Part 13

2.6K 137 3
                                    

Masa semakin suntuk..lagi ada sehari Sy di KK sebelum Sy pulang kampung lusa nanti..Nita tidak sampai hati mau lepaskan Sy..tapi Sy tidak boleh lama-lama di KK.Sy pun ada tanggungjawab lain di kampung..kerja Sy dan mama..
"Sunyi la sy di rumah kalau kakak tiada suda.." Nita bilang malam tu..
"Bila-bila masa Nita boleh telefon kakak baa.." Sedih juga la mau kasi tinggal Nita.rapat suda kami..tapi mau buat macam mana lagi kan..
"Minggu depan Randal kena hantar pigi K****** suda tu kak.." Nita bagitau.naik juga la darah tu pigi otak bila dengar kata-kata Nita..tapi betul-betul tiada apa yang dapat kami buat lagi.silap-silap Randal memang akan masuk penjara..kesian Randal jadi kambing hitam.
"Nasib baik bos Marco suda tarik dakwaan dia terhadap Randal..tapi.." Nita diam sekejap.kurang satu masalah bukan bermaksud kami boleh tarik nafas lega..

Malam tu Nita tidak seceria seperti malam sebelumnya..dia tau Sy akan pulang S******* . Randal pula kena hantar pigi K****** .Sy paham juga kalau Nita buat keputusan untuk lepaskan Randal..

********************************************

Sabtu..

Nita tidak pigi kerja..dia hantar Sy pigi terminal bas di K****** A** berdepan dengan mahkamah.awal-awal suda Sy telefon Laura untuk beli tiket Sy balik kampung.

Jam baru menunjukkan 10:45pagi..lagi 1jam 15minit sebelum bas yang Sy naik tu mau bergerak..kami masuk KFC saja untuk isi perut.

Diam saja Nita..dia tidak banyak bercakap..tu french fries dia putar-putar dalam sos cili.
"Makan tu Nita..jangan buat main" Sy tegur Nita
"Boleh ka kakak jangan pulang..kakak tinggal saja di sini..kakak bawa la mama kakak sekali.." Nita tutup muka dia..menangis.
"Iiihhh..kau ni Nita..jangan begitu..kakak datang juga ba lawat kau.." Sy bagi tisu KFC tu sama Nita.
"Sy terbiasa suda kakak di rumah..sedih ba bila fikir balik pulang rumah nanti kakak tiada"
"Tu la..kau tu manja betul..suda,jangan menangis.malu orang tengok"

Selesai makan kami keluar duduk-duduk di taman.lagi 20minit sebelum bas bertolak..nampak suda penumpang lain ada yang suda sedia duduk dalam bas..Sy pula tadi lagi suda simpan barang Sy di tempat duduk.nasib baik sikit saja barang Sy..cukup la letak di bawah kaki saja nanti..

Berbunyi telefon Nita.terus Nita berdiri jauh sikit dari Sy.Sy kasi biar saja.mungkin orang office yang telefon.tidak lama tu konduktor bas suda buat panggilan untuk masuk dalam bas.Sy baru mau berdiri bila Nita cepat-cepat berlari tarik Sy.
"Kak..kakak pulang besok ya..kita pigi balai sekarang"
"Buat apa pigi sana?"
"Bos Marco yang suruh..cepat laa...dia tunggu kita suda tu.." Sy naik pigi ambil beg..kemudian Sy pigi jumpa tu konduktor bas..kasi cancel tu tiket..

Sekejap saja ni Nita drive..sampai suda kami di balai polis K**********. Kami masuk dalan office..Nita yang berurusan di dalam.Sy pula binggung- binggung menunggu di ruang menunggu.apahal ya Nita kelam kabut tadi..dia bilang Marco sedang tunggu kami..tapi batang hidung pun tidak nampak.Sy tunduk..sesekali menguap..awal bangun tadi kemas baju sama keluar dari rumah Nita.mana tau tersangkut lagi di jalan raya..hujung Minggu ba ni..

"Kak.." bahu Sy kena goyang..terlelap Sy sekejap tadi.separuh mata Sy terbuka..berdiri depan Sy ialah adik Sy,Randal dan Nita.Diorang senyum sama Sy.Nita sedang peluk tangan Randal.Randal tidak lagi berbaju ungu macam yang selalu dia pakai sewaktu dalam tahanan..mata Sy terbuka habis..terus Sy berdiri..
"Kak..." Randal peluk Sy
"Macam mana...?" Ayat Sy gantung di situ.Sy tidak tau mau cakap apa..binggung dengan apa yang berlaku
"Kak..Randal bebas dengan ikat jamin.." Nita bagitau Sy.
"Ikat jamin?siapa yang jamin?" Sy tanya..
"Kita cerita di rumah ya..." Nita bilang..masa yang sama Sy nampak Marco keluar dari dalam balai..dia senyum tengok Sy
"Jum kak.." Nita bilang..Sy ikut saja walaupun masih kebinggungan.

Dalam kereta Nita dan Randal bercerita dengan rancak..Sy yang duduk di belakang diam saja..Sy perasan juga ada kereta warna merah tua ikut kami dari belakang..Mitsubishi X-Trail kepunyaan Marco.dia drive ikut kami sampai depan rumah Nita.

Masuk dalam rumah,Nita terus pigi dapur..buat minuman untuk kami bertiga..
"Terima kasih dear.." Randal bilang bila Nita hidang minuman depan kami. Nita senyum.dia duduk sebelah Randal.Marco yang duduk di sofa single diam saja..tapi tetap bibirnya mengukir senyuman.
"Macam mana Randal boleh keluar?bukan kau cakap hari tu Randal akan dihantar ke K*******?"
"Semua ni atas pertolongan bos Marco..dia yang bayar ikat jamin Randal.." Nita senyum tengok bos dia.
"Begini...sy ada tanya Mr Smith macam mana mau tolong adik kau..so for the moment ini jalan yang dia cadangkan.." Marco bersuara..mungkin sebab dia nampak Sy masih kebinggungan "..tapi Randal belum terlepas dari tuduhan mencuri..bila-bila masa Randal akan dipanggil ke mahkamah untuk perbicaraan..jadi sepanjang masa Randal di luar dia kena lapor diri di balai yang ditetapkan..dia tidak boleh keluar dari KK..sekiranya Randal ulang perbuatan dia..tiada bicara lagi terus masuk penjara..masa yang ada ini la kamu guna untuk cari apa-apa bukti yang menunjukkan Randal tidak bersalah.." panjang lebar Marco bagi penjelasan. Sy diam..fokus dengan setiap ayat Marco..lepas seketika..Sy bersuara;
"Berapa kau bayar ikat jamin Randal?"
"Itu tidak payah la kau tau..." Marco bilang.
"No..kalau melibatkan duit sy mesti mau tau..berapa jumlah hutang sy sama kau..please..bagitau sy" Sy tengok Marco.Nita dan Randal diam saja..
"10K.."

Macam buah durian jatuh atas kepala Sy bila Marco sebut jumlah ikat jamin Randal...Sy tengok Randal..keluar suda airmata Sy..macam mana Sy mau bayar balik duit tu..?
"I know what you're thinking..sy tidak minta kau bayar sekarang.."
"Jumlah tu banyak..macam mana sy mau bayar?"
"Like I said..I'm not asking you to pay me now..there is a way..but you might not like it.."

Sy tengok Marco..Nita dan Randal pun tengok Marco juga...
"Apa dia..?"
"Work with me.."

Bersambung...

Leap Of Faith Part 1-30 CompletedWhere stories live. Discover now