"Dia mesti tak datang"
Jin lepaskan keluhan selepas melihat jam di pergelangan tangan yang menunjukkan pukul 8.30 p.m. Dia meninjau sekeliling buat kali terakhir cuba mencari bayang-bayang gadis yang ditunggu, namun semuanya tidak seperti yang diharapkan. Dengan perlahan-lahan dia bangun dari kerusi dan bersedia untuk beredar. Tiba-tiba, satu suara yang dikenali menegurnya dari belakang.
"Jin. Aku dah sampai. Mesti kau dah tunggu lama kan? Aku datang untuk kau."
Suara yang sungguh manis dan manja menyapa lembut gegendang telinga Jin. Dia menoleh kebelakang dan terkesima melihat berdirinya sekujur tubuh yang tinggi di hadapannya. Gadis itu tersenyum dengan cukup manis sekali. Wajahnya bersinar seperti lampu-lampu neon yang dipasang di sekitar kafe.
"C-cheon? Kau...."
Jin tidak mampu berkata apa-apa. Lidahnya kelu. Matanya tidak dapat berkelip. Kecantikan gadis di hadapannya benar-benar membuatnya kaku. Bibirnya mengungkapkan senyuman. Dia terjatuh. Terjatuh cinta.
"Jin? Jin? Jin?!"
Badan Jin digoncang gadis itu. Jin masih lagi dalam mimpinya. Matanya masih tidak dilepaskan dari wajah 'bidadari' di hadapannya. Senyumannya semakin melebar.
"Dia sentuh aku. Oh My God. I'm in heaven."
Jin mendepakan tangan cuba memeluk Cheon. Tiba-tiba,
SLAP
Cheon menampar pipi kanan Jin. Jin tersembam ke belakang. Ouch. Sakitnya. Dia memegang pipinya yang merah menyala. Matanya dibuntangkan.
"Apa ni!?"
Cheon menundukkan badannya dengan ekspresi menyampah dan menunjal dahi licin Jin dengan jarinya.
"In heaven huh? Kau kuat berangan. Bodoh." Sindir Cheon sebelum menegakkan badannya semula dan memeluk tubuh.
Bodoh? Berangan?. Getus Jin keliru. Dia kelipkan mata beberapa kali. Apa yang aku nampak tadi..? Cheon yang tadi..
Jin memandang Cheon sekilas. Gadis itu memasang ekspresi tegang. Tiada senyuman. Tiada sinaran lampu. Tiada bidadari. Hanya asap-asap hitam yang dapat dilihat di sekitar Cheon. Sangat gloomy. PRAK. Hati Jin berkecai. Rupa-rupanya, semua hanya khayalan semata-mata.
"Memang betul lah aku berangan. Takkan lah dia jadi cantik macam tu. Tak mungkin." Jin berbisik kepada dirinya namun ayat akhirnya dapat didengari Cheon.
"Apa yang tak mungkinnya?" tanya Cheon masih lagi memeluk tubuh.
"Huh?" Jin membasahkan bibir bawahnya.
"Erm..tak mungkin kau tak datang hari ni." Jin menganggukkan kepalanya dan tersengih. Fuh, nasib baik aku dapat jawab, Kalau dia dengar, jadi daging panggang aku hari ni. Getus Jin.
"Huh! Yakin sangat." Ujar Cheon sambil menjeling.
"Of course, this is Jin you know." Dia berdiri dan menepuk-nepuk seluarnya yang berhabuk.
"So, kau dah datang ni. Jemputlah duduk."
Jin menarik kerusi di sebelahnya seperti seorang gentle man. Dia lemparkan senyuman manisnya kepada Cheon. Namun, Cheon menepis tangan Jin ke tepi.
"Aku reti tarik sendiri."
Dia menarik kerusi dan terus duduk. Degil juga dia ni. Bertabahlah Jin. Getus Jin dalam hati. Jin juga mengambil tempat di sebelah Cheon. Diam-diam Jin menarik nafas sedalam-dalamya sebelum bersuara.
YOU ARE READING
❝ [ Majisuka Gakuen] → applyfic
Short Story※ Majisuka Gakuen ialah sekolah perempuan yang digeruni ramai kerana pelajar-pelajarnya yang bermasalah. Mereka terlibat dengan masalah disiplin,gangsterisme dan buli. ※ Majisuka Gakuen diketuai oleh tujuh orang pelajar s...