Bab 8

37 2 0
                                    

ZAHRA mengesat air matanya. Entah kenapa dia terlalu sedih kerana Zafriel tidak sudi memandangnya.

"Zahra..." Panggil Tihany. Nafasnya tercungap-cungap dikumpul semula.

Sofea turut melakukan hal yang sama.

Cepat Zahra mengesat matanya. Dia menoleh ke arah lain. Sakit hati ni, bukan sebarang sakit. Sakit ni yang amat pedih!

"Zahra..." Tihany mula mengoyang bahu Zahra. Zahra langsung tidak beri sebarang respon. Malahan, muka Tihany yang Comey lote tu pon tak dipandangnya.

"Zahra, kau okey tak..." soal Sofea. Pipi Zahra dipegang agar mata gadis itu memandang mereka berdua. "Kau jangan macam ni Zahra...." hati Tihany dah mula sebak.

"Zahra, please.. janganlah kau nangis sebab lelaki...tolonglah!" Kata Sofea sambil menggoncang Zahra. Bagi budak ni sedar sikit. "Zahra...tolonglah. Aku dan Tihany tak sanggup tengok kau sedih. Tolonglah jangan menangis macam ni..." Kata Sofea.

Air mata Zahra masih laju mengalir.

"A..aku..tak layak untuk dia..." Kata Zahra.

Tihany dan Sofea mengeluh berat.

Bas berhenti di hadapan mereka bertiga. Zahra masuk ke dalam bas diikuti dua kawannya.

Didalam bas, Zahra hanya berdiam diri. Tihany dan Sofea terpaksa duduk di bahagian belakang bersama dua orang lelaki. Sebab Zahra tak nak beri respon pada mereka, terpaksalah mereka biarkan Zahra sejukkan hati dulu.

Bas berhenti di satu simpang. Zaquan menaiki bas. Dia melilau mencari tempat sekeliling. Dia ternampak yang Zahra duduk bersendirian tanpa kawan buzybody dia.

Pantas dia berjalan.

Zahra termenung. Wajah comel Zafriel sentiasa dalam ingatannya. Waktu itu, dia tiba-tiba teringat sewaktu Zaquan datang memeluknya. Zafriel merampas dia dari pelukan Zaquan.

Wajahnya membahang! Malunya!!! Terasa bahang dalam pelukan Zafriel.

Pipi Zahra dikucup. Gadis itu menoleh. "Za...Za.....Zaquan..." Zahra takut. Dia mengundurkan diri ke belakang sehingga tersandar pada dinding bas.

Zaquan meletakkan tangannya di sisi kepala Zahra. "Tadi dear peluk budak skema tu kenapa?" Soal Zaquan. Suaranya sengaja dimanjakan.

"Er...sa..saya ta..tak peluk dia pun". Kata Zahra nafasnya dah jadi sesak. Sesak sebab si Zaquan ada depan mata dia.

Tangan kiri Zaquan diletakkan pada dinding bas bersebahan sisi kiri kepala Zahra. Zahra dah naik takut....

"I love you dear. Youre mine forever and ever!!!" Kata Zaquan dengan manja.

Zahra menggigil ketakutan.

Bibir Zaquan hinggap di pipi kanan Zahra. Dicium gadis itu dengan rakus.

Menangis teresak-esak dibuatnya.

Sofea terjaga dari tidur. Dilihatnya Tihany sedang lena dibuai mimpi. Kesian penat. Dahlah rumah jauh dari sekolah...

Sofea bangun. Ntah kenapa, hati dia tiba-tiba ada mood nak pujuk si Zahra tu. Membulat mata Sofea tengok si Zaquan... 'Astaghfirullah! Setan punya Setan Zaquan ni! Tak malu ke?!' Sofea menoleh ke sebelah kanan. Seat yang duduk bersebelah dengan Zahra tu lelaki. Diorang asyik sengih tengok Zahra kena laku macam tu. 'bodoh, biol, bahlol semualah!' hati Sofea mula mengamuk.

Hanya KauWhere stories live. Discover now