SG 30

2.2K 115 3
                                    

                                 💐💐💐

Balik sahaja dari Los Angeles, semuanya kembali seperti sedia kala. Tiada gelakan tawa, gurau senda seperti pertama kali pergi.

Pada malam tu, Ad terus packing barang dan balik time tu jugak. Nasib ada ticket. Masing masing risau namun kerisauan mereka terpadam apabila mendapat panggilan daripada ibu bapa Erin. Semua tarik nafas lega.

Kedinginan Ad makin ketara. Semuanya benda nak ditengkingnya. Dekat matanya ada je yang salah walaupun benda tu tak buat. Kereta, makanan mahupun taik yang tak bersalah. Mujur, masih ingat kawan kalau tak tu hm.

Berbuih mulut Erin dan Ari menasihati Ad namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yelah, dulu tak macamni pun, tiba tiba je buat perangai. Nasib baik juga, Ad bukan seorang yang kaki ponteng cuma subjek Bio sahaja dia akan melencong dan masuk saat saat akhir. Sehinggakan cikgu pun naik pening menengoknya.

Peperiksaan Percubaan Spm berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat gangguan murid lain bising namun dari segi lain, semuanya okay.

Ad, Erin dan Ari bersyukur dapat menjawab dengan baiknya. Begitu juga Propper Gang.

***

Cikgu Balqis aka cikgu bio mereka masuk. Ad awal awal lagi dah keluar, kali ni melencong ke mana tatau. Cikgu Balqis pun dah paham kalau tempat duduknya tiba tiba kosong tapi beg ada.

" okay class, cikgu nak edarkan markah Bio kamu. Kamu cek balik takot takot ada yang salah dan pulangkan balik. "

Ketua kelas memberi paper exam kepada semua murid. Ada yang mengeluh, ada yang gembira dan ada jugak yang takde riak.

Erin dan Ari berpandangan sebelum menjerit meloncat loncat.

" aku lulus weh. Lulus. " ujar Ari sambil menunjuk paper  exam itu dihadapan muka Erin.

" aku tahu weh. Tahu. " perli Erin. Macamlah aku ni buta tak nampak markah dia.

" how about Ad ? " tanya Erin tiba tiba. Dia melihat meja Ad, takot takot ada paper exam.

Ari bangun lalu menuju ke arah cikgu Balqis yang sedang menyalin dibuku laporan.

" cikgu. "

" yes ? " cikgu Balqis memandang wajahnya.

" Adelia. "

Cikgu membelek buku laporannya lalu mengeleng kepala. " she didnt make it. Fail. "

" gred ? "

" F "

Ari tergamam. Dia berterima kasih lalu berjalan balik ke meja. Erin yang sedang menunggu terus bertanya lalu dia mengeleng. Mereka berteleku sekejap.

" kita kena buat something. Aku taknak dia fail masa Spm nanti. " ujar Ari sambil menongkat dagu.

" aku pun taknak. Tapi nak buat apa ? "
Mereka diam sesaat sebelum Ari menepuk meja kuat hingga menarik perhatian orang lain. Ari tersengih lalu mengaru kepala.

" Emir score bio kan ? Why not kita suruh dia ajar. " Ari memberi cadangan.
" woi, mana boleh. Lupa ke apa dah jadi masa kat sana ? "

Ari mencebik bibir apabila cadangannya ditolak mentah mentah.

" tapi... "

" tapi apa Ari ? Biar jelah kita yang ajar dia. Bukannya susah pun. " tegah Erin awal awal. Kau nak ke perang ke berapa tah bermula balik. Cukuplah masa di LA haritu.

" Erin, Ari nanti cakap dekat Ad saya nak jumpa masa rehat ya deka bilik guru. " kata Cikgu Balqis memandangkan waktu kelasnya sudah tamat.

***
Emir Pov.

" WHAT ?! " aku memandang wajah cikgu yang polos. Muka mengharap.

" please Emir, awak je yang bijak dalam bio ni. "

" takkan takde orang lain dah cikgu ? " soal Emir lalu mengeluh perlahan.

Bukan aku sengaja nak tolak permintaan cikgu Balqis ni tapi masalahnya Ad tu ha. Aku memang awal awal nak tolak bala tapi dia makin dekatkan bala dengan aku.

" Emir please. Sampai Spm je. " rayu cikgu Balqis. Mukanya yang comel itu mampu mencairkan lelaki tapi tidak bagi Emir. Pikirannya kusut.

Disebabkan cikgu Balqis banyak menolong, jadi aku bersetuju jugak walaupun terpaksa. Terlompat lompat cikgu comel itu dibuatnya.

***
Ad Pov.

" what ?! No ! " aku menjerit hingga menarik perhatian cikgu lain. Ha pasni keluarlah gosip murahan pasal aku.

" ini arahan bukan permintaan. Saya tak kesah awak tolak ke apa tapi yang saya nak tahu awak kena belajar dengan Emir. " kata Cikgu Balqis tegas. Dia takboleh lagi bertolak ansur dengan Ad. Makin kita berlembut, makin pijak kepala.

Aku pandang Emir disebelah, dia pandang aku jugak. Dia tersenyum sinis. Ah sukalah tu, lepasni boleh buli aku.

" takde org lain ke cikgu ? " tanya aku penuh mengharap. Please cikgu, cakap ada, cakap ada.

" malangnya, takde. So terimalah dengan redha. Okaylah, cikgu ada kelas. Kamu pandai pandailah uruskan waktu belajar ya. Dedaa. "

Aku mengetap bibir. Nasib tak melayang penumbuk aku ni. Kalau tak, kecoh satu sekolah cikgu kena tumbuk dengan pelajar atas sebab taknak totur yang diajar oleh EX SENDIRI. Aku terus keluar dari bilik guru. Aku berjalan laju meninggalkan Emir dibelakang dan aku pasti dia sedang mengikut aku.

" Ad. "

Aku dah kata. Aku mencarut sebelum pusing dengan senyuman manis.

" yesss mr toturr. "

Emir tersengih apabila diperli.

" kelas everyday. Habis sekolah untill 4 petang. Any objection ? "

" ha kepal... "

" shh. "

" tap.. "

" shuh. "

Aku mengetap bibir. Tangan mengengam penumbuk. Hai, tunggu masa je nak berlepas ni. Tadi tanya ada bantahan ke tak, bila aku nak bantah potong cakap aku pulak.

" no any objection Mr Totur yang gila kuasa. " aku memerlinya lalu berjalan ke kelas.

" lambat, aku kiss. "

Sempat Ad mengangkat jari tengahnya sebelum menghilang dari matanya.

Emir tersengih sinis. Hee, the bully is back. Kena lah ko dengan aku.


Ha nah. Aku tak tahan tengok dorang gaduh lama lama. Kah

Vote and comment 😚

Street Girl | ✔Where stories live. Discover now