Alya.
"Uhuk..uhuk" dah 3 hari aku masih terbatuk batuk. Dan nampaknya penyakit aku semakin lama semakin teruk.
Dan ini membuatkan aku menggigil takut. Aku takut aku akan pergi dengan cepat . Aku takut untuk berhadapan dengan Dia. Ini membuatkan aku sedar dah banyak ke amalan aku? Cukup ke?
Akan ada ke orang yang melawat kubur aku nanti? Macam mana orang tersayang aku? Diorang sedih ke?
Pelbagai soalan di benak dikiran ku. Dan aku teringatkan Safiya. Ya Allah, Aku dah lama tak call dia.
Aku capai phone dan mendail number Safiya. Dan talian pun disambungkan.
"Hello"
"Saf.."
"Alya, kau pergi mana? Kau okay tak?"
Aku ketawa kecil. "Saf..chill . Aku hidup je lagi ni"
"Alya, stop fooling around"
"Kalau aku akan takde nanti macam mana?" Aku tidak sedar akan apa yang aku cakap. Tapi sejujurnya aku mahukan jawapan.
"Apa kau merepek ni?" Suara Safiya mula berubah kepada tona yang lebih sedih.
"Jawab lah"
"Aku..aku pun nak turut sekali."
"Saf--"
"Turut sekali pergi dengan kau." Safiya memotong ayat aku.
Aku terpaku mendengar ayat Safiya. Tidak semena mena air mata aku mengalir. "Ya Allah"
"Alya kau okay tak??"
Aku serta merta mematikan panggilan. Aku meletakkan phone dia atas meja sebelah katil aku sebelum aku rebahkan diri di atas katil dengan tangisan.
Aku sedih dan hati aku hancur mendengar kata kata Safiya tadi.
***Kring.. kring..
Bunyi panggilan telefon membuatkan aku tersedar daripada tidur.
"Uhuk..uhuk" aku terbatuk sambil mencapai telefon.
18 missed calls from Safiya.
Bapak ah. Aku tidur berapa lama ni?
Aku segera menghubungi Safiya.
"Weh Alya! Asal kau tak angkat nih??"
"Weh sorry, aku tertidur tadi"
"Kau ni buat aku risau, tahu tak?"
"Safiya aku mintak maaf sangat sangat"
Safiya kedengaran mengeluh. "Takpela kau kawan aku kan. Mestilah aku risaukan kau kalau anything jadi"
Aku tersenyum.
"Oh by the way, asal kau tak datang sekolah?"
"Oh aku lupa nak inform kau, aku balik kampung" aku tipu.
"Laa yeke? Bila balik?"
"Hmm tak pastilah"
"Oh anyways safe journey, take care. Kau tahu kan aku sayang kau?"
Aku tersenyum sekali lagi. "Yes, Saf"
"Dahla bye. Assalamualaikum"
"Bye. Waalaikumsalam" dan talian pun dimatikan.
Aku sayang kau jugak Safiya.
Aku sejujurnya menahan sebak di dada.
Menyedari sekarang ialah masa untuk makan ubat, aku segera turun ke dapur untuk mengambil ubat.
***
YOU ARE READING
RASA
Random"does anyone know, does anyone know .. how it makes me feel " - (goodbye) 2NE1 lagu ni.. hmm rasa? Rasa yg aku sendiri alami .. dan aku sendiri tak tahu .. atau.. Aku buat buat tak tahu.