BAB 6

15 0 0
                                    

Mereka sekeluarga sampai dijeti Pulau Perhentian pada pukul 6 petang. Selepas mengambil kunci bilik, mereka terus berlalu masuk kedalam bilik untuk berehat dan bersiap-siap untuk solat manghrib.

Selepas maghrib mereka keluar makan di cafe mengisi perut yang sememangnya sedang lapar. Lily kelihatan agak penat dan mengantuk. Selesai makan, Faiz menyuruh Farina membawa Lily masuk kedalam bilik.

"Abang nak ambil angin sekejap. Nanti abang balik ke bilik."

Farina hanya mengangguk lantas berlalu bersama Lily. Dia juga terasa mahu berehat saja bagi menghilangkan rasa penat sewaktu dalam perjalanan tadi petang.

Faiz berjalan perlahan sambil memerhati sekeliling. Cahaya lampu yang ada membolehkan dia melihat persekitaran chalet di pulau tersebut. Ini kali pertama dia sampai disitu. Tempatnya memang cantik dan sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dalam hatinya terucap syukur dengan keindahan ciptaan Allah yang terbentang didepan matanya.

Telefon bimbit Faiz berbunyi mematikan senyuman dibibirnya. Panggilan dari telefon dibiliknya barangkali.

"Abang.. Lily hilang.. Tadi na masuk bilik air kejap. Keluar bilik air tengok dia dah takde."

Belumpun sempat Faiz menjawab apa-apa. Panggilan dari Farina terputus. Faiz panik. Dia lantas mencari Lily. Puas dia menjerit memanggil anaknya itu, tetapi tiada sahutan. Dalam samar cahaya rembulan, Faiz melihat Lily sedang berdiri memandang ke arah pantai. Dia terus berlari mendapatkan Lily.

"Lily, kenapa keluar tak bagitahu ibu dulu. Risau ibu bila tengok Lily takde dalam bilik. Ayah pun risau tahu!" Omel Faiz sambil menarik tangan Lily mengikutinya. Tangan Lily sejuk dan Lily hanya mendiamkan diri.

Apabila masuk kedalam bilik, Faiz terkejut melihat Lily yang sedang nyenyak tidur diatas katil. Farina yang baru keluar dari bilik air menegur suaminya,

"Apa yang busuk sangat nie bang..? Abang dari mana..?"

Farina menekup hidungnya. Bau tersebut memualkan. Soalan Farina tidak berjawab. Faiz hanya berdiri kaku macam patung.  Bagai baru sedar dari mimpi, Faiz melihat kearah tangannya. Ternyata Lily yang dipimpinnya dari tepi pantai tadi hanyalah sebuah beg plastik hitam. Dia bertambah terkejut apabila mendapati didalam beg plastik itu ada bangkai kucing yang telah berulat. Kepala dan kakinya tercabut dari badan. Ususnya juga sudah pecah. Faiz mencampakkan beg plastik tersebut kedalam tong sampah yang agak berjauhan dari biliknya.

"Kenapa abang bawa beg plastik bangkai tu..?"

"Bukan ke na tadi ada call abang..?"

Soalan Farina dibalas soalan oleh Faiz.

"Mana ada bang. Kenapa ni..?"

"Takde apa. Abang nak mandi. Na tidur la dulu."

Faiz yang masih terkejut dengan apa yang terjadi terus berlalu masuk kedalam bilik air.

Farina memandang langkah suaminya. Dia yakin pasti ada sesuatu yang disembunyikan suaminya. Masakan dia tidak sedar yang dia bawa beg plastik tu. Pelik. Farina berbaring sambil menunggu suaminya siap mandi. Dia ingin bertanya lagi apa yang terjadi sebenarnya. Tapi matanya semakin kuyu dan akhirnya dia terlelap.

-------------------------------

Pagi itu, Lily sangat ceria. Dia sudah tidak sabar mahu mandi dipantai. Faiz berlagak biasa. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan kejadian semalam yang dialaminya. Farina pula membatalkan saja niatnya untuk bertanya. Dia gembira melihat keterujaan anaknya, Lily.

"Takpayah la bawa Nini tu. Kan Lily nak mandi pantai. Nanti basahlah Nini."

Laung Farina melihat Lily memeluk anak patungnya. Laungan Farina tidak diendahkan. Dia sudahpun berlari kearah pantai. Faiz tersenyum melihat muka geram isterinya dan karenah anaknya itu.

"Abang pergila pantau Lily tu. Tahu-tahu sampai ketengah pula dia mandi nanti."

"Jangan risau la na. Lily bukan pertama kali mandi pantai pun. Kita tengok dari sini je pun boleh kan."

Ujar Faiz sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Farina. Farina menjeling manja.

--------------------

"Lily marilah dengan Nini. Marilah ketengah lagi. Sini lagi best lah." Ajak Nini.

"Saya takutla. Saya takpandai berenang."

"Takpe. Saya kan ada. Saya tolong awak nanti."

Teragak-agak Lily bergerak ketengah. Dia tidak lagi takut dab berasa seronok bergelak ketawa bersama Nini. Tiba-tiba kaki Lily ditarik dari bawah. Dia tidak dapat mengawal dirinya.

Sedang Faiz dan Farina berbual kosong, mereka dikejutkan dengan jeritan orang meminta tolong.

"Tolong tolong..! Ada budak perempuan lemas."

Farina dan Faiz berlari kearah jeritan tersebut.

"Ya Allah, Lily..!!!"

Jerit Farina kuat. Dia mendapatkan Lily yang sudah tidak sedarkan diri. Farina menangis. Dia rasa bersalah kerana membiarkan anaknya sendiri. Faiz memberikan bantuan pernafasan kepada anaknya. Dia turut menekan perut Lily beberapa kali. Lily terbatuk-batuk.. Dia menangis lantas memeluk Faiz erat.

-----------------------------

Selepas membersihkan dan menukarkan pakaian Lily, Farina membaringkan anaknya itu diatas katil.. Farina masih terkejut. Dia tidak dapat membayangkan jika Lily tidak sedarkan diri tadi. Dia pasti akan dihantui rasa bersalah. Tiba-tiba Lily bersuara,

"Nini yang ajak Lily mandi kat tengah-tengah pantai tadi tu. Lily dah cakap dah, Lily takpandai berenang. Lily takut ibu.."

Faiz dan Farina saling berpandangan. Serta merta mereka mendengar suara kanak-kanak perempuan ketawa mengekek. Meremang bulu roma Farina. Dia memandang kearah anak patung Lily yang sempat diberikan oleh seorang lelaki yang telah menyelamatkan anaknya tadi. Anak patung itu turut basah.

Lily yang kepenatan tertidur diatas pangkuan ibunya. Perlahan-lahan Farina meletakkan kepala Lily diatas bantal.

"Takmungkin Lily mereka-reka cerita kan bang. Mesti apa yang jadi tadi ada kaitan dengan patung tu."

Farina menjeling sedikit kearah anak patung tersebut.

"Bertenang na. Tak logik bila difikirkan. Lagipun Lily tu kecil lagi. Memang suka berimaginasi."

"Abang. Dah jadi sampai macam ni pun abang masih nak bersangka baik..? Abang nak tunggu sampai Lily tu mati ke..?"

Bentak Farina dengan suara yang ditahan.. Takut juga jika pertelingkahan kecil antara dia dan suaminya itu mengejutkan lena anaknya.

"Astaghfirullahal a'zim na. Takbaik cakap macam tu."

"Na tak kira. Na akan musnahkan dan buang anak patung tu nanti. Anak patung tu berhantu..!"

Sambung Farina lagi.

Faiz hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu membalas kata-kata isterinya yang pada akhirnya akan membuatkan mereka salah faham sesama sendiri.

---------------------------

Pada malam itu, badan Lily mendadak panas. Mungkin masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya siang tadi. Farina membasahkan kain dan disapukan keseluruh tubuh Lily bagi mengurangkan panas anaknya itu. Susah hatinya.

"Ekekekeke.. Padan muka kau.. Ekekeke..."

Tersentak Faiz mendengar suara kanak-kanak mengekek dan mengejeknya. Suara itu jelas dipendengarannya.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang sahaja meski cuti mereka sekeluarga dipulau tersebut masih berbaki 3 hari lagi. Dia risaukan keadaan Lily dan keselamatan isterinya.

NINIWhere stories live. Discover now