SG41

5K 125 11
                                    

" yeay! Dah freedom! " jerit Ari sebaik sahaja Street Girl keluar dari dewan peperiksaan. Erin dan Ad hanya mengeleng kepala. Biarlah dia bahagia seketika.

" oi! Budak dah freedom. Sombong gila. "

Street Girl pusing ke belakang. Mereka tersenyum senget.

Propper Gang berdiri dengan tangan di poket tersenyum sinis. Masing masing mendapatkan pasangan sendiri.

" excuse me? Do i know you? " tanya Ad dengan selamba. Emir terbungkam sebelum mengigit bibirnya geram.

"Oh mentanglah orang tu dah habis spm, terus lupa daratan eh? " balas Emir. Dia terus memaut bahu Ad. Mereka berjalan berdua. Ari, Amar, Erin dan Yusuf dihadapan mereka.

" alo awak. Orang gurau jelah. Sihat ke tak ni? Lamanya tak jumpa. Makin gemuk haih. " tanya Ad bertalu talu. Almaklumlah, balik sahaja dari Kem mereka membuat keputusan untuk tidak berjumpa antara satu sama lain. Katanya nak focus Spm.

" saya tahu awak bergurau. Em sihat alhamdulilah. Makin gemuk? Yeke? Ke nak kata diri sendiri gemuk? "

Ad mencebik bibir. " orang kurus okay. Kurus! Pleaselah dah habis Spm pun takkan tak tahu kurus itu apa? Dahlah bye. Taknak cakap 1 minit dengan awak. " Dia berpeluk tubuh.

Emir ketawa besar. " alo alo sayang saya ni. Jangan harap saya nak pujuk HAHA padan muka. "

Ad buat tidak tahu. Dia hanya diam dan terus berjalan namun tangan Emir masih di bahunya. Ada lagi berapa minit eh?

Emir mula cuak bila lihat Ad berdiam diri. Tak lucu ke? Sah aku tak boleh masuk maharaja lawak. HA HA. 

" Ad. Awak tengah merajuk ke? "

Diam.

" cakap lah dengan saya. Jangan kasi silent treament sayang. Sakit tau hati kita. "

Masih diam. Ad bermain dengan kuku untuk mengcover dirinya yang mahu ketawa. Tahu takut!

" Adelia! Cakaplah dengan saya huhu awak ni jahatlah huhu. " Pipi Ad dicuit banyak kali. Tak puas, dia mencubit dan tarik lalu lepas kuat pipi Ad. 

Pap!

" sakitlah bongok! " ha kan dah kena bongok dengan Ad. Ad mengosok pipinya beberapa kali. " i hate you so much! " gumamnya perlahan.

" siapa suruh kasi silent treament dengan saya. Awak pun tahu kan saya taksuka benda alah tu. Dahlah saya malas nak layan. Bye. " ujar Emir lalu mula menjauhkan diri. 

Dahi Ad berkerut. Dia memandang Emir yang memuncungkan bibir. Aku ke dia yang merajuk ni?

" Em.." Panggil Ad sambil pandang ke hadapan. Figura dihadapannya membuat dia terkelu. Emir pandang Ad tak puas hati. Pujuk lah!

" papa. " terkeluar juga suaranya apabila beberapa minit dia berdiam diri. Dia seakan tidak percaya. 

Emir turut pandang ke depan dengan terkejut. Tidak menyangka ayah mertuanya ada di sini. Emir mengulam senyumam tipis. Perlahan lahan dia meninggalkan Ad dan ayah mertuanya. 

" Ad. Anak papa. " ujar Dato Hanafi apabila dia berhadapan betul dengan puterinya.

" Ad sihat? " tanya Dato Hanafi. Dia mengusap kepala Ad.

Empangan air mata Ad akhirnya jatuh apabila merasai usapan itu. Jujur dari sudut hatinya, dia amat merindui papanya.

Ad terus memeluk Dato Hanafi. Dia menangis teresak esak. Dato Hanafi tersenyum nipis dan mengusap belakang Ad. Alhamdulilah, syukur!

" Papa jahat! Papa tinggalkan Ad sorang sorang. Ad ingat papa akan cari Ad. Tapi papa tak cari pun. "

Terletus ketawa Dato Hanafi. Ad mula meregangkan pelukan. Dia membuat muka tak puas hati. " kenapa papa ketawa ha?" Ingat lawak ke? "

Street Girl | ✔Where stories live. Discover now