DATIN Humaira, Dato Haji Rahman dan dua orang lelaki duduk memerhatikan Zahra.
Zahra menangis merintih.
"Awak, jangan tinggalkan saya". Kata Zahra. Datin Humaira panik. Laju dia menyuruh anak lelakinya memanggil doktor. Doktor berlari mendapatkan Zahra. Doktor Anizza memandang keluarga Zahra.
"Dia okey. Cuma dia perlukan rehat. Saya akan bagi surat mc".
Syaheera masuk ke dalam klinik. Zafriel hanya mengikuti langkah ibunya. Dilihatnya Sofea dan Tihany sedang berdiri disitu juga.Mereka berdua menoleh. Sofea dan Tihany mengetap bibir menahan geram dan sakit hati! Benci melihat wajah itu.
Mahu saja ditampar berkali-kali. Kalau tidak disebabkan cikgu yang mereka hormati ada di situ juga.
ZAHRA bangun. Kepalanya terasa sakit. Badannya terlampau lemah. Benar-benar dia tidak larat untuk bangun. "Ummi...." Panggil Zahra. Datin Humaira menerpa Zuhaira. Begitu juga Dato Rahman.
"Kenapa sayang...?" Soal Humaira lembut.
"Mana dia..." Balas Zuhaira.
"Siapa....dia anak papa?"
"Kejap, biar abang cari budak tu sampai dapat!" Kata Haziq dan Naufal serentak.
Mereka berdua keluar.
"Umi..."panggil Zahra meleret.
Terkebil-kebil Humaira memandang anaknya.
"Kenapa sayang?" Soal Humaira lembut. "Mana dia?" Soal Zahra lagi. Berkerut dahi Rahman memandang anak perempuannya.
"Mana Zaf?" Soal Zahra sambil merenung wajah ibunya.
*****
"Assalamualaikum cikgu". Ucap Naufal sambil tersenyum manis."Waalaikumsalam. Dah lama tak jumpa kamu. Kerja apa sekarang ni?" Soal Syaheera lembut.
"Alhamdulillah cikgu, saya kerja dengan ayah saya". Balas Naufal tenang.
Haziq memandang lelaki yang duduk bersebelahan abangnya. Wajah lelaki itu resah seperti memikirkan sesuatu. "Abang.." Haziq menyiku lengan abangnya.
"Ya," Naufal memandang wajah adiknya.
"Tu..." Haziq memuncungkan mulutnya ke arah Zafriel. Barangkali, seusia dengan adik mereka.
"Cikgu, ni anak cikgu ke?" Soal Naufal sambil memandang wajah Zafriel. Zafriel memandang wajah Naufal dan Haziq bersilih - ganti.
"Ya, nama dia Zafriel. Zaf, inilah abang - abang Zahra". Kata Syaheera.
Naufal dan Haziq melayangkan senyuman.
"Cikgu, kami nak culik anak cikgu sekejap boleh? Adik saya panggil dia". Kata Haziq sambil memaut leher Zafriel. Pantas Syaheera mengangguk.
*****
"Ummi, Zahra tak sukakan Zaq ummi. Tolonglah, Zahra nak jumpa Zaf"."Adik..." Pintu bilik dibuka perlahan. Haziq memanjangkan lehernya.
"Ya, kenapa abang?" Soal Zahra malas.
"Budak ni ke nama Zaf tu?" Soal Naufal sambil menolak Zafriel masuk ke dalam.
"Zaf?" Mata Zahra membulat. Bibirnya mengukir senyuman.
"Ummi, papa and abang, tolong beri Zahra ruang nak cakap dengan Zaf. Me and he only!" Kata Zahra tegas. Humaira, Rahman, Haziq dan Naufal akur.
Mereka melangkah keluar meninggalkan Zahra dan Zafriel.
"Zaf, saya minta maaf". Kata Zahra perlahan.
Zafriel memandang wajah Zahra lama. "Zahra, aku yang patut minta maaf dengan kau. Bukannya aku tak nak pandang kau, tapi aku malu. Aku minta maaf. Aku cuba sedaya upaya untuk buat kau selamat. Percayalah, mulai hari ni, esok dan selamanya aku akan cuba melindungi kau daripada Zaquan. Aku janji". Wajah Zahra dipandang lama.
Zahra mengukir senyuman.
"Kau janji dengan aku boleh Zaf?"
"Janji? Janji apa?" Soal Zafriel sambil tersenyum manis.
"Datang depan aku dulu". Kata Zahra lembut. Wajah Zafriel dipandang. Zafriel hanya menuruti. Dia berhenti betul-betul di hadapan Zahra.
"Kenapa?" Soal Zafriel pelik.
Zahra mengukir senyuman manis. Dia mengalihkan tangannya pada kaca mata yang dipakai Zafriel. Lantas Zafriel menghalang.
"I'm sorry. Kau tak boleh buka kaca mata aku. Aku tak benarkan sesiapa pun. Termasuklah orang yang aku sayang". Kata Zafriel sambil memandang wajah Zahra lama.
"Habis, bila aku dapat tengok kau tak berkaca mata. Rambut macam Korea tiba - tiba pakai spec". Zahra mencebik.
"Kau dapat tengok aku tak berkaca mata bila kita dewasa nanti. Kau pastinya akan jatuh dengan aku". Kata Zafriel sambil tersenyum manis.
Zahra menjeling Zafriel manja.
"Okey, kita tunggu dan lihat. Budak berkaca !Kata nak seduce aku". Kata Zahra perlahan.
Zafriel ketawa kecil.
"Nanti kita jumpa lagi. Bye". Zafriel melangkah keluar dari bilik rawatan.
Zahra hanya ketawa sambil menggeleng.
"Hati aku dah lama tersungkur Zaf. Tersungkur sewaktu aku jatuh dalam pelukan kau. Hanya kau yang berjaya buat hati aku tersungkur". Kata Zahra sambil melemparkan pandangan pada wajah Haziq yang melangkah ke arahnya.
"Budak tu kacau Zahra ke? Ada di cuba - cuba sentuh atau goda Zahra tak?" Soal Haziq prihatin.
Pantas Zahra menggeleng.
"Dia tak sama dengan Zaquanlah abang. Dia lain dari yang lain. Dia jauh berbeza dari Zaquan". Kata Zahra lembut.
"Zahra kenal dia baru hari ni, janganlah berlagak macam Zahra dah kenal dia lama". Marah Haziq dalam nada rendah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kau
RomanceWalaupun beribu ribu bintang, Hanya kau jadi bintang yang paling terang. Walaupun beri - ribu orang, Hanya Kau yang aku sayang. Bila cinta menjadi satu, usah disangkal semua itu. Terbit rasa benci di hati Zaquan tatkala Zahra lebih cenderung untuk m...