" Cukup 2Face!" jerit Mrs.Lee sambil menggelengkan kepalanya kecewa. Cheon dan Johnny yang berada di situ tidak dapat hendak menolong Dahye daripada didenda.
" Perempuan gila, tengok ni! Berdarah!" kata seorang bekas pelajar yang telah ditumbuk oleh Dahye. Sebenarnya, kejadian ini bermula daripada gadis yang bernama Jennie itu sendiri.
Jennie yang baru keluar dari tandas terlanggar Dahye .Ketika itu, Dahye bersama Cheon dan Johnny dalam perjalanan ke kelas. Tanpa apa-apa perbincangan Jennie terus memaki Dahye dan menamparnya. Dahye yang tidak bersalah hanya mendiamkan diri.
Cheon mahu membalas kembali tamparan Jennie tetapi Dahye lebih pantas darinya. Dahye tiba-tiba menerkam Jennie hingga mereka jatuh ke lantai. Dia menumbuk Jennie dengan kuat sehingga berdarah. Johnny dan Cheon cuba untuk menghalang Dahye daripada bertindak lebih ganas tetapi gagal. Jennie teruk dibelasah Dahye yang masih tak berhenti menumbuk pipinya sehinggalah Mrs.Lee datang untuk tenangkan keadaan.
" Hai Mrs.Lee hehe." Dahye melambaikan tangannya seperti tiada apa yang berlaku. Cheon cepat-cepat turunkan tangan Dahye dan memegangnya supaya tidak bergerak manakala Johnny memegang bahu Dahye supaya dia tidak bertindak di luar jangkaan.
"2Face pergi lari keliling sekolah sepuluh pusingan. Selagi tak habis, jangan fikir nak berhenti!." Tegas Mrs.Lee sebelum dia menyuruh Cheon dan Johnny menghantar Jennie ke bilik sakit. Mereka tidak boleh menolak, jika tidak mereka juga akan didenda.
" Sakitlah! Pegang lembut-lembut sikit!" rungut Jennie yang cuba untuk bangun dibantu oleh Cheon dan Johnny. Dalam hati Johnny, mahu sahaja dia biarkan Jennie di situ tetapi dia masih waras. Cheon menjeling, dia sengaja pegang lengan Jennie dengan kuat. Menyampah.
Dahye mengangkat bahunya sebelum dia pergi ke padang sekolah. Dia mula lari keliling sekolah bermula dari padang.
"Wee Woo, Wee Woo"
"Ni no, Ni no, Ni No"
" Vroom, vroom, vroom"
Pelbagai gaya dan bunyi yang dibuat Dahye semasa berlari. Sedar tak sedar, hanya tinggal satu pusingan sahaja lagi tetapi dia masih nampak segar.
" Sepuluh, Sembilan, Lapan, Tujuh, Enam, Lima.." dia melalui padang sekolah semula, sebelum ini dia tidak menoleh ke kiri dan kanan tetapi entah mengapa tiba-tiba dia berasa seperti mahu menoleh. Oleh itu, dia menoleh ke kawasan pondok sekolah lelaki Oson yang berada bertentangan dengannya. Sekolah lelaki Oson terletak di sebelah sekolah Majisuka Gakuen. Disebabkan itu,ada beberapa bahagian bangunan dapat dilihat termasuk pondok yang dilihat Dahye. Hanya pagar besi yang memisahkan kedua-dua sekolah ini.
" Empat, Tiga, Dua.." dia menoleh ke kiri dan berhenti berlari. Akhirnya, dia habis berlari keliling sekolah sebanyak sepuluh pusingan. Dia berhenti di tempat dia mula sebelum ini tetapi dia berhenti bukan kerana dendanya sudah siap tetapi dia ternampak sekumpulan pelajar lelaki sedang berbual rancak di pondok sekolah lelaki Oson.
" Satu.." bisik Dahye lembut. Pandangannya tertumpu kepada salah seorang pelajar daripada kumpulan lelaki itu. Perasaannya ketika itu sangat pelik. Dia meletakkan tangan kanan di atas dada dan cuba untuk menenangkan dirinya. Jantungnya berdegup laju. Sangat laju bukan kerana dia baru sahaja habis berlari tetapi ada perasaan gementar yang dia rasakan ketika itu.
Pandangannya melekat kepada pelajar lelaki yang bermata bulat. Pelajar itu sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya. Mukanya sangat kacak seperti watak animasi Jepun. Tiap kali lelaki itu gelak, degupan jantung Dahye semakin laju. Perasaan apa yang dirasa Dahye? Itu masih menjadi tanda tanya.
Dup Dap Dup Dap
"Woi!" Yeki menepuk bahu Dahye menyebabkan dia terkejut.
" Gila kau ni!" balas Dahye sebelum memukul lembut lengan Yeki. Sebenarnya Yeki dalam perjalanan ke kantin. Dia ternampak Dahye tengah pandang sesuatu dekat pandang sekolah. Dia pergilah turun padang dan cuba untuk tengok sekali apa yang dipandang gadis itu.
YOU ARE READING
❝ [ Majisuka Gakuen] → applyfic
Short Story※ Majisuka Gakuen ialah sekolah perempuan yang digeruni ramai kerana pelajar-pelajarnya yang bermasalah. Mereka terlibat dengan masalah disiplin,gangsterisme dan buli. ※ Majisuka Gakuen diketuai oleh tujuh orang pelajar s...