-Waktu Science
-Kelas 2S-1"Saya nak kamu buat muka surat 68 69 , 70 dan 71 semua soalan!" Cikgu Seo Teong duduk dekat kerusi guru
Semua pelajar tengah sibuk siapkan kerja cikgu bagi.
Nak tunggu waktu rehat lambat lagi. Aduhh.. Perut aku dah lapar ni.
"Aish ingat aku minat ke nak buat banyak homework ni? Nyusahkan hidup je" aku merungut tumpu pada menulis.
"Kau ni sabar lah. Kau pikir aku suka ke buat kerja bertimbun ni? Cikgu pun satu , dia ingat kita ni apa?" Jisoo membebel dekat tepi.
Rambutnya diselak belakang telinga
Memang banyak betul homework yang cikgu bagi.
Takda belas kasihan langsung!
Sula jakgi baru tau.
Tok! Tok! Tok!
Aku pandang pintu kelas
"Sapa pulak datang ni. Dah la aku duduk tepi pintu. Bising betullah" benggang aku
Sumpah baru menyesal duduk tepi pintu ni
"Cikgu ! Kitaorang nak jumpa semua ahli rumah merah"
Aku dengar merah ke? Aku pandang pintu balik
"Okay , Siapa ahli pasukan rumah merah sila keluar!" Cikgu Seo Teong mengarah keluar.
Ok memang betul lah tu
"Haish time ni la kau nak panggil pun ... Aku kena keluar la ni?" Aku mengeluh pandang cikgu
"Yelah dah kau rumah merah, takkan nak tunggu rumah hijau pulak baru kau nak keluar?" Jisoo selak buku teks.
Aku pandang Jisoo sekilas dan bangun.
"Haihh" aku pun menapak keluar dari kelas.
Aku nampak ada dua orang. Satu tengah pegang kertas satu lagi tegak berdiri. Tinggi nak mam
"Kenapa?" Aku tanya ringkas dan sandar kat pintu. Rimas betul lah
lelaki yang tengah pegang kertas tu mula panggil nama sorang². Satu persatu kertas tu dia selak.
"Kang Yebin , Kim Yewon , Park Sungyeon ,Jung Hyun Ji , Lee Seok Min"
"Ya" kitaorang sambut
"Petang ni ada latihan kawad , wajib datang sampai 5:30" sorang namja tinggi macam klcc ni pulak cakap.
Whatta? Memang tak la aku nak datang.
Tak larat kut dengan kerja yang bertimbun lagi pastu nak pergi hospital.
"Tak datang" aku cakap pandang tempat lain.
"Kenapa pulak kau tak datang?" Dia tegakkan diri dia pandang aku.
"Ada hal"
"Takda semua wajib datang!" Dia tinggikan suara
Eh eh dia ni
"Lantak la nak kata apa pun" aku terus masuk kelas.
"Huh? Kuaja betul" dia pandang Hyun Ji dan terus uruskan yang lain.
Ada beberapa lagi urusan di luar yang tak selesai.
++
"Terima kasih cikgu!" dia berlalu pergi
YOU ARE READING
Kawad Si Senior | 채형원
Fanfiction[ status : HIATUS ] ____________________________________ Semuanya bermula dari angkara KAWAD ____________________________________ Alkisah tentang Seorang ketua pasukan Rumah Merah dan Seorang perempuan yang mempunyai pe...