Semakin hari Lily semakin akrab dengan anak patung pemberian ayahnya. Dia menamakan anak patung tersebut Sasa. Sasa sudah dianggap seperti adiknya walaupun hakikatnya Sasa hanya sebuah anak patung.
Selepas makan tengahari dan keletihan bermain, Lily tidur didalam biliknya. Dia merasakan ada seseorang mengusap lembut kepalanya. Dia pun membuka mata dan menoleh ke sisinya. Sasa anak patungnya sedang tersenyum dengan tangannya yang masih diatas kepala Lily.
Lily terkejut! Dia bingkas bangun dan berlari turun dari katil. Dia ketakutan. Mana mungkin anak patungnya itu boleh bergerak dan tersenyum. Tiba-tiba anak patung itu duduk dan bersuara,
"Jangan takut. Saya Nini. Kawan awak."
Lagi sekali Lily terpempan. Namun tidak pula dia berlari keluar dari biliknya itu atau menjerit memanggil Mak Senah.
"Marilah sini Lily main bersama saya. Jangan takut, saya takkan apa-apakan awak. Awak kan kawan saya."
Berkata anak patung itu lagi.
Perasaan Lily mula tenang tapi dia masih teragak-agak sama ada mahu mendekati anak patungnya semula atau tidak. Perlahan-lahan dia mengatur langkah dan akhirnya dia kembali duduk diatas katilnya.
"Macam mana awak boleh bergerak dan bercakap? Awak siapa?" Tanya Lily separuh berbisik.
"Kerana awak saya ada. Saya Nini. Dan mulai saat ni, saya janji saya akan jadi kawan awak sampai bila-bila."
Keduanya saling berbalas pandangan dan senyuman.
Farina yang baru pulang dari pejabat terhenti seketika didepan pintu bilik Lily. Hari itu dia pulang agak awal memandangkan kerjanya sudah selesai. Dia terdengar Lily seperti sedang bercakap dengan seseorang namun butir bicaranya tidak begitu jelas. Tidak seperti kebiasaan hanya suara Lily yang kedengaran bercakap namun tadi seperti ada suara lain bersama Lily. Kerana badannya yang terlalu letih, Farina terus saja melangkah ke biliknya untuk membersihkan diri.
Selepas mandi Farina berbaring sementara menunggu azan asar berkumandang setengah jam lagi. Dia hanya mahu melelapkan mata melepaskan sedikit keletihan badannya. Baru saja dia terlelap, dia mendengar jeritan Lily memanggilnya.
"Ibuuuuuuuuuuuu!"
Farina lantas berlari menuju kebilik Lily. Dia memulas tombol pintu bilik anaknya itu. Berkunci!
"Lily buka pintu ni. Lily ok ke tak tu? Buka pintu ni Lily!" Farina mengetuk pintu bertalu-talu memanggil Lily.
Pintu terbuka. Terjengul separuh badan Lily yang masih bertuala menandakan anaknya itu baru selesai mandi.
"Kenapa ibu?" Tanya Lily pelik melihat kekalutan ibunya.
"Lily ok? Kenapa menjerit tadi. Lily jatuh ke?" Tanya Farina walaupun dia pasti Lily dalam keadaan baik.
"Mana ada ibu. Lily ok. Kan Nini?" Jawab Lily sambil tersenyum ke arah anak patungnya.
"Siapa Nini?" Semakin pelik Farina apabila Lily menyebut nama Nini. Setahunya anak patung Lily itu diberi nama Sasa.
"Tu, anak patung Lily. Nama dia Nini ibu." Ujar Lily lagi.
Farina menoleh kearah yang ditunjukkan Lily. Dia tergamam. Kakinya terundur sedikit. Anak patung itu sedang tersenyum kearahnyaa. Melihatkan ibunya yang masih tercegat didepan biliknya, Lily bersuara lagi.
"Lily nak pakai baju dan sambung main dengan Nini. Tata ibu."
Farina tersentak apabila pintu bilik anaknya sudahpun ditutup. Dia kembali kebiliknya. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Badannya mendadak panas. Fikirannya masih memikirkan anak patung Lily. Masih terbayang dimatanya senyuman anak patung itu bersama renungan matanya yang tajam.
--------+++---------
Didalam bilik Lily,
"Lily janji tau. Jangan bagitahu ibu Lily dan sesiapa pun yang Nini boleh bercakap. Ini rahsia kita."
"Baiklah, Lily janji!"
Lily tersenyum memandang Nini dan mereka berpelukan.
YOU ARE READING
NINI
HorrorMaira dan Fazli merupakan pasangan suami isteri yang bahagia. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Sarah Alia yang baru berusia 5 tahun. Sarah seorang anak yang bijak. Dia mempunyai sebuah anak patung yang diberi nama NINI. Maira sangat b...