PROLOG

56 2 0
                                    

"Nini, marilah teman saya main pondok-pondok. Awak jadi mak dan saya jadi ayah."


Maira yang baru saja melangkah mendaki tangga mendengar suara Sarah sedang rancak bermain dengan anak patung kesayangannya yang dinamakannya Nini. Sarah memang terlalu sayangkan Nini serta menganggap Nini lah kawan sepermainannya.

Maira mengetuk pintu bilik Sarah,

"Sarah, mari turun makan tengahari. Mak dah siap masak makanan kegemaran Sarah ni."

"Baik mak. Sarah datang." Sahut Sarah dari dalam bilik.

Lalu Maira turun semula menuju kedapur untuk menghidangkan makanan. Aroma nasi ayam yang masih panas menaikkan lagi selera Maira yang nyata juga sedang lapar.

Sarah sudahpun duduk dikerusi meja makan. Nini masih setia didalam pelukannya.

"Sedapnya mak! Taksabar Sarah nak makan." Ujar Sarah.

Selesai Maira mencedukkan nasi dan ayam ke pinggan Sarah. Sarah terus menadah tangan membaca doa. Maira hanya tersenyum melihat keletah anak tunggalnya itu. Walaupun baru berusia lima tahu namun Maira bersyukur anaknya sangat bijak dan mudah diurus.

Mereka berdua menikmati hidangan tengahari itu dengan seleranya...

------------------------

Selepas menidurkan Sarah, Maira terus masuk kedalam bilik tidurnya. Malam itu entah kenapa hati Maira berasa tidak enak. Matanya terasa sukar dilelapkan. Suaminya, Fazli sudah nyenyak tidur. Kedengaran dengkuran halus suaminya.

Maira berbaring menghadap suaminya. Matanya masih enggan lelap namun sedaya upaya dia cuba memejamkan matanya. Tiba-tiba,

"Pranggg!" Kedengaran pinggan pecah didapur.

Serta-merta Maira bangun dan mengejutkan suaminya.

"Abang, bangun bang. Ada pinggan pecah kat dapur." Ujar Maira sambil mengejutkan suaminya apabila dilihat suaminya hanya menggerakkan badan namun tidak membuka mata.

"Kucing kot." Balas Fazli dengan mata yang masih terpejam.

"Prangg!" Sekali lagi kedengaran pinggan pecah didapur.

Fazli bingkas bangun lantaran dia turut mendengar bunyi itu. Hilang terus kantuknya. Maira disisinya sudah tidak keruan. Dadanya berombak kencang. Hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.

"Ira rasa ada orang masuk dalam rumah kita lah bang."

Maira bersuara separuh berbisik.

Lantas mereka berdua turun ketingkat bawah untuk melihat apa yang terjadi didapur mereka. Maira memaut lengan suaminya. Ternyata benar sangkaan Maira. Kelihatan seorang lelaki bertopeng sedang menggeledah almari diruang tamu rumah mereka.

Menyedari hal itu, Fazli terus menyerang perompak tersebut. Mereka berdua bergelut. Maira yang ketakutan terus naik ke tingkat atas mendapatkan Sarah yang nyenyak tidur. Apabila turun semula ketingkat bawah, suaminya masih bergelut dengan perompak tersebut.

Melihatkan keadaan ayahnya begitu, Sarah menangis lantas terus memeluk Maira. Dia ketakutan. Maira buntu! Kakinya seakan kaku dan takmampu melakukan apa-apa. Dia lantas menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada jiran yang mendengar jeritannya itu.

Panik mendengarkan jeritan Maira, perompak tersebut terus menikam perut Fazli berkali-kali dengan pisau yang dikeluarkan dari kocek seluarnya. Semakin kuat jeritan Maira melihat keadaan itu. Dia menangis dan terjelepok jatuh melihat suaminya mati dibunuh didepan matanya.

Perompak durjana itu menoleh kearahnya dan Sarah lalu rambut mereka berdua direntap dengan kuat. Mereka berdua menjerit kesakitan dan akhirnya turut ditikam berkali-kali sama seperti Fazli.

Malam itu menjadi saksi mereka sekeluarga dibunuh dengan kejam oleh perompak tersebut. Mayat mereka digulung didalam karpet dan dijumpai oleh jiran tetangga selepas tiga hari kejadian tersebut. Mayat mereka juga sudah mula membusuk.

Gempar taman perumahan tersebut tentang berita pembunuhan tersebut. Rumah mereka menjadi kawasan larangan kerana masih dalam siasatan pihak polis.

-----------------

Tanpa sesiapa pun sedari, air mata Nini anak patung kesayangan Sarah turut mengalir. Matanya yang bulat dan hitam galak merenung tajam bersama dendam yang mendalam.

"Nini akan menuntut belaa diatas kematian Sarah sekeluarga. Nyawa mesti dibalas nyawa. Nini sayang Sarah."

Bergema suara anak patung itu bersama janjinyaa kepada Sarah namun tidak didengari sesiapa...

NINIWhere stories live. Discover now