SG 35

2.2K 110 1
                                    

                                  💐💐💐

Street Girl masuk ke dalam sekolah dengan muka yang bersemangat. Tiba tiba, sahaja mereka jadi peramah. Habis semua orang ditegur sampaikan tong sampah yang tak hidup pun ditegur. Orang dikeliling mereka mula pelik. Yelah selamani asyik nak tengking orang je lagi lagi Ad. Ni tiba tiba tegur, tak ke pelik tu? Tapi, orang berbudi kita berbhasa kan?

Mereka masuk ke dalam kelas. Diletaknya beg di kerusi lalu keluar. Mereka naik ke atas bumbung lalu duduk di rooftop.

" dah ready? " tanya Ad.

Ari angguk. " erin, barang? "

Erin angguk. Dia mengangkat beg plastik dengan senyuman.

" kita buat macam kita bincang semalam. Ari, lakonan biar mantopp. Erin, prop biarr boek. Okay, jom berpecah. "

Mereka turun dari rooftop lalu berpecah. Sorang ke timur, sorang lagi ke barat dan sorang lagi ke utara. Masing masing lakukan kerja yang ditetapkan.

Ari berjalan sambil mata melilau. Dia berhenti sekejap dengan tangan diletak dikepala. Mata masih melilau lalu berhenti di pondok. Dia tersenyum sinis. Gotcha! Sambil berjalan, Ari menitiskan eyemo di matanya. Lakonan biar mantop bak kata Ad. Baju sekolah dibetulkan.

" Ainnur.."

Ainnur pusing ke belakang. Melihat gerangan yang memanggilnya, membuatkan dia mengengsot ke tepi secara spontan. Mukanya memucat.

Ari duduk dihadapannya. Dia mengelap air matanya jatuh. " aku nak mintak maaf pasal semalam. " kepala ditundukkan. Muka penuh kesal.

Ainnur terdiam. Dia memandang wajah Ari, mencari keikhlasan. Dia ragu ragu, ini kerana Street Girl dikenali sebagai manusia paling licik.

" kau tak sudi nak maafkan aku ke? Hm takpelah, aku sedar aku siapa. " ditambahnya perasa untuk Ainnur mempercayainya bahawa dia betul betul kesal. Dalam hati nak termuntah. Gegeli jee aku.

Baru nak pergi, Ainnur memegang lengannya. " saya maafkan. " Ari kembali duduk.

" terima kasih Ainnur. Aku taktahulah jadi apa kalau kau tak maafkan aku. Sumpah weh, aku betul betul kesal apa yang aku buat semalam. Sepanjang malam aku dok pikir pasal kau. Bersalah sangat. " kata Ari dengan tangan diangkat ala ala berikrar.

Ceh, padahal sepanjang malam dok pikir macam mana nak balas dendam.

Ainnur tersenyum manis. " dahlah, benda dah lama buat apa ingat lagi. Saya pun dah tak kesah. "

Bodoh! Bongok! Bebal! Munafik! Nyampahnya aku. Bilalah nak siap props ni.

Ari senyum semanis yang mungkin. Sambil tunggu signal dari Ad, dia berborak dengan Ainnur.  Baru dia tahu, dia datang ke sini sebab Amar. Menyirap pulak aku dengan budak ni.

Phonenya bergetar. Dia tahu. Props is readyy.

" ainnur, you dont mind kan kalau aku ajak pergi belakang blok jap. "

" kenapa? "

" oh, nak jumpa kawan lelaki jap. "

Time tu jugak, si Ainnur tu bangun. Pantas dan cekap. Takpayah paksa paksa. Aku nengok pun terkujat. Dasar perempuan murah. Ko tunggu kat sana, memang terkucil ko.

" Ainnur, ko duduk kat sini dulu. Aku nak amek something jap. Nnti ko berbual lah dulu dengan kawan aku. " kata Ari sebaik sahaja mereka sampai di belakang blok. Ainnur pun dengan senang hatinya tunggu. Haih, bodohnya.

Ari berdesup berlari masuk ke dalam bilik darjah yang menempatkan Erin. Dia mencuit bahu Erin lalu duduk disebelahnya.

" yang lain dah dapat? " tanya Ari.

Street Girl | ✔Where stories live. Discover now