Bab 7

44 2 0
                                    

Zaquan menghembus nafas laju. "Sial! Jilake betul!!!" Marah Zaquan. Dinding jadi mangsa tumbukkannya.

"Kau sanggup, buat Zahra macam tu, Zaq? Kau tak kesian kan dia..." Kata Azham.

"Nak kesian kan dia kenapa? Dia sendiri yang cari nahas dengan aku. Aku buat macam tu sebab nak bagi dia pengajaran". Kata Zaquan.

"Kau ni, Zaq. kau bukan bagi dia pengajaran kau buat dia lagi takut dengan kau adalah". Kata Haiqal pula.

"Ah! Korang diamlah. Korang tak suka apa yang aku buat, korang punya hal! Aku tak nak ambil peduli fasal korang lagi!" Kata Zaquan dia berjalan meninggalkan dua kawannya yang kuat membebel kalah tok nenek dia.

Azham dan Haiqal berpandangan.

"Kau nak pujuk dia ke?" Tanya Haiqal bodoh.

"Gila kau nak pujuk dia! Dia bukan merajuk dia mengamuk tu!" Balas Azham. Bengang dengan pertanyaan bodoh kawannya.

"Habis tu, kau nak buat apa?" Soal Haiqal lagi. Dahi dia berpeluh. Takut juga dia dengan Si Zaquan tu. Siapa tak kenal, kalau mengamuk...muncul perangai gila dia.

Kalau kacau mereka berdua tak apa. Ni, libatkan sekali si Zahra.

"Kau nak buat apa? Jangan tanya aku sorang je! Otak aku dah blur ni!" Marah Azham. Asyik dia je kena fikirkan rancangan.

ZAHRA lucu melihat Zafriel yang asyik menunduk dari tadi. Apa dia tak penat ke jadi tiang lampu kepala patah macam tu? Sofea dan Tihany masih lagi merenung Zahra. Pelik betul kawan mereka yang sorang ni! Tadi sedih, sekarang bila jumpa budak skema ni...terus tersengih, sengih macam orang gila.

Tunduk. Dia malu mahu menatap wajah Zahra.

"Kau, dari tadi...tunduk je. Tak sakit kepala ke?" Soal Sofea.

Zafriel menggeleng laju. 'lebih baik aku tunduk dari tengok muka dia. Malu aku!' Kata Zafriel dalam hati. Jelas riak malu yang terpamer di wajahnya.

"Zaf, muka saya ni...lagi buruk dari rumput tu ke?" Soal Zahra. Hati dia dah kecik sebab Zafriel tak sudi nak pandang dia.

Zafriel diam.

"Maaf kacau awak". Kata Zahra sebak. Dia dah mula nangis. Laju kaki Zahra melangkah keluar dari pagar sekolah sebaik saja loceng waktu pulang berbunyi dengan lantang.

Zafriel mengangkat kepalanya.

"Za...Za..Zahra?" Soal Zafriel.

Tihany berlari mendapatkan Zahra. Sofea memandang Zafriel dengan sinis.

"Kau, sama je dengan lelaki lain. And last, kalau dia dah benci kau, kau jangan cuba cintakan dia balik!" Sofea memberi amaran. Dia melangkah keluar dari pagar sekolah lalu mengikuti Tihany mengejar Zahra.

Zafriel tunduk. Dia tidak mahu menjadi seperti Zaquan. Perkara jijik yang dibuat oleh Zaquan sedikit sebanyak mengundang rasa kemarahan dalam dirinya.

Tapi, dia tak tahu macam mana nak lindungi Zahra.

Hanya KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang