Tengku Akhbar menuju laju ke rumah Afif. Jiran tingkat atas rumahnya. Satu-satunya kawan bangsa Melayu yang dia kenal dan rapat. Afif lah tempat dia mengadu dan meminta kekuatan jika dia menghadapi masalah selama ini.
"Armel macam mana, Akhbar?" Soal Afif kepada jiran dan merangkap kawan baiknya sejak dia menetap di Kanada 5 tahun lepas. Setahunya pagi tadi Tengku Akhbar ke hospital untuk mengetahui keputusan ujian darah Armel.
"She got cold allergy." Jawab Tengku Akhbar lemah. Wajahnya nampak tidak terurus.
Afif menarik nafas lega. Setakat alahan pada sejuk tidaklah masalah besar. Yang ditakuti jika Armel mempunyai penyakit ganjil. Kanak-kanak seumur dengannya sepatutnya aktif bermain, bukan terperap di rumah. Armel pula kerap demam, selsema dan batuk menjadikan Armel tidak seceria kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
"Setiap kali musim sejuk atau luruh, kesihatan Armel merundum. Tindak balas badannya dengan suhu yang sejuk boleh menyebabkan dia sesak nafas. Armel got cold allergy, bro." Keluh Tengku Akhbar.
Wajahnya diraup kasar, kepala seperti dihempap batu besar memikirkan jalan penyelesaian yang ada untuk memulihkan anak perempuannya.
"Aku fahamlah cold allergy. Yang kau mengeluh bagai nak rak ni kenapa? Relaxlah." Afif bersandar di kerusi rumahnya. Tangan naik berpeluk tubuh, merenung kawannya di depan yang nampak kusut dan serabut.
"Kau cakap senanglah. Yang alergi tu anak aku. Satu-satunya permata yang aku ada kat dunia ni. Kalau alergi dengan binatang ke, makanan ke senanglah. Boleh elak tak payah dekat, tak payah makan. Tapi kalau sejuk ni macam mana? Tempat yang kita tinggal ni memang selalu sejuk. Nak elak macam mana? Takkan aku nak kurung si Armel tu 24 jam? Tak payah bergaul? Tak payah sekolah? Hissyyy... serabut... serabut..." Rambutnya diramas-ramas. Makin bertambah kusut kepalanya.
"Hmmm... betul juga kan." Afif terangguk-angguk. Janggut sejemput dilurut-lurut, turut memikirkan jalan penyelesaian untuk Armel.
"Haih.. Biey, Akhbar yang kau orang duk melangut ni kenapa? Nah, Mar buat air kopi dengan cucur bawang. Makanlah," pelawa Mariana, isteri Afif.
"Ehh... mana Armel? Tak nampak pun. Rindu pula nak tengok dia," soal Mariana. Mata melilau mencari kelibat si kecil yang selalu mencuri perhatiannya.
"Ada kat rumah. Demam, selesema, batuk." Akhbar mengeluh lagi.
"Kerap kan Armel tak sihat. Tinggal dengan siapa kat rumah tu?"
"Ada Auntie Ann yang tolong jagakan," jawab Akhbar malas. Auntie Ann, wanita berbangsa Kanada separuh baya yang diupah untuk menjaga Armel semenjak Armel kerap tidak sihat.
"Kenapa ni? Macam ada yang tak kena jer," Mariana pula pelik melihat telatah Akhbar dan suaminya yang selalunya riuh bersembang, ni monyok seperti baru diserang garuda.
"Armel got cold allergy. You know, she'll catch fever, flu and cough when the weather is cold" Beritahu Afif.
Mariana terkebil-kebil mencerna maksud suaminya. Sekejap tangan bercekak pinggang, sekejap kepala digaru. Oh tidak! Kasihan Armel. Dia masih kecil untuk menanggung sakit yang berpanjangan.
"Apa nasihat doktor? Ada sebarang solution tak?" Tanya Mariana. Kerusi di sebelah suaminya ditarik. Punggung dilabuhkan di situ.
Sejak lahir lagi Armel kerap ditinggalkan di rumahnya memandangkan Armel seorang anak yatim. Dia kehilangan ibunya kerana ibunya meninggal sejurus melahirkan Tengku Armel. Tengku Akhbarlah yang bertungkus lumus, bekerja dan mengasuh anak berseorangan. Sekali sekala Armel akan dijaga Mariana jika Tengku Akhbar perlu pergi luar bandar. Tuntutan kerja menyebabkan Armel kerap dijaga Mariana dan Afif.
![](https://img.wattpad.com/cover/103549588-288-k963474.jpg)
YOU ARE READING
HATI YANG TERCALAR (sudah terbit)
RomantizmAzlee "Kau bukan perempuan yang sesuai untuk aku. Kau tu perempuan kampung, anak orang gaji rumah aku mana layak nak bergandingan dengan anak Tan Sri macam aku. Aku dah kutip kau jadi isteri pun dah cukup bagus. Ameenah ...