Cathy berlari ke tandas tetapi dia tidak sengaja terlanggar seorang lelaki bertopi. Lelaki itu terduduk. Cathy mahu memakinya tapi ketika itu, tandas lebih penting baginya. Dia tidak perasan orang didepannya merupakan seorang lelaki. Lelaki itu bangun dan meminta maaf beberapa kali. Cathy mengendahkannya dan berlari ke tandas dengan segera. Lelaki itu hanya berdiri dan melihat Cathy yang semakin menjauh. Perlahan-lahan dia membuka topinya dan tersenyum sinis sebelum dia pergi dari situ.
"Ahh..leganya dah selesai membuang." Cathy berdiri di depan cermin dan membetulkan bajunya. Dia melihat dirinya sambil tersenyum. Tiba-tiba dia teringat kembali kejadian di kelas. Senyuman yang tadi mekar semakin pudar.
"Siapa lelaki tadi? Dia buat apa dekat sini? Betul ke dia nak rogol aku?" Dia duduk di kerusi yang ada di dalam tandas. Entah dari mana datang kerusi itu, masih lagi menjadi misteri. Kepalanya serabut dengan tanda tanya yang tidak terjawab sehingga kini. Lelaki yang bernama Suga itu betul-betul membuatnya serabut.
"Ahh..kisah apa aku. Kalau aku jumpa dia lagi, siap aku bunuh dia" Cathy menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembusnya dengan kuat. Dia rasa lebih lega.
Dia keluar dari tandas dan masuk semula ke dalam kelas. Dia mengetuk pintu kelas dengan penuh lembut bak gadis melayu terakhir. Apa tidaknya, ketika itu guru subjek Sejarah, Mr.Goo yang sedang mengajar.. Siapa tak kenal dengan sifat panas baran Mr.Goo yang semakin heboh satu sekolah. Dengar cerita, Mr.Goo ni pernah bunuh isterinya. Tak tahu betul ke tak, yang penting jangan main-main dengan dia.
"Cik Lee, awak dari mana? Baru sekarang masuk kelas saya." Tanya Mr.Goo yang sudah bercekak pinggang.
"Saya dari tandas tadi. Masalah perempuan cikgu." Kata Cathy tergagap-gagap. Walaupun Mr.Goo ni garang orangnya, tapi dia ni boleh dikira handsome jugaklah. Muka dia ada iras pelakon Korea, Kim WooBin.
"Yelah.. pergi duduk" Mr.Goo menjawab sebelum dia teruskan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Cathy berjalan ke tempat duduknya. Maemac mencuit bahu Cathy cuba untuk mengorek cerita.
"Woi, kau dari mana huh?" bisik Maemac dari belakang. Cathy menarik kerusinya rapat dengan meja Maemac.
"Tandaslah mana lagi" jawab Cathy secara berbisik.
"Dah dah..nanti dekat rumah aku cerita." Sambung Cathy lagi sebelum dia menarik kerusinya ke depan semula. Dia mengalihkan perhatian kepada Mr.Goo.
Selepas tiga jam, akhirnya waktu persekolahan tamat. Para pelajar mula berpusu-pusu untuk balik. Yuko dan yang lain dijemput dengan limousine mewah berwarna hitam. Nombor plat limousine itu adalah KYK 000. Sudah terang lagi bersuluh siapa pemilik kereta mewah itu. Kim Yuko adalah pemiliknya. Mereka dibawa ke rumah Yuko.
"Nanti kau kena cerita, apa dah jadi tadi dalam kelas" Cheon mencubit lembut peha Cathy. Cathy menganggukkan kepalanya. Dia masih lagi ragu-ragu untuk ceritakan cerita sebenar kerana dia masih ingin tahu identiti sebenar lelaki yang bernama Suga itu. Selepas sepuluh minit, mereka sampai di rumah. Semua ahli Queen sepakat untuk tinggal di rumah Yuko kerana rumahnya mewah,besar dan paling dekat dengan sekolah mereka.
Cheon dan Yeki masuk ke dalam rumah dahulu. Keadaan ketika itu gelap gelita ditambah lagi dengan hari yang hampir gelap. Yeki menekan suis lampu tetapi lampu tidak menyala. Cheon sudah terbaring di sofa dengan gembira. Dia sangat sukakan kegelapan. Dia tersenyum seorang diri sambil bermain dengan rambut panjangnya yang diikat. Rambutnya berwarna coklat kehitaman. Disebabkan rambut depannya panjang, dia selalu pakai klip rambut berbentuk bulan yang berwarna putih untuk elakkan rambut depan menutupi wajahnya.
Yeki masih lagi sibuk bergaduh dengan suis lampu. Johnny yang baru masuk ke dalam rumah diikuti dengan Cathy dan Maemac mebiarkan Yeki seorang diri dengan suis lampu. Mereka bertiga duduk di sofa keletihan. Johnny mula bermain dengan kiub rubik dalam keadaan gelap. Cathy pula jauh mengelamun. Mungkin dia masih fikirkan kejadian di sekolah tadi.
YOU ARE READING
❝ [ Majisuka Gakuen] → applyfic
Short Story※ Majisuka Gakuen ialah sekolah perempuan yang digeruni ramai kerana pelajar-pelajarnya yang bermasalah. Mereka terlibat dengan masalah disiplin,gangsterisme dan buli. ※ Majisuka Gakuen diketuai oleh tujuh orang pelajar s...