BAB 1

33 1 0
                                    

Faiz dan Farina pasangan suami isteri yang merupakan usahawan berjaya diusia muda. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Lily Aufa yang baru berusia 5 tahun. Memandangkan pasangan suami isteri itu kerap sibuk dengan kerja dipejabat, Lily ditinggalkan dibawah jagaan pembantu rumah mereka yang dipanggil Mak Senah.

----++++----

"Mak senah, hari ini na dan faiz akan pulangg kerumah lebih awal. Na nak masak nasi hujan panas makanan kegemaran Lily."

Ujar Farina sewaktu dia dan suaminya sedang bersarapan sebelum ke pejabat pada hari itu.

"Baiklah na. Oh ye, harini kan ulang tahun kelahiran Lily yang kelima. Nanti Mak senah buatkan kek coklat. Lily suka kek coklat. Jadi tak payah la na beli kek lagi nanti." Terang Mak Senah panjang lebar.

"Wah! Bagus sangat tu. Saya pun dah lama sangat takmakan kek coklat air tangan Mak Senah tu." Faiz yang dari tadi hanya mendengar dan perhati menyampuk teruja.

Mak Senah tersenyum senangg.

Selepas keduanya ke pejabat. Mak Senah naik ke tingkat atas untuk mengejut dan memandikan Lily. Lily yang kelihatan masih nyenyak tidur terjaga apabila Mak Senah mendekatinya.

"Selamat pagi Mak senah!" Lily bersuara.

"Dah bangun dah. Mari mandi. Lepas tu kita sarapan ye." Ujar Mak Senah sambil bergerak ke bilik air bersama Lily.

------+++------

Sesampainya Faiz dipejabat, dia melihat ada sebuah bungkusan yang terhias cantik. Dia tersenyum.

'Bagus sungguh kerja Hana. Apa saja yang dia minta pasti dilaksanakan dengan baik.' Berkata Faiz dalam hatinya.

Sebenarnyaa dia meminta PAnya itu mencarikan hadiah untuk diberikan kepada Lily petang nanti. Memandangkan dia dan isterinya tidak berkesempatan untuk ke pusat membeli belah.

"Apa tu abang?" Tegur Farina tiba-tiba.

Terkejut Faiz seketika.

"Oh, ini hadiah yang saya minta Hana carikan untuk anak manja kita tu lah. Kalau tak ada hadiah, merajuk pula Lily nanti." Ujar Faiz sambil memandang ke arah isterinya.

"Hmm.. Menarik! Hana memang terbaik." Farina tersenyum lebar.

-----++++-----

'Happy Birthday Lily.
   Happy Birthday Lily.
     Happy Birthday to Lily.
        Happy Birthday to you.'

Gamat seketika rumah mewah itu dengan suara nyanyian Faiz, Farina dan Mak Senah. Lily tertawa riang sambil menepuk-nepuk tangannya.

"Lily tiup lilin ni ye ayah?" Dia sudah tidak sabar mahu makan kek coklat yang dibuatkan khas oleh Mak Senah.

"Boleh sayang!" Jawab Faiz.

Farina menghulurkan sepiring kek yang telah dipotong kepada Lily. Lily nampak berselera dan dia sangat gembira.

"Ayah dan ibu ada hadiah untuk Lily. Nah!" Ujar Faiz sambil menghulurkan sebuah kotak kepada Lily.

Lily lantas meletakkan piring kek yang sedang dimakan dek kerana teruja melihat hadiah dari ayahnya.

"Terima kasih ayah dan ibu. Lily sayang ayah dan ibu." Lily tersenyum senang hati.

"Bukalah hadiah tu Lily. Ibu pun taksabar jugaa nak tengok hadiah Lily tu."

Farina berkata teruja sambil menjeling sedikit kearah suaminya. Bibirnya taklekang dek senyuman manis.

Melompat-lompat si kecil Lily apabila mendapati didalam kotak tersebut ada sebuah anak patung bergaun dan bertopi. Dia bersorak gembira,

"Comelnya anak patung ni ayah! Lily suka sangat."

Ujar Lily lantas berlari kedalam dakapan Faiz. Faiz membalas pelukan anak perempuan tunggalnya itu. Dia turut berasa senang hati kerana Lily menyukai hadiah pemberiannya.

Farina hanya tersenyum melihat kemesraan anak dan suaminya. Dalam hati dia sangat bersyukur kerana Faiz tidak pernah mengabaikan mereka berdua. Malah sentiasa menyayangi dia dan Lily.

"Mari ibu tengok anak patung baru Lily tu." Pinta Farina.

Anak patung tersebut sudah bertukar tangan. Farina membelek-belek anak patung itu sambil mulutnya turut riuh menyatakan keterujaan. Namun entah kenapa, terdetik ketidak senangan didalam hatinya. Dia merasakan mata anak patung tersebut merenung tajam kedalam anak matanya. Mataa anak patung itu seakan hidup. Serta merta bulu romanya meremang.

Lantas dia menghulurkan kembali anak patung tersebut kepada Lily. Perasaannya yang kurang senang tadi cepat-cepat dibuang agar tidak mengganggu majlis kecil mereka pada malam itu.

NINITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang