"Farina, Faiz. Mak senah dah siap hidang makan malam. Mari kita makan."
Ajak mak senah ketika suami isteri itu sedang asyik menonton televisyen.
Faiz naik ke tingkat atas untuk memanggil Lily. Tiba dianak tangga yang terakhir, Faiz terdengar suara tangisan halus dari dalam biliknya. Sejak bila pula Lily main dalam biliknya. Detik hatinya hairan. Dia menguak pintu bilik, telahannya benar. Anaknya itu ada disitu. Lily sedang duduk dibirai katil menghadap ke luar tingkap yang sedikit terbuka.
"Lily mari makan."
Dia menuju kearah Lily yang masih membelakanginya. Bahu Lily terhenjut-henjut. Kenapa pula Lily menangis. Detik hatinya lagi.
"Lily mari makan. Kenapa menangis ni?"
Lily masih diam tidak berkutik. Faiz memegang bahu anaknyaa.
"Lily benci ayah!" Jerit Lily seraya menoleh kearah Faiz.
Alangkah terkejutnya Faiz, budak perempuan yang disangka anaknya itu ternyata bukan lily. Mata budak tersebut lebam dan lebih memeranjatkan, airmata yang mengalir adalah darah.
Faiz kaku. Dia tidak mampu bergerak. Jantungnya seakan berhenti berdenyut. Budak tersebut menyeringai lantas meluru kearahnya.
"Tolonggggggggg!" Jerit faiz. Tangannya dilekapkan kemuka.
"Ayah."
Sekali lagi faiz terkejut. Dia lantas menoleh kebelakang. Lily ada dibelakangnya. Saat itu matanya jatuh pada anak patung didalam dakapan Lily. Mata anak patung itu turut galak merenungnya. Dan dia perasan anak patung itu sedang tersenyum sinis kearahnya.
"Ayah okay?" Tanya lily lagi bila faiz cuma diam tidak menjawab.
Terkocoh-kocoh faiz menggamit lily turun ketingkat bawah.
Dimeja makan, faiz tidak banyak bersuara. Seleranya juga seakan hilang. Apa yang dilihatnya tadi masih mengganggu fikirannya. Otaknya ligat berfikir. Dia sedang cuba mengingati sesuatu. Mulutnya berhenti mengunyah.
"Tidak mungggkinnnnn!!" Jeritan itu hanya terlahir dari dalam hatinya.
----------------------
Farina yang menyedari kepelikan pada diri suaminya hanya mendiamkan diri. Mungkin suaminya juga sudah menyedari perubahan sikap anak mereka. Lily seakan berada didalam dunianya sendiri. Dia lebih banyak berbicara dengan anak patung kesayangannya itu. Tidak ada lagi petah bicaranya yang suka bertanya itu dan ini pada Farina mahupun Faiz.
---------------------
Faiz menggosok matanya yang dirasakan perit. Sekelilingnya gelap gelita membuatkan dirinya bingkas bangun mengecam keberadaannya.
"Aku dimana?" soal hatinya.
"Ayah, tolong sarah ayah. Sarah sakit ayah. Tolong sarah ayah."
Kedengaran suara kanak-kanak mendayu-dayu meminta pertolongan.
Faiz bangkit. Dia berjalan perlahan menuju kearah kanak-kanak tersebut. Tiba-tiba rambutnya direntap dari belakang dengan kuat membuatkan dia hilang keseimbangan badan lalu jatuh terlentang. Dia menggosok-gosok kepalanya yang berdenyut-denyut. Belum sempat dia bangun,
"Kau takguna! Kau patut mati.!"
Sergah seorang lelaki yang tiba-tiba meluru kearahnya lantas menghayun cangkul tepat kearah kepalanya.
Faiz menjerit ketakutan.
"Abang, abang ok tak ni?"
Dia merasa tubuhnya digoncang perlahan. Dia membuka mata memandang sekeliling. Dia masih didalam bilik tidurnya.
"Abang mimpi apa ni?" tanya farina. Dia terjaga dari lenanya dek jeritan suaminya.
Faiz mengesat peluh yang merenik didahinya. Ternyata dia hanya bermimpi. Farina baring semula. Faiz cuba melelapkan matanya kembali. Sukar. Mimpi ngeri itu sedikir sebanyak mengganggu fikirannya.
-------+++++-------
..........5 Tahun yang lalu..........
Dua sahabat melangkah keluar dari sebuah syarikat dengan hati yang senang.
"Terima kasih sebab kau banyak tolong aku fazli."
"Sama-sama. Alaa, hal kecil lah. Rezeki anak kau yang bakal lahir lah tu."
Balas fazli menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
"Alhamdulillah. Kerana pertolongan kau juga aku berjaya sampai tahap ni."
Fazli hanya ketawa. Senang hatinya melihat kejayaan sahabatnya itu untuk membangun sebuah syarikat perniagaan. Walaupun masih diperingkat awal dan kecil-kecilan. Dia tetap bangga.
----------------------
"Pandai kau berlakon?" Ujar Black sinis.
"Taksusah pun perdaya orang bodoh macam fazli tu. Lagipun dia tu jenis senang percaya orang. Hahaha"
"Aku akan pastikan apa yang dia ada sekarang ni, menjadi milik aku tak lama lagi."
Sambung lelaki didepan Black dengan angkuh.
Lalu mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
![](https://img.wattpad.com/cover/107143622-288-k20321.jpg)
YOU ARE READING
NINI
HorrorMaira dan Fazli merupakan pasangan suami isteri yang bahagia. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Sarah Alia yang baru berusia 5 tahun. Sarah seorang anak yang bijak. Dia mempunyai sebuah anak patung yang diberi nama NINI. Maira sangat b...