Cuti penggal kedua persekolahan sudah pun bermula. Hujung minggu, mereka sekeluarga akan bercuti selama 5 hari di pulau perhentian. Lily sangat teruja dan tidak sabar menanti hari ahad tiba.
"Nini, hari ahad nanti kita akan bercuti di pulau perhentian tau!"
Ujar Lily yang terlampau seronok dan teruja.
"Tak. Nini takkan ikut kita. Untuk kali ni, hanya kita bertiga ye sayang. Ibu, ayah dan Lily."
Farina menyampuk dari muka pintu bilik tidur anaknya.
"Ala kenapa pula ibu? Nanti Lily takde kawan. Tak seronok la."
Omel Lily dengan muka yang cemberut.
"Siapa kata? Kan ibu ayah ade." Pujuk Farina lagi.
"Taknak! Lily nak bawa Nini. Lily nak bawa Nini juga!" Bentak Lily.
Farina tersentak seketika. Geram dengan sikap Lily yang suka memberontak sejak kebelakangan ini.
"Ok, Nini akan ikut kita. Ayah tak kesah. Dah jangan monyok lagi. Tak comel la anak ayah ni nanti." Berkata Faiz tiba-tiba.
Lily tersenyum senang sambil matanya sempat menjeling kearah ibunya. Farina menoleh geram ke arah suaminya. Dia terus berlalu turun ke tingkat bawah. Hatinya sakit. Dia sedih kerana anaknya Lily sudah berubah sikap. Tidak ada lagi Lily yang manja seperti dulu yang sentiasa bercakap lembut dengannya.
"Farina." Tegur Faiz.
Dia menoleh kearah suaminya yang sedang menarik kerusi untuk duduk. Entah bila suaminya ada disitu. Dia masih membatu.
"Kita bawa saja Nini tu. Dia bukan hantu pun." Faiz bersuara lagi.
Mendengar suaminya menyebut perkataan hantu, Farina segera menoleh. Panas hatinya. Boleh pula suaminya berkata begitu sedangkan dia tahu Farina memang tidak senang dengan patung kesayangan anaknya itu. Dan atas sebab itu, Farina tidak mengizinkan Lily membawa Nini untuk percutian mereka kali ini.
Farina berjalan ketingkat atas meninggalkan suaminya. Pintu bilik dikuak, mengucap panjang Farina apabila dia melihat Faiz sedang duduk diatas katil sambil membaca buku.
"Aaaaa....bang?" suara yang keluar bagaikan tersekat.
Dia melorot jatuh kelantai dengan wajahnya yang pucat. Kalau ditoreh pun barangkali tiada darah yang keluar. Dia sangat terkejut. Faiz yang terpinga-pinga hanya memandang muka isterinya. Dia lalu bangun mendapatkan isterinya lalu dibawa Farina duduk dibirai katil.
Farina hanya menurut. Otaknya serabut. Bermacam-macam persoalan muncul dibenak fikirannya. Apa sebenarnya yang terjadi dengan keluarganya. Siapa yang bercakap dengannya dibawah tadi kalau suaminya ada didalam bilik mereka.
Tanpa berkata apa-apa, dia lalu berbaring dan terus memejamkan matanya. Mulutnya tidak putus membaca ayat suci alquran untuk menenangkan hatinya sebelum dia akhirnya terlena disebelah suaminya yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada isterinya.
----------------------------------------
Keesokan paginya, Farina masuk kedalam bilik Lily. Anaknya itu tidak ada didalam bilik. Barangkali Lily berada dibawah sedang bersarapan bersama Faiz. Nini anak patung kesayangan Lily kelihatan tersusun rapi disebelah anak-anak patung Lily yang lain.
Lily mencapai anak patung tersebut. Anehnya anak patung itu tidak pula terlihat seram seperti sebelum-sebelumnya.
"Siapa sebenarnya kau eh?" Gumam Farina sambil membelek-belek anak patung itu depan dan belakang.
"Ibu! Jangan sentuh Nini!" Jerit Lily tiba-tiba.
Terlepas anak patung tersebut dari tangan Farina. Dia lantas berpaling kearah Lily sambil menggosok-gosok dadanya. Terkejut bukan kepalang dek jeritan Lily. Muka Lily masam. Farina tahu Lily merajuk dengannya. Tidak boleh jadi, dia mesti memujuk anaknya.
"Maafkan ibu Lily. Jangan la merajuk lagi. Esok ibu izinkan Lily bawa Nini bersama kita. Ok sayang?"
Farina menyusun kata.
Serta merta riak wajah Lily yang mencuka berubah gembira. Dia mengambil anak patungnya itu dan melompat-lompat diatas katilnya sambil berkata,
"Yeayy, esok Nini ikut Lily. Lily ada kawan!"
Lily memeluk dan mencium anak patungnya itu. Dia tidak lagi mempedulikan Farina yang masih terpaku melihat perubahan emosi anaknya itu. Farina berlalu keluar. Sikap anaknya itu begitu aneh pada pandangan matanya.
Apa sebenarnya yang tak kena ni?
Sambil menuruni anak tangga untuk kebawah, tiba-tiba Farina mendengar suara kanak-kanak berbisik dan ketawa mengekek.
"Terima kasih makcik! Heheheheeeeeee....."
Farina memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Dia menggosok-gosok tengkuknya. Bulu romanya meremang...

ANDA SEDANG MEMBACA
NINI
HorrorMaira dan Fazli merupakan pasangan suami isteri yang bahagia. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Sarah Alia yang baru berusia 5 tahun. Sarah seorang anak yang bijak. Dia mempunyai sebuah anak patung yang diberi nama NINI. Maira sangat b...