari tubir mata Aliana.
"Puas?!"marah Aliana.
"Yana..A-aku tak berniat pun nak buat kau marah"ujar Fadli tergagap-gagap.
"Sudahla!Semua lelaki sama aje!Suka sakitkan hati aku!Suka buat aku menangis!Korang memang suka buat aku macam ni!Aku benci korang!"jerit Aliana. Fadli terdiam.
"Dah!Kau tak payah nak risaukan aku! Bawak je kereta tu.Tak payah nak pandang-pandang aku!Aku benci!"marah Aliana.
Air matanya diseka kasar.Dia hanya memandang ke luar tingkap tanpa menghiraukan sepupunya.Fadli yang tidak mahu mengganggu Aliana kembali memandu kereta.
YOU ARE READING
Suami Aku Si Kaki Buli!
RomanceNur Aliana...seorang gadis yang garang.Pantang dicabar!Selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan,selagi itu dia akan berusaha.Tapi,ada satu perkara yang Aliana lemah.Soal hati..Sejak cintanya ditolak,hatinya mula tetutup untuk mana-mana lelaki pun...