Bab 9

50 2 0
                                    

Sofea menolak Zaquan dari mencium pipi Zahra. Air mata Zahra tak berhenti mengalir. Takut sangat dengan Si Zaquan.

"Kau pahal? Aku tak kacau kau pun sial!" Kata Zaquan. Dia memang dah hilang sabar.

"Kau kenapa?! Nak cium anak dara orang?! Kau ingat ibu bapa dia suka ke kau buat macam ni dekat anak diorang?" Sofea mula naik hantu.

Tihany terjaga dari tidur tatkala mendengar suara lantang Sofea. Terpisat-pisat Tihany bangun. Dia melihat wajah Zahra. Air mata berjuraian. Hidung habis merah kerana menangis.

"Kau jangan nak sibuk hal aku! Aku tak ganggu kau, kau tak payahlah nak ganggu aku!" Zaquan membalas.

"Apa tak payah ganggu hidup kau? Okey, aku takkan ganggu hidup kau. Dan kau, jangan nak mengada-ngada kacau hidup Zahra lagi! Titik!" Kata Sofea.

"Kau jangan nak sibuk hal aku lah betina!" Marah Zaquan.

Kali ni si Sofea ni memang dah hilang sabar.

BUKK!

Cap tangan Sofea melekat pada pipi Zaquan. Sofea menarik Zahra dan Tihany. Sofea berjalan ke arah konduktor bas diikuti oleh Zahra dan Tihany.

"Pakcik, pakcik turunkan kami di sini je". Pinta Sofea. Pantas konduktor itu memberhentikan basnya.

"Tambangnya". Kata Sofea sambil meletakkan sekeping not 20.

"Dik, baki.." Kata konduktor bas itu.

"Pakcik simpanlah. Saya sedekahkan". Balas Sofea sambil membantu Zahra turun. Tihany turut turun.

Bas kembali berjalan.

"A...aku takut....Fea...Hany". Kata Zahra perlahan.

"Tak pe, aku dan Hany ada". Pujuk Sofea.

*****

"Zaf kenapa diam?" Soal Syaheera. Pelik... selalunya anak dia mesti berceloteh. Kalah burung murai.

Zafriel menggeleng. Dia masih rasa bersalah.

Syaheera menoleh. "Tu, bukan ke Zahra?" Soal Syaheera.

"Mana?" Laju Zafriel melihat tingkap.

"Tapi, kenapa muka dia nampak pucat?" Soal Syaheera.

Zafriel memerah otak. 'apa yang aku nak jawab ni.." 'Ting!' idea masuk menerjah otak Zafriel.

"Zahra sakit perut katanya..."

"Jom, hantar Zahra balik". Ajak Zafriel.

Syaheera mengangguk. Pantas tangannya memutar stereng kereta lalu mengubah arah kearah Zahra.

"Tu, bukan ke Cikgu Syeera?" Soal Tihany. "Haahlah". Kata Sofea.

Kepala Zahra berpinar - pinar. Kata - Kata kawannya langsung tak didengari. "Allah, Zahra kenapa ni!" Soal Syaheera sambil memegang pipi Zahra.

"Panasnya!" Kata Syaheera.

Zafriel hanya melihat dari tingkap sahaja. Dia tahu, semestinya kawan - kawan Zahra membencinya.

"Kamu berdua jom masuk kereta cikgu. Cikgu hantar kamu berdua balik ya". Kata Syaheera. Sofea dan Tihany mengangguk.

Syaheera mengendong pelajar perempuannya. Sofea dan Tihany duduk di seat belakang bersama Zahra. Syaheera masuk semula ke dalam keretanya.

Zafriel duduk membisu. Dia takut kalau kawan-kawan Zahra memakinya disitu juga.

Hanya KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang