Aliana melentokkan kepalanya di bahu Haris.Setelah penat meronda satu pusat membeli belah,akhirnya dia beralah.Kakinya yang lenguh di goyang-goyangkan.
"Laa..Baru ronda satu mall dah penat? Barang yang kita cari tak jumpa lagi ni" ujar Haris.
Aliana menghela nafas berat.
"Haih!Penatlah..Awak ingat mall ni kecil ke?Besar tau!Saya rasa...saya menyerah kalah je la.."ujar Aliana lemah.
"Menyerah kalah?Bukan ke Aliana ni pantang dicabar?"soal Haris sambil memandang wajah isterinya.
"Memanglah..Tapi dalam kes ni berbeza tau.Awak nak benda yang susah untuk dicari.Saya manalah tau nak beli dekat mana.."adu Aliana.
Ada ke patut Haris pergi mintak benda yang hanya satu-satu nya dijual di Malaysia?Benda apa tu?Ada ke?Tak logik dek akal sungguh si Harsi ni.
"Yelah.Yelah..Saya tarik balik permintaan saya..Saya tak minta benda yang bukan-bukan dah.."
Aliana mendongakkan kepalanya.Terhias senyuman lebar di wajahnya.
"Serious?!"
"Ye..Saya serius."ujar Haris perlahan.
"Yeaahh!!!Finally!Umpphh!!"Aliana menarik-narik tangan Haris yang menutup mulutnya.
"Apa nih?!"soal Aliana.Mencerlung matanya memandang Haris.
"Suara tu tak boleh kuat lagi ke?Kenapa tak bagi satu mall ni bergegar je?"perli Haris.
"Opss!!Hehe..Sorry"pinta Aliana malu.
Haa..Tulah.Kalau dah seronok sangat tu semua benda lupa.Dah tak ingat orang sekeliling.Huhu..
Sedang leka mereka berbual,tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang.
"Haris?"soal seseorang.
Haris mendongak.Begitu juga dengan Aliana.
"Eh?Zarif?Waahhh!!Lama tak jumpa.Sihat?"soal Haris sambil berjabat tangan. Lagak mereka berdua persis seperti sahabat lama.
"Alhamdulillah..Sihat."balas Zarif sambil tersenyum manis.
"Kau buat apa kat sini?"soal Haris lagi.
"Tak ada..Saja je bawak Rafiq jalan-jalan.." ujar Zarif.Wajah Rafiq di sebelah direnungnya.
"Rafiq..Meh sini datang dekat umi"panggil Aliana lembut.Rafiq segera berlari mendapatkan uminya.
"Rafiq,jom main kat taman sana tu"ajak Aliana.Rafiq mengangguk pantas menarik tangan Aliana menuju ke taman permainan mini itu.
Perlakuan mereka berdua hanya diperhatikan oleh Haris dan Zarif.Mereka berdua kemudiannya saling berpandangan.Haris memandang tepat ke wajah Zarif.
"Aku ada benda nak bincang"ujar Haris.Zarif mengangguk.
"Jomlah bincang dekat tempat lain.Dekat sini macam tak sesuai je"tukas Zarif.Haris mengangguk lalu mereka berdua melangkah menuju ke arah cafe yang berdekatan.
"Rafiq.Mana mama Risya?"soal Aliana.Wajah anaknya direnung meminta jawapan.
"Mama Risya?Mama Risya ada dekat rumah"balas Rafiq sambil menikmati ais krimnya.
Dahi Aliana berkerut seribu.
"Dekat rumah?Kenapa tak ikut sekali?"soal Aliana lagi.Rafiq menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Err..Baba gaduh ke dengan mama Risya?"soal Aliana.Suaranya diperlahankan tatkala menanyakan soalan itu.
"Entah.Rafiq pun tak tau."balas Rafiq bersahaja.Aliana mengangguk.Dia tidak lagi bertanyakan soal suami isteri itu.
"Umi..Bila umi nak duduk dengan Rafiq dan Baba?"soal Rafiq.Aliana tersentak.Wajah anaknya direnung serba salah.
"Errr..Umi tak boleh la..Apa kata Rafiq datang rumah umi je?"ajak Aliana teruja.
"Rumah umi?"soal Rafiq.
Aliana mengangguk mengiyakan pertanyaan anaknya.
"Baba?"
Kali ini Aliana diam.Tidak tahu untuk menyatakan apa-apa..
"Err..Kenapa dengan baba?"soal Aliana sengaja.Padahal dia sudah tahu apa yang dimaksudkan anaknya itu.
"Ye la..Kalau Rafiq pergi rumah umi..Baba macam mana?Baba pun ikut sekali ke?"
Aliana berjeda seketika.Cuba untuk merangka ayat yang sesuai untuk anaknya.
"Baba duduk dengan mama Risya la..Kalau Baba ikut sekali,siapa nak jaga mama Risya?"soal Aliana.
Kali ini Rafiq terdiam.Cuba untuk mentafsir kata-kata uminya sebentar tadi.
"Urrmm..Okay.Nanti Rafiq tanya Baba sama ada Rafiq boleh pergi ke tak.."balas Rafiq setelah lama berdiam diri.Aliana mengangguk seraya tersenyum manis.
"Awaaakkk!!!"
BANNGGG!!!
Satu tembakan dilepaskan.Suasana sunyi seperti masa terhenti buat seketika.
BUKKK!!
Sesusuk tubuh jatuh menyembah bumi.Baju yang tadinya berwarna biru kini diwarnai dengan warna merah pekat.Aliana hilang kata-kata saat matanya melihat sesusuk tubuh Haris yang sedang terbaring lemah.Air mata yang mengalir daripada tadi hanya dibiarkan membasahi wajahnya.
"Arghh!!!"Haris mengerang kesakitan apabila pinggangnya ditendang kuat oleh seseorang.
"Hahaha!!!"lelaki itu ketawa jahat.Aliana hanya mampu melihat dengan perasaan sebak.
Ya Allah!!Bantulah kami Ya Allah..Aku memohon pada MU Ya Allah..Bantulah kami..
Rintih Aliana dalam hati.Tangannya yang diikat cuba untuk dirungkaikan.
"Kau rasakan!Kau ingat kau bagus sangat ke ha?!"
Terhinjut tubuh Aliana apabila mendengar suara jerkahan itu.Pandangannya kembali tertumpu pada Haris yang sedang terbaring lemah.Darah yang membuak-buak keluar daripada tubuhnya mengalir di atas lantai.Wajahnya yang putih bersih kini sudah dipenuhi dengan luka-luka.
"Kau tunggulah pengakhiran hidup kau.." lelaki itu mengacukan pistol di kepala Haris.
Aliana menutup matanya.Tidak sanggup melihat apa yang akan terjadi.
BANNGG!!!
Dalam masa sesaat sedas tembakan dilepaskan.Begitu juga dengan air mata Aliana.Menggeletar tubuhnya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu.
PAP!!
Aliana tersentak tatkala bahunya disentuh secara tiba-tiba.Matanya dipejam seerat yang mungkin bersama perasaan takut yang datang menyerbu dirinya ketika itu.
Holla!!Lama tak jumpa korang semua.. Rindu sis tak?Mestilah tak kan? Hahaha..Btw,sorry..Memang sis tengah busy.Ini pun sis buat senyap-senyap je.. Urmm..Korang tunggu sis update lagi tau.Jangan lupakan citer ni..Nanti kalau semua lupakan..Sis pun nak join lupakan.Hahaha..
Sayang korang semua.Muahaha!! ♥.♥
YOU ARE READING
Suami Aku Si Kaki Buli!
RomanceNur Aliana...seorang gadis yang garang.Pantang dicabar!Selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan,selagi itu dia akan berusaha.Tapi,ada satu perkara yang Aliana lemah.Soal hati..Sejak cintanya ditolak,hatinya mula tetutup untuk mana-mana lelaki pun...