Rengkuhan Sang Pemburu

131 25 4
                                    

teruntuk rengkuhan sang Pemburu; Rigel

berjenama kaki kiri sang raksasa

pemilik digdaya dalam pembinaan angkasa

harap apa raga pinta pada alam raya

selepas berpuas cemburu hati,

akan rengkuhan Canis; Sirius sang kenamaan



katanya,

kenamaan berpendar-pendar dalam pembinaan langit

dipuja berjuta netra anak Adam

katanya,

binar sang digdaya sanggup deportasi kenamaan

lamun anak Adam tak acuh, tak hirau



sahih,

jauhari tahu; aku tahu; sang Pemburu tahu

bagaimana binar bahana sang digdaya

sanggup mempesonakan netra

Jentaka, tiada raga digdaya menginsyafi,

pada anak Adam, Sirius dekat, sedang Rigel berjarak

GenreFest 2017 : PoetryTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang