SG 24

2.1K 121 4
                                    

                                 💐💐💐

Sejak ' perpisahan mereka ' Street Girl dan Propper Gang melancarkan perang ntah keberapa.

Act, Emir dengan Ad je tapi disebabkan mereka kawan so tanpa rela mereka melancarkan perang, oh lupa pula, Erin dah Yusuf yang juga dahlama melancarkan perang.

" nanti saya rindu awak. " keluh Amar. Ari juga mengeluh.

" saya pun. "

" haih , saya peliklah. Dorang gaduh tapi kita yang kena. "

Ari hanya melongo, memandang pencuri hatinya.

" kita kena buat something ni. "

Amar mengangkat keningnya. " buat apa ? "

Lama Ari memikir, akhirnya dia menjongket bahu. Amar mencebik bibir.

Mereka sama sama menongkat dagu. Alahai, jodoh.

" Amar, Amar ! Emir.. Fuh fuh.. " kata Yusuf dengan tercungap cungap. Lari dari blok A sampai ke blok c hm agak tak mampus ke ?

" Emir kenapa ?! " tanya Amar gelabah. Dia terus bangun dari duduk,begitu juga Ari.

" Emir..dia.. "

Hai, lamanya cungap engkau.

" EMIR APA ? HADUH NAK MENINGGAL KE APA NAFAS SEKERAT JE. " jerit Amar geram. Dia mendengus kasar sambil menjeling Yusuf yang sedia upaya hilangkan cungap.

" Emir gaduh dengan Redza kat belakang blok. "

Amar terbuntang, Ari ternganga,Yusuf tercungap. Segera Amar berlari ke belakang blok, lambat sesaat cepat nyawa hilang. Ari ikut dari belakang dengan Yusuf.

Sampai sahaja, Emir terduduk di rumput dengan darah di bibir. Redza terbaring di atas rumput. Tak bergerak. Amar mendekati Emir perlahan.

" mir, apahal ni ? " tanyanya lembut. Kena tanya elok elok, kang ada juga meninggal harini.

Emir mendiamkan diri, matanya tajam menikam Redza. Sakit di badan tak sesakit hatinya. Dia bangun menuju ke arah Redza. Menolak badan Redza menggunakan kakinya. Dia ketawa sinis. Sekali tengok, persis orang gila dalam drama.

Ad baru sampai disitu terus meluru ke arah Redza dan Emir. Dia terkejut melihat Redza yang teruk dibelasah. Matanya mencerlung tengok Emir sedang ketawa.

" kau buat apa ni bodoh ?! "

Terhenti tawa Emir. " kau tanya aku buat apa ? Kau tanya aku ?! Aku buat ni sebab kau Ad. Sebab kau ! " sambung ketawa sinis. " nak tahu sebab apa ? Sebab aku gila. Gilakan kau. Aku taktahu apa yang kau bomoh aku sampai aku boleh jadi gila macamni. Padahal kau ni perempuan murah je bukannya ada apa apa pun. Heh. "

PANG !!!

Emir pegang pipinya merah panas. Badan Ad mengigil menahan marah. Jarinya menuding tepat ke dadanya.

" aku takpernah suruh kau buat benda ni. Takpernah Emir. Aku takpernah suruh kau jatuh cinta dengan aku. Aku takpernah suruh kau korban segalanya untuk aku. Aku ulang, takpernah. Tapi kenapa kau buat ? Ask yourselflah bodoh. Aku dah warning kau awal awal, once you step in my life jangan pernah menyesal tapi kau drag jugak. Bila jadi macamni, kau salahkan aku ! Padahal i had nothing. Sumpah Emir, sumpah aku kecewa dengan kau. Kalau macamnilah perangai kau, memang takpergi jauhlah. "

Ad diam seketika. Dia dekatkan dirinya dengan Emir.

" dalam hati ni, takpernah pun kurang rasa sayang dekat kau. Lelaki depan aku nilah, ajar aku erti hidup. Lelaki depan aku juga nilah, ajar aku rasa cinta tu apa, rasa sayang tu apa. Takpernah pun rasa sayang ni berkurang. Takpernah. Walaupun sedikit, walaupun kecewa gila dengan kau. Nak tahu sebab apa ? Sebab aku jatuh cinta dengan kau. Tapi bila kau tahu, kau tuduh aku, kau sakitkan hati aku, kau toreh hati aku. Aku gilakan aku tapi aku tahu kawal. Aku bukan macam kau, kuat cemburu suka tuduh. Meh sini aku nak cakap. Sebab kau tak kasi aku explain haritu, harini aku kasi tahu semua. "

Dia menarik nafas.

" haritu, aku study sorang sorang. Lepastu Redza datang. Dia merayu rayu supaya aku maafkan dia, jadi kawan dia balik. Tapi aku tak terima. Then, dia menganas. Dia pegang tangan aku. Dan gambar gambar yang kau nampak tu memang betul tapi salah. Gambar tu tak menceritakan situasi yang sebenar. Aku sumpah aku takpernah pernah curang dengan kau. Tapi kau lebihkan percayakan siapa ? Gambar kan ? So aku boleh buat apa ? Nak suruh aku merayu kau terima aku balik ? Hell man hell. Aku hidup balik pun takkan merayu macamtu. "

" terima kasih atas segalanya. Halalkan segalanya yang kau pernah bagi, ke kau nak suruh aku kasi balik barang yang pernah kasi tu ? Hm maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kau tuduhlah aku banyak mana kau nak, sumpah tak kesah. After this, kita buat haluan sendiri. Lagipun lepas spm aku chaw. Ada jodoh kita jumpa, kalau tak jumpa tu namanya bodoh. Last words, i love you Emir Lucas. Thanks for everything and this too. Bye. "

Dia mencium pipi kanan Emir lalu menapak pergi dengan hati yang sebal. Akhirnya, air matanya tumpah jua. Kerana seorang lelaki.

Emir terkaku. Dia hanya memandang bayangan Ad yang makin lama makin hilang. Dia berlalu pergi dari situ tanpa riak. Muka kosong.

Amar dan Ari tergamam. Redza di rumput dipandang sebelum pergi memanggil cikgu dengan alasan dia pengsan sendiri. Jahatnya em.













Hello. Fella.

Vote and comment 💝

Street Girl | ✔Where stories live. Discover now