0.1

238 9 45
                                    

" Maemac kau boleh tolong aku tak?" Cheon mencuit lengan kawannya yang sedang membetulkan hoodie merah kesayangannya. Park Maera atau lebih popular dengan gelaran Maemac terkejut selepas dicuit oleh Cheon. Dia mengusap-usap dadanya cuba tenangkan diri.

" Kau ni pun. Datang tak bagi salam. Nasib baik aku tak tumbuk kau." Maemac memusingkan badannya untuk menghadap Cheon. Dia yang sedang duduk di atas sofa empuk milik Yuko menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.

" Aku tahu kau sayang aku. Tolong aku tau?" seloroh Cheon yang berjalan kearah Maemac sebelum melabuhkan pinggulnya disebelah Maemac. Maemac memandang gadis di sebelahnya sambil tersenyum sebelum dia menggapai bantal berbentuk aiskrim di belakang badan Cheon.

"Ceritalah. Kau nak aku tolong apa?" focus Maemac kini seratus peratus kepada Cheon. Dia memandang wajah Cheon, cuba menangkap ekspresi wajah gadis itu.

" Kejap lagi Yuko dengan Johnny balik. Boleh tak kau belikan aku kopi dekat kafe Sweet Sugar sebelah sekolah kita tu?. Kau ajaklah yang lain" Cheon mendekatkan dirinya kearah Maemac sambil mengusap lembut rambut gadis itu.

"Apa yang aku dapat?" Maemac memeluk tubuhnya. Dia mengangkat keningnya.

"Ehmm.. aku boleh hack account instagram Kim Saera ," Cheon mengenyitkan mata kirinya cuba memujuk kawan dihadapannya itu.

Kim Saera merupakan anak kepada datuk Bandar kawasan tempat tinggal mereka. Hubungan dingin antara Maemac dengan Saera sudah diketahui oleh ahli Queen. Sebenarnya, geng Saera yang selalu buli Maemac ketika dia masih lagi seorang nerd. Selepas Maemac berubah, Saera tidak puas hati dan cuba untuk jatuhkan maruah Maemac tetapi berkat pertolongan ahli Queen, maruah Maemac masih dapat dipelihara.

"Ahhhhhh."Perbualan dua orang gadis itu terganggu oleh suara menguap seorang lagi gadis yang baru tersedar dari tidurnya. Selama ini dia selesa berbaring di atas katil saiz King hak milik sepenuhnya Kim Yuko. Sebenarnya mereka bertiga berada dalam bilik tidur Yuko ketika itu.

"Selamat pagi Cathy. Lena tidur nampak. Sampai tak perasan sekarang ni dah pukul dua petang." Sindir Maemac sebelum membaling bantal ais krim yang dipeluknya tadi kearah gadis berambut coklat pekat yang bersila di atas katil. Cheon memandang Cathy sebelum menggelengkan kepalanya seperti seorang ibu yang tergeleng melihat tingkah laku anak gadisnya yang bangun lambat.

Cathy atau nama asalnya Lee Chaeyeon menggaru kepala yang gatal sebelum melangkah turun dari katil. Cathy yang lengkap berbaju tidur berdiri di tepi katil. Dia menggeliat sebelum berjalan ke arah dua orang rakannya. Dia duduk di sofa kosong di hadapan Maemac dan Cheon.

"Alang-alang kau dah bangun ni, jom teman aku pergi kafe Sweet Sugar." Maemac bangun dan menarik lengan Cathy yang masih mengantuk walaupun telah tidur lama.

"Aku malaslah. Kau ajaklah Yeki ke, tak pun si Bedah." Jawab Cathy malas.Dia menyandarkan kepalanya di perut Maemac.

"Kau ni memang Lee Chaeyeon yang aku kenal. Lee Chaeyeon yang pemalas lengkap dengan pelupa sekali. Kau dah lupa ke Bedah tak de dekat sini, dia kena tahan polis." Sindir Maemac sebelum dia menolak perlahan kepala Cathy dari perutnya.

"A'ah aku lupa. Kalau macam tu, kau bawak Yeki sekali. Aku rasa dia ada dekat bawah tengah dengar lagu." Jawab Cathy yang sibuk membetulkan rambut kusutnya.

"Yelah. Aku bawak Yeki sekali. Kau nak pesan apa-apa ke? " tanya Maemac kepadaCathy.

"Aku nak macaroon dengan hot chocolate." Balas Cathy tersengih.

Maemac menganggukkan kepalanya sebelum berjalan keluar dari bilik Yuko.

"Yeki tengah dengar lagu? Dia gaduh ke semalam? " Cheon mengalihkan pandangannya kearah Cathy. Kepalanya disengetkan sedikit cuba mengimbas semula kehidupan mereka semalam.

❝ [ Majisuka Gakuen] → applyficWhere stories live. Discover now