"Kau perempuan tak tahu malu.! Aku dah kutip kau dari rumah pondok kau tu, bukan kau nak berterima kasih. Nak bersyukur ke, ni tak. Boleh kau berkepit dengan jantan tak guna yang entah dari mana kau kutip. Kau ingat aku tak tahu perangai kau yang suka menyundal belakang aku.!!" Jerkah Azlee. Berurat buku limanya menggempal penumbuk. Menahan amarah yang menguasai diri. Sakitnya hati bila diketahui perempuan di depannya ini hanya berpura pura. Menipu dirinya bulat bulat. Kalau tidak sebab gambar yang diletakkan di atas mejanya pagi tadi, mungkin sampai sudah dia tidak tahu tentang kecurangan Nur Ameenah dibelakangnya. Ditambah lagi dengan cerita Wafi, mengukuhkan bukti didepan mata.
"Astraghfirullah al azim.. abang.. bawak mengucap. Saya masih kuat agama, tahu hukum hakam, dosa pahala. Takkan saya nak buat macam tu. Apa bukti yang abang ada nak tuduh saya bukan bukan?" Kesabaran makin menipis, sudah puas hidupnya selalu dipersenda. Diperkotak katik sewenang wenangnya. Hinakah dilahirkan sebagai anak orang gaji.
"Kau nak sebut pasal bukti dengan aku? Nah.! Kau tengok.!! Celik mata kau luas luas. Belajar tinggi tinggi, tapi kepala otak letak kat kepala lutut. Kau simpan ajelah Master kau tu dalam frame gambar.!" Herdik azlee. Sungguh darah panasnya sudah menggelegak. Kalau diikutkan hatinya memang dah lama dihadiahkan penampar sulung pada isterinya. Tetapi bila melihat perut Nur Ameenah yang membuyung, dibatalkan niatnya. Isterinya yang bersalah bukan anak yang dikandung.
Gambar gambar yang dilempar suaminya dikutip. Dibelek satu persatu. Rupanya sama, tetapi itu bukan dirinya. Tidak pernah seumur hidupnya mendedahkan aurat. Hanya Azlee lelaki pertama dalam hidupnya, tiada kedua atau ketiga.
"Ya Allah.! Sumpah abang.. bukan saya. Saya tak buat kerja terkutuk ni semua." Ameenah cuba memegang lengan sasa suaminya. Ditepis tetapi tidak terlalu kuat, risau jika anaknya yang dikandung Ameenah turut terkena tempias.
"Kau tahu tak Ameenah. Dulu, aku memang bencikan kau. Aku tak suka kau. Sebab kau porak perandakan hidup aku. Tiap malam, aku terbayangkan wajah kau. Tiap pagi, wajah kau yang aku cari. Aku cuba menidakkan apa yang aku rasa sebab kau anak Mak Nab. Orang gaji rumah aku. Aku takut.. aku takut ditertawakan kawan kawan aku. Aku jijik dengan kau sebab kau miskin. Tetapi sejak kita kahwin, aku buang semua prasangka aku. Aku letakkan keikhlasan kau di tangga pertama. Aku lempar jauh jauh akal jahat aku. Aku cuba jadi suami yang terbaik untuk kau. Aku layan kau macam puteri. Aku tatang kau, Ameenah. Aku janji.. aku nak jaga kau sampai akhir hayat aku. Tapi.. aku tak sangka ni balasan kau. Ni yang kau bayar untuk kesetiaan aku. Aku kalah. Kau menang, Ameenah." Kendur suara Azlee. Badan melorot jatuh ke kerusi. Telapak tangan ditekup ke muka, diraup kasar. Air mata mula bergenang di kolam mata.
"Tak.. tak.. abang. Abang jangan cakap macam tu. Saya difitnah abang. Saya tak buat benda ni semua. Abang tolonglah... percayakan saya." Ameenah merayu. Lantas badan dibawa ke hujung kaki suaminya. Melutut, memohon pengertian.
Azlee menggeleng lemah. Wajahnya sudah basah lencun dengan air mata. Hilang segala ego yang dipertahankan selama ini. Air matanya mengalir juga kerana seorang perempuan. Perempuan pertama yang berjaya mencuri hatinya, perempuan pertama yang mengetuk tangkai hatinya dan perempuan pertama yang menghancur lumatkan hatinya. Sakit, sungguh sakit dirasakan.
"Aku bukan dayus. Aku takkan simpan perempuan kotor macam kau sebagai isteri aku. Aku akan lenyapkan semua perasaan sayang dan cinta aku pada kau. Nur Ameenah binti Sazali, aku ceraikan kau dengan talak 1." Lafaz Azlee tenang.
"Ya Allah... Abang.. abang.." Ameenah sudah mengongoi tidak berpenghujung. Cuba dipaut kaki suaminya.
"Jangan, Ameenah. Aku dah lepaskan kau. Selepas kau bersalin, kita settlekan kat mahkamah." Wajah Azlee sudah tenang, tiada lagi riak marah atau sedih. Seorang lelaki cukup pandai menyembunyikan perasaannya. Apa yang terpamer di wajah seringkali tidak seiring dengan dihati.
"Abang.. tolonglah.. saya tak salah. Saya difitnah. Abang tak percayakan saya? Dah hampir setahun kita kahwin bang." Ameenah masih cuba memujuk. Ya, hatinya terlalu sayangkan Khairul Azlee. Cinta sepenuh hati. Bagaimana mahu diteruskan hidup tanpa suami di sisi. Perut yang memboyot diusap lembut. Kandungan yang baru masuk 7 bulan, sudah kehilangan seorang ayah. Apa yang mahu dijawab pada anaknya kelak?
"Sebab dah hampir setahunlah aku kecewa. Kecewa, Ameenah. Luka yang kau bagi kat aku ni cukup dalam. Boleh balas semua perbuatan aku pada kau dulu. Mungkin ini balasan yang Tuhan beri pada aku sebab menghina kau. Aku dulu jahil, aku jahat. Tetapi aku dah bertaubat, dah insaf. Aku redha Ameenah, antara kita mungkin sudah tersurat tiada jodoh. Aku hadiahkan rumah ni untuk kau dan anak kita tinggal. Aku halalkan makan minum kau selama kau bergelar seorang isteri pada Khairul Azlee. Semoga kau berbahagia dengan lelaki yang kau pilih, Ameenah." Bergetar suara Azlee meluahkan semuanya. Wajah Nur Ameenah yang lencun dengan air mata dipandang sekilas. Membuat ubat untuk perpisahan. Tidak sanggup rasanya, memikirkan isteri yang hampir setahun di sisi kini tiada lagi. Isteri yang dicintai rupanya ada orang lain selain dirinya.
"Abanngg..! Abannggg..!!" Jerit Ameenah, menahan langkah suami yang semakin menjauh.
Langkah kaki dihayun laju keluar dari rumah teres dua tingkat itu, hasil dari titik peluhnya selama ini. Jeritan isteri tidak dihiraukan. Nekad, takkan sesekali berpaling ke belakang lagi. Cukuplah apa yang dilalui hingga kini. Cukuplah bahagia yang pernah dikecapi selama 10 bulan bergelar suami pada Nur Ameenah. Kenangan sebagai suami akan terpahat teguh di hati, tersimpan lenyap di lubuk hati paling dalam.
"Nur Ameenah.." dituturkan nama perempuan yang pernah bergelar isteri padanya buat kali terakhir. Kunci kereta ditekan. Lantas badan dilolos masuk ke tempat pemandu. Dipandang lagi sekali rumah yang menyimpan kenangan antara dirinya dengan Nur Ameenah. Setitis air mata yang mengalir di pipi, diseka perlahan. Enjin kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan.
"Selamat tinggal Nur Ameenah......"

YOU ARE READING
HATI YANG TERCALAR (sudah terbit)
RomanceAzlee "Kau bukan perempuan yang sesuai untuk aku. Kau tu perempuan kampung, anak orang gaji rumah aku mana layak nak bergandingan dengan anak Tan Sri macam aku. Aku dah kutip kau jadi isteri pun dah cukup bagus. Ameenah ...