Part 4

3.1K 122 1
                                    

Lewat juga la kami sampai rumah Nita.agak jauh dari bandar KK.lepas makan tadi kami jalan-jalan sekejap.cuci mata bilang Nita.ada juga Sy masuk kedai Brands Outlet beli 2helai baju..untuk Sy pakai besok mau berjumpa dengan big bos Nita.at least elok sikit penampilan Sy depan tu orang.

"Rumah ni ada 3bilik..kakak tidur di bilik yg hujung tu aarrr.." Nita kasi tunjuk bilik yg dia maksudkan "bilik tu tiada tandas..di sebelah bilik kakak tu,yg ada pintu...itu la tandas.kakak jangan malu-malu aarr..rumah ni kita- kita saja perempuan" dia bilang lagi.Sy angguk kepala sambil mata melilau tengok.tidak banyak barang dalam rumah Nita..kemas dan teratur pula tu
"Kalau kakak mau minum,kakak jalan limpas sikit dari tu tandas.." Nita kasitau la selok belok rumah dia.macam murid yg dengar arahan dari cikgu,Sy angguk kepala saja.
"Bha..kakak berehat la..kalau ada apa-apa kakak ketuk saja pintu bilik sy aarrr.." bilang Nita "selamat berehat kak" Nita bilang lagi.
"Ya Nita..terima kasih..selamat berehat" Sy bilang sebelum Nita tutup pintu bilik dia.pelan-pelan Sy tolak pintu bilik.bilik tu agak besar..ada katil queen saiz.kiri kanan meja katil vintage stail.lepas tu ada almari baju yg besar dengan sliding door.di tepi almari baju tu pula ada meja solek.langsir bilik tu pula warna peach.ada juga meja kecil yg berhadap dengan katil..di atas meja tu ada kipas meja..bagus la..Sy tidak biasa pakai aircond..Sy tidak suka bila bulu tangan Sy naik meremang kesejukkan.

Sy keluarkan tuala kecil dari dalam beg..perlahan-lahan Sy keluar masuk tandas.hanya cuci muka sama cuci kaki.besok baru mandi.malam suda,nanti masuk angin.Sy tengok jam..jam 10:48malam.mesti mama suda tidur kalau jam begini.rindu Sy sama mama.rindu suara lembut mama..rindu suara mama yg lembut menasihati..rindu segala-gala la..Sy baring atas katil..berfikir macam mana mau jumpa dengan big boss Nita besok.Sy mula susun ayat apa mau cakap besok.tanpa Sy sedar..Sy tertidur dengan kaki masih pijak lantai.

Awal lagi Sy suda bangun..Sy tengok kiri kanan..berfikir Sy di mana..oh ya kan..semalam sy ikut Nita pulang rumah dia.bangun saja terus Sy rasa sakit pinggang..huh..menyesal tertidur stail yoga.cepat- cepat Sy buat streching..Sy tengok jam suda menunjukkan jam 6:15pagi.Aahh..bagus mandi..mana tau Nita suda siap sedia.

Siap mandi,Sy pakai baju yang baru Sy beli semalam.Sy tengok diri Sy depan cermin..boleh la ni kan kalau mau berdepan dengan bos besar ******** Hotel.tidak lama tu pintu bilik Sy kena ketuk;
"Morning kak.." Nita senyum tengok Sy disebalik pintu.
"Morning Nita,sorry kakak lambat" Sy ambil beg di atas katil,cepat- cepat Sy keluar dari bilik..tapi bila Sy tengok Nita..dia masih berseluar pendek dan bersinglet
"Awal lagi kak..sy masuk kerja jam 9setengah pagi.lupa mau bagitau kakak" Nita bilang sambil garu- garu leher dia.
"Aahh..tidak apa..kakak biasa suda bangun awal.boleh la kakak buat sarapan sementara tunggu kau bersiap..kan?" Nita senyum tengok Sy.terus dia peluk Sy
"Thank you kak..sioknya ada kawan di rumah" kuat Nita peluk Sy "Kakak tengok saja dalam peti sejuk tu aarrr..jangan malu- malu"
"Ya la..thank you ya Nita" Nita minta diri lepas tu.Sy pula pigi dapur buat sarapan sementara tunggu Nita bersiap...

Jam 8:45pagi baru kami bertolak keluar dari rumah Nita.sepanjang perjalanan tu hati Sy berdebar-debar.kecut perut setiap kali teringat mau menghadap bos besar.sampai saja di tempat letak kereta Nita tengok Sy;
"Kak..mula dari sini..semua bergantung sama kakak.." dia bilang.lama Sy diam berfikir..macam menyesal pun ada juga.tapi kalau Sy tidak buat begini,Randal akan masuk lokap.
"Ya Nita..kakak paham" Sy senyum sama Nita
"Kalau bos ada di office sy akan telefon kakak.." Sy angguk-angguk kepala saja mendengar cakap Nita.sama- sama kami berjalan masuk dalam bangunan hotel tu.Sy tengok saja Nita berdiri depan pintu lif.sebaik saja pintu lif terbuka terus Nita berpusing tengok Sy..dia lambai Sy lalu masuk ke dalam lif.Sy tarik nafas panjang-panjang,cuba bertenang
"Sila kan duduk cik.." tiba-tiba satu suara dari belakang tegur Sy.sy berpusing ke belakang
"Cik ni kakak Randal kan?" lelaki berkot hitam yg Sy nampak hari berdiri depan Sy sambil tersenyum
"Ya..sy" Sy balas senyuman lelaki tu
"Cik tunggu siapa di sini?" lelaki tu bertanya lagi..err..macam mana mau cakap ni ya..tak kan lelaki ni tidak tau kes adik Sy
"Tunggu bos kamu datang..ada hal mau bincang dengan dia" Sy jawab..masih lagi senyum dengan lelaki tu
"Errmm..sy Maxwell..panggil Max saja..kalau cik perlu apa-apa cik cari saja sy di kaunter ya" bilang Max
"Sy Rainer..tak payah la bercik sama sy" kekok pula bila kena panggil cik..padahal Sy ni biasa-biasa saja " Ok,Max..terima kasih" lepas Max balik ke kaunter dia..Sy keluar dari bangunan hotel tu.makin lama makin gemuruh pula perasaan Sy ni..Sy tarik dan hembus nafas berkali-kali..
"Ouch...!!" spontan badan Sy termaju ke depan bila sorang perempuan terlanggar Sy "Mana mata kau..?" Sy tengok perempuan tu..aloo..mentang-mentang kau pakai dress ketat kasut..tinggi 5 inci..rambut kaler perang..bag tangan pun Gucci.perhiasan kau bling bling,boleh kunun kau kurang ajar sama Sy.Sy diam saja tengok perempuan tu..Sy amati perempuan tu betul-betul.
"Huh..tuli kali kau ni kan!" perempuan tu mendengus sebelum berlari anak ke arah entrance hotel tu.
"Apa hal tadi tu cik..?" Pacik sekuriti hari tu datang tegur Sy.
"Selamat pagi pacik..ermm..tidak tau la..perempuan tu marah sy..padahal dia yang langgar sy dulu" sy jawab
"ooo..cik buat apa di sini..?" Pacik tu tanya lagi
"Tunggu bos hotel ni datang..mau bincang pasal adik sy" Sy jawab
"Panas di sini cik..masuk la di lobi"
"Pacik,nama sy Rainer..tidak apa pacik..di sini pun boleh..teduh juga tempat ni" Pacik tu angguk kepala..kami diam sekejap.
"Bha..Rainer,pacik masuk di dalam dulu ya" tiba-tiba Pacik tu bersuara.
"Ya pacik.." terus Pacik sekuriti tu berjalan ke arah entrance..

Lama Sy duduk di luar.masih belum ada panggilan dari Nita.orang yang masuk keluar hotel tu pun mula tengok Sy lain macam.entah berapa ramai guest dalam hotel tu yang keluar suda bertegur dengan Sy.termasuk guest dari luar negara..biar itu english tunggang langgang..yang penting yakin :)

Ting...Sy tengok skrin HP.whatsapp chat dari Nita

Nita : Sorry Kak..sibuk betul tadi.kakak masih menunggu di bawah..?
Sy : Tidak apa Nita..Ya,masih lagi menunggu di bawah ni..bos kamu free suda..?Bila kakak boleh berjumpa dengan dia?
Nita : Kak..Sir Marco tidak masuk office hari ni..

Terbaca saja chat Nita,Sy mengeluh..

Sy : Tak apa Nita,kakak tunggu di bawah ni sampai kau habis kerja.
Nita : Sekejap lagi sy turun..kakak tunggu sy di lobi ya..kita pigi makan dulu.nanti sy cari teksi hantar kakak pulang
Sy : Ok Nita :)

Sia-sia saja Sy datang.Sy mengeluh lagi.

Bersambung...

Leap Of Faith Part 1-30 CompletedWhere stories live. Discover now