Part 14

2.7K 137 6
                                    

Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Marco tadi dalam pikiran Sy.Kerja dengan dia..?kalau Sy kerja dengan dia..maksudnya Sy terpaksa tinggalkan mama di kampung dan berpindah ke KK.Sy puas hati suda dengan kerja Sy yang sekarang ni..tapi bila ingat jumlah ikat jamin Randal yang Marco tolong bayar..macam Sy tiada pilihan lain.

"Kakak kerja la di sini.." Nita bilang..Marco suda pulang waktu tu "Kakak tinggal di rumah sy saja.tidak payah bayar sewa atau apa-apa.kalau kakak risau pasal mama kakak..bawa dia tinggal sekali di sini" Nita bilang lagi..Randal diam saja..
"Kak..kalau sy boleh pulang kampung..akun sy jaga mama kak..biar kakak kerja di KK..sy cari kerja di kampung tolong kakak bayar duit bos Marco" baru la Randal bersuara lepas lama dia mendiamkan diri.
"Jangan begitu Randal..kalau kau pulang kampung,Nita macam mana?kau mau kasi tinggal dia di sini?" Sy cakap sama Randal..Randal tengok Nita..Nita waktu tu diam saja.
"Sy mau tolong kakak..banyak suda sy kasi susah kakak.."
"Tiada la istilah susah..siapa lagi mau tolong kau kalau bukan kakak.."
"Errmm...B..kak..malam ni tak payah masak ya..kita makan di luar..sy belanja" aish ini anak aarr...keadaan tegang tadi di potong oleh Nita.Sy diam sekejap.baru Sy sedar..Sy dan Randal tadi ibarat main tarik tali..kalau kami berkeras dengan pendirian dan pendapat masing-masing..satu hal pun tidak akan selesai..sebelum buat apa-apa..isi perut dulu..kemudian baru berfikir.

Selesai makan malam di luar..kami pulang rumah Nita..Sy tengok Nita dan Randal silih berganti.
"Kau Randal..tidur di bilik lain.jangan macam-macam dengan anak orang" Sy tengok Randal.
"Ya la kak..hehe" Randal ketawa. Nita suda muncung bibir..
"Ingat aarr Randal..jangan pula kakak suda tidur kau curi masuk bilik Nita.." Sy kasi ingat lagi..tidak boleh ni kasi biar..hubungan belum sah..
"Ish kakak ni..malu la.." Nita berlari masuk bilik dengan telinga kemerahan..haha..comel..tapi No..tetap tidak boleh.

Kami masuk bilik masing-masing untuk bersihkan badan.Sy pun mau berehat awal..biar apa pun terjadi..besok Sy kena pulang kampung..cuti Sy mau habis suda..kalau Sy terpaksa berenti kerja di kampung,sekurang-kurangnya biar la Sy berenti cara bagus.tempat tu la Sy cari makan selama ni..

********************************************

Lama bos Sy diam bila Sy bagi dia surat berenti kerja.dia ketuk-ketuk meja dengan pen sambil jari dia usap dagu..
"Kenapa you tak ciakap sama I pasal adik you?mungkin I boleh tolong" tidak lama tu bos Sy bersuara.
"Buat susah bos saja..lagipun sy malu sama bos" Sy jawab perlahan.tegak Sy berdiri depan meja bos Sy
"You bilang apa?susah?you malu?you staff I yang paling lama.you ada masalah you ciakap sama I..sekarang you mau berenti..I susah hati mau kasi lepas sama you"
"Sy pun susah buat keputusan ni bos..sy betul-betul minta maaf"
"Haiya..you pergi saja la..I tak suruh you berenti..I juga tak suruh you duduk kerja sini.kalau kerja baru you tu tak bagus..anytime you datang balik..ok?" Na kan..bagus ba bos Sy ni "..ini surat you ambil balik" bos bagi Sy tu surat berenti kerja.Sy sambut sambil senyum.
"Thank you bos..sy kerja sampai habis bulan ni ya.."
"Errmmm...ya..ya..you pergi saja" bos suruh Sy keluar.

Pelan-pelan Sy tutup pintu office bos.staff dalam office tu tengok Sy.
"Kakak betul mau resign?" Tanya tu kerani
"Ya..Joy" Joy diam.dia tengok dua tiga orang cahier yang ada dalam office tu.diorang tunggu duit float dari Sy waktu tu.nampak juga muka diorang sugul dan tak bersemangat
"Siapa la jaga kami lepas ni?" Salah sorang cashier tu tanya
"Ada la tu bos cari orang lain.." Sy balas
"Kalau chef baru tu jahat macam mana?kuyak la kami kena marah kalau ada short duit" lain cashier lagi bertanya
"Tiada la tu..bos tau la cari chef baru..." Sy jawab
"Tidak sama dengan kakak ba.." tu cashier bercakap..Sy senyum.Sy duduk depan diorang.satu-satu Sy bahagi beg duit sama diorang
"Ba..pigi la buka kaunter..jam 9lebih suda ni"

********************************************

Dua hari sebelum Sy berenti kerja,bos panggil Sy pigi office dia.
"You tak perlu tunggu habis bulan baru mau berenti..I kasi you pergi awal.." bilang bos sama Sy "..you punya gaji I kasi bank in macam biasa..tapi ini dari I sendiri..you are my best staff..so take this..Sincerly from me and my wife" bos sorong satu sampul surat warna kuning sama Sy.
"Apa ni bos?" Sy buka sampul tu dan tengok isi di dalam "..eh bos..sy tidak boleh terima duit ni bos.." Sy tutup balik sampul tu terus sorong balik sama bos Sy.tapi dia sorong balik sama Sy..
"You tidak ambil itu duit..kira you tidak bagi muka sama I..ambil..ambil" dia bilang.si bos buat-buat sibuk ni.terharu betul Sy dengan kebaikan bos Sy.
"Sy segan bos.." Sy cakap sama si bos
"Aiya..ni pu yau pu hao yi se laaa..." Na..sakap cina suda si bos..dia bilang jangan segan sama dia..paham suda Sy bahasa cina sejak kerja dengan si bos 10tahun.
"Terima kasih bos.." Sy peluk sampul tu kuat-kuat.dalam hati Sy duit ni Sy tidak akan guna.baik untuk perbelanjaan Sy atau untuk bayar balik duit Marco..Sy simpan saja dulu.
"Eerrmm...you pergi...pergi.." bos buat tangan menghalau..haha..si bos ni kan..

Hari tu hari terakhir Sy kerja di sana.awal-awal bos lekat notis kedai akan tutup awal jam 6petang..dia bawa kami semua staff dia makan di motel ***.wife bos pun ikut sekali..dengan anak kembar diorang lelaki dan perempuan
"Ayie..nanti kami pigi KK ayie bawa kami jalan-jalan di sana hooo" bilang anak perempuan bos.anak-anak bos Sy ni panggil Sy ayie..iaitu auntie kalau dalam bahasa cina.
"Boleh..ayie bawa jalan-jalan sampai kaki patah..mau?" Sy usik anak si bos
"Haha..macam mana mau jalan kalau kaki patah.." ketawa itu anak..
"Ayie..nanti kami pigi KK ayie bawa sy beli kereta kontrol hooo..." bilang anak lelaki bos pula.
"Sekarang orang tidak main kereta kontrol..sekarang orang main drone" Sy bagitau yg anak lelaki tu pula
"Papa..papa..wo yau yi ke" na suda..minta beli suda tu budak sama bapa diorang.
"Hiiii..pu yau luan jiang..tu shu sian" bilang si bos sama anak dia "..you aarr..pursuade my child..matai la I beli mainan mahal untuk diorang" si bos marah Sy..Sy ketawa saja.
"Sorry bos..nanti sy belikan untuk diorang.."
"Heiyeerr..ni men aarr..." kena marah lagi tu adik beradik kembar..budak-budak tu ketawa saja..
"Rainer..you di KK mesti mau hati-hati ya.." kali ni wife si bos bercakap..
"Ya miss.."
"Kalau you mau balik kerja di sini..you datang saja cari Calvin atau sy..kita macam family suda..ok" bilang wife si bos.Sy angguk kepala..

Kena group hug Sy sewaktu mau pulang..nangis-nangis tu staff Cash&Carry.anak-anak bos pun ikut menangis.lepas berbabai dan berpeluk yang entah berapa kali suda..baru kami pulang ke rumah masing-masing.Sy driving pulang pun dengan airmata berlinangan..

Bersambung...

P/s : siou kalau tu bahasa cina kamurang tidak paham..nanti kita belajar bahasa cina sama-sama aarr..kalau silap bahasa cina sy..sorry banyak-banyak..

Leap Of Faith Part 1-30 CompletedWhere stories live. Discover now