0.9

50 4 21
                                    

"Taeyong, kau tahu tak siapa pesaing aku nanti?", Suga berbisik kepada rakan yang berdiri di sebelahnya, sambil menggaru kepala yang agak gatal kerana sudah lima belas minit mereka berjemur di tengah padang.

"Shh! Diamlah!", Taeyong menyiku lengan Suga dan cepat-cepat menoleh ke hadapan semula, takut jika Mr. Jungkook ternampak tindakannya. Sebenarnya, Taeyong dan Suga sedang berada dalam barisan kawad kaki di tengah padang. Mereka dipaksa oleh Mr.Jungkook untuk berkawad kerana melanggar peraturan sekolah minggu lepas.

Apa tidaknya, ketika itu Ten, Suga, Jun dan Taeyong baru sahaja keluar daripada tandas lelaki.

"Weh, Suga! Esok kau kan nak pergi Majisuka Gakuen, nanti boleh tak kau bagi kan kotak ni dekat Yeki?". Jun memeluk kepala Suga dengan lengan kanannya yang berotot. Hampir tersedak Suga dibuatnya dek pelukan tiba-tiba si Jun ni.

"Yeki? Bila kau jumpa dia? Bukan kau cakap kau still tak ada plan ke nak jumpa dia?" Taeyong memandang Jun sekilas sebelum tumpuannya beralih ke kepala Suga yang dipeluk erat lengan Jun. Sado jugak kawan aku seorang ni, haih bilalah aku nak sado macam tu jugak. Getus hati kecil Taeyong sambil mengeluh.

"J-Jun! a-aku tak boleh bernafas!", Suga memukul-mukul lengan Jun minta dilepaskan. Terbatuk-batuk Suga selepas dilepaskan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan dengan kuat. Jun hanya tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Ten menggeleng-gelengkan kepalanya lucu, dia membetulkan kolar baju Suga yang terbuka sambil menepuk-nepuk bahu Suga. Pendek jugak budak ni. Lebih kurang aku je tinggi dia ni. Getus Ten dalam hati sambil tersenyum gembira akhirnya ada juga orang yang setaraf dengan dia selain Jimin walaupun sebenarnya perbezaan tinggi Ten dan Suga amat ketara.

"Apa kau tanya tadi Taeyong? Aku tak dengar". Jun sekali lagi menggaru kepalanya yang tidak gatal sama sekali. Haih, lama-lama boleh botak kepala si Jun ni.

Taeyong dan Suga memandang Jun serentak diikuti dengan Ten. Ten mengalih semula pandangannya ke hadapan namun tiba-tiba dia berhenti secara mengejut. Ketiga-tiga orang jejaka turut berhenti dan memandang Ten dengan pelik.

"Kau kenapa? Kenapa kita ber-", belum sempat Suga menghabiskan perkataannya, Ten menyampuk.

"Shhhh!"

Ten meletakkan jari telunjuknya di hadapan bibir menyuruh mereka diam.

Taeyong, Suga dan Jun terkebil-kebil. Mereka turut meletakkan jari dihadapan mulut tanda diam. Selepas 30 saat mereka berdiri dengan senyap tanpa sebarang bunyi, akhirnya Ten bersuara.

"Bless me Ah choooooooo!".

Dia bersin dengan kuat lalu menggosok hidungnya yang gatal. Dia senyum dengan lega selepas selesai bersin lalu melihat ke arah rakan-rakannya yang terperanjat. Dia tergelak sebelum meneruskan perjalanan menuju ke kelas. Tiga orang rakannya hanya mampu tergelak.

"Kau ni buat lawak ke apa hah?"

"Aku ingatnya ada orang mati ke apa ke"

"Yang kau ikut aku berhenti kenapa haha"

"Yelah, sebab kau tiba-tiba shhh shhh macam tu, siapa je yang tak gabra"

"Entah kau ni, agak-agaklah kalau nak berhenti tiba-tiba camtu, aku ingatnya kau dengar suara perempuan tengah mandi ke apa ke"

"Amboi kau, gatal eh"

Mereka berempat masuk ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing. Beberapa minit selepas itu, Mr.Jungkook masuk ke kelas untuk mengajar.

❝ [ Majisuka Gakuen] → applyficWhere stories live. Discover now