Part 18

2.6K 125 1
                                    

Sejak dari hari Max meluah perasaan dia sama Sy..macam-macam dia buat untuk pikat Sy..meals Sy kena masak yang paling special..pantang dia dengar Sy ada silap buat kerja atau guest komplen..dia yang back up..sampai kami jadi buah mulut di tempat kerja
"Hari tu adik dia bercinta dengan orang HR..sekarang si kakak pula bercinta dengan restoran manager" masa tu Sy dalam tandas..terdengar suara-suara dari luar bercakap.Sy diam..tidak jadi Sy mau keluar..
"Ya ba..tu perempuan baru masuk kerja sini sebulan..si Max suda tergila-gila dengan dia..kita yang ampai-ampai di sini sikit pun Max tidak pandang" lain suara lagi bercakap
"Alaaa..sy kenal ba si Max tu..dia cuma mau main-main saja sama perempuan kampung tu..bukan serius pun" macam enjin kereta yang mau-mau panas suda hati Sy dengar diorang mengumpat di luar..
"Adik-beradik sama saja..silap-silap lepas ni si kakak pula yang panjang tangan..bagus kita hati-hati dengan dia.." Sy tarik flush tandas..kasi bagus uniform Sy..terus Sy keluar..terpucat muka staff yang mengumpat tadi nampak Sy.selamba Sy pigi cuci tandas..air belum habis jatuh dari tangan,Sy libas tangan Sy kuat-kuat..sana muka dan baju diorang tu air terpercik
"Sorry.." Sy bilang sama diorang...terus Sy keluar..Sy tengok pintu tandas tu..sakit hati Sy bila diorang cakap kami adik beradik panjang tangan..Sy pusing tombol pintu pigi 'locked' terus Sy berlalu keluar..dari jauh kedengaran pintu tandas perempuan ditendang-tendang.kelam kabut Pakcik Herman berlari pigi buka pintu.
"Bodoh!!"
"Sialan!!"
"Jahanam punya perempuan..!!naik kepala suda!!" Diorang bertiga berjalan ke arah Sy macam mau menyerang
"Fanny..Dora..Chelsea..!!" Dengar suara Nita berteriak dari pintu lif yang kebetulan terbuka "..what are you three doing??" Sy pusing belakang tengok tu staff yang marah-marah bercakap sama Nita.tidak tau apa Nita cakap dengan diorang..Sy terus masuk dalam restoran.buat macam tiada apa-apa yang berlaku.

"I heard what happened.." Max bercakap dengan Sy..waktu tu Sy berdiri di kaunter duit.
"Apa yang terjadi?" Sy tanya..buat-buat tidak faham.
"Rainer..look..biarkan apa orang mau cakap pasal kita..tapi jangan la tunjuk gangster kampung kau di sini" suara Max tinggi.dia cekak pinggang tengok Sy.Sy diam saja..sambil lap tu kaunter..
"Mr Max..sy tidak faham apa yang kau cakap ni..boleh bagi sedikit detail?" Sy tengok Max..berenti sekejap tangan Sy mengelap meja "..sy tidak malu datang dari kampung..sy sedar siapa sy..tapi kalau ada orang pigi cakap kami adik beradik panjang tangan..sy tidak boleh terima..mama sy cukup jaga kami..siapa diorang mau hina kami?kalau kau kena cakap begitu apa perasaan kau?" Sy hempas kain lap kaunter tu di atas meja..Sy cekak pinggang..tarik nafas panjang-panjang..kemudian Sy lap meja "..diorang bukan setakat mengumpat sy..diorang umpat kau juga.." Sy berenti lap meja.Sy tengok Max "..tapi diorang tidak akan mengaku..yang diorang salahkan tu tetap sy.." bergetar suara Sy..sakitnya hati..Max diam..dia pigi dekat Sy..cuba mau pegang tangan Sy
"Jangan sentuh sy..nanti kalau orang nampak.entah apa lagi diorang mau bercakap.." Sy beralih ke meja lain..Max berlalu keluar dari restoran.

********************************************

Di rumah pula Nita kasi sabar Sy
"Diorang bertiga tu memang tu kak..diorang masih kerja di hotel pun sebab diorang tu miss Fedelia 'little minion' ass kisser!" Bilang Nita
"Huh..kalau bukan pasal mau bayar duit Marco..tidak ingin kakak kerja dengan suasana begini" Randal yang duduk sebelah Nita diam
"Sorry kak..sebab sy orang bercakap pasal kakak di tempat kerja" dia bilang
"Ah..jangan la kau layan kakak ni..sebab sakit hati saja ni kakak marah" sengaja Sy cakap begitu..supaya Randal tidak terasa..menyesal pula mengadu dengan Nita berdepan dengan Randal
"Nita..suda kau bagitau abang-abang kau pasal pertunangan kamu?" Sy tukar topik
"Suda kak..tapi buat masa sekarang diorang belum boleh apply cuti..nanti diorang inform awal-awal kalau dapat cuti" Sy angguk kepala..
"Kakak berehat la awal..biar kami kemas dapur" Randal bilang.Sy pun masuk dapur.besok awal lagi kena bangun bersiap pigi kerja.

********************************************

Di tempat kerja...

Sy tau Max sedang perhatikan Sy dari luar kaunter reception..tapi Sy langsung tidak pandang dia..ada juga dia cuba mau pujuk Sy..tapi setakat pujuk Sy dengan masak makanan yang special sikit Sy tidak cair..dia cuba juga tolong Sy kemas meja..Sy kasi biar saja..ngam la tu kau buat kerja..bukannya berdiri saja sana kaunter reception dengan staff yang menghina Sy.
"Rainer..kita pigi makan di anjung senja petang nanti lepas habis kerja..mau?" Max tegur Sy.waktu tu Sy di kaunter..tiada customer masa tu.lenggang saja tu restoran.
"Sy ada hal lepas kerja..bawa la orang lain" Sy jawab.masih lagi tidak pandang Max.kalau Sy sakit hati dengan orang tu..Sy akan bina satu tembok antara kami..biar pun beribu kali lalu depan Sy..Sy buat tidak nampak.
"I see..pigi jumpa boyfriend?" Max agak
"Tidak..ada hal saja.." Sy pura-pura lap meja.malas mau layan Max.
"Sy kasi kawan kau..boleh?lepas tu kita pigi makan" Masih lagi Max tidak putus asa
"Lepas hal tu,sy mau pulang terus.." terus Sy keluar dari kaunter sambil pegang kain lap..melap la Sy meja
"Look Rainer..I'm sorry ok.." Max ikut Sy dari belakang
"Kau tiada buat salah dengan sy..buat apa mau minta maaf"
"Kalau begitu,kenapa dingin layanan kau sama sy?pandang sy pun tidak"
"Sy tidak mau orang bercakap pasal kita..itu saja"
"Rainer..kau tau sy sayang kau kan..sekarang ni kita di tempat kerja.sy perlu bersikap profesional kalau staff sy ada buat salah" Max bilang.terus Sy jeling Max..yang paling maut punya jelingan.
"Profesional?baru sekarang kau bercakap pasal profesional?habis yang kau layan sy sebelum ni apa?suruh chef masak sedap untuk sy.backup sy kalau ada komplen pasal sy dari guest.itu ka profesional?cuba kau senaraikan kesalahan sy..kalau betul tu benda sy ada buat..sekarang ni juga sy minta maaf sama kau..black and white sy tulis surat atau hantar email..cc sama bos-bos besar" Sy kasi kena balik batang hidung Max..bercakap tak serupa bikin.Max diam..
"Eventhough now you're upset with me..just know one thing..I care about you..I'll leave you for a while to cool down..ok" Max bercakap perlahan..terus dia berlalu keluar kasi tinggal Sy.

Max berlalu keluar..tidak lama tu Sy nampak Marco masuk..dia tengok Sy..bagi itu pandangan; What's happened? Sy angkat bahu..terus Sy pigi kaunter ambil menu..mau ambil order dari Marco

Bersambung...

Leap Of Faith Part 1-30 CompletedWhere stories live. Discover now