"KAU kemana tadi Zahra? Lambat sangat aku tunggu kau. Dekat setahun kut. Yu pun, nasib baik tak berjanggut". Kata Tihany.
Zahra mempamerkan senyuman yang paling manis.
"Kau ni dah kenapa Zahra? Kena sampuk dengan Zombi ke?" Soal Sofia. Makin hairan dia dengan kawan dengan sorang ni.
"Kau, tahu tak...aku rasa hati aku dah kena curi dengan dia.." Kata Zahra.
Mata Sofea dan Tihany membulat. Terkejut!
"Kau serius ni?! Takkan lepas kena pegang tangan terus jatuh cinta pada dia? Si Zaquan tu pakai ilmu apa ni!!" Kata Sofea tangannya disingsing.
Pantas Zahra menoleh.
"Otak kau aku suka pada budak tu! Jangan haraplah!!!" Kata Zahra.
"Habis tu, kau jadi meren ni kenapa? Jatuh cinta dengan Zombi ke?" Soal Tihany pula. Sengaja dia meniru
"Korang ni, buzybody la! Stres aku dengan korang berdua ni!" Kata Zahra. Lantas berjalan pantas meninggalkan kawannya.
"Eh, Zahra! Tunggulah..." Kata Sofea dan Tihany. Mereka berlari mendapatkan Zahra.
Tihany memaut bahu Zahra. Sofea berada di sisi Zahra.
"Kau beritahu lah kitaorang, yang kau dah syok kat siapa.." Pujuk Tihany.
Zahra tersengih memandang seorang pelajar lelaki yang lengkap berspek, rambut ala - ala Korea sikit.
Sofea dan Tihany turut memandang kearah pandangan Zahra.
"Serius, kau suka pada mamat tu?" Soal Tihany. Seakan tidak percaya. 'Aduh, tak ada taste betullah kawan aku ni..' Kepalanya ditepuk lembut.
"Skema, doe!" Kata Sofea. Sofea ni, dia jenis sound direct...bahaya dengan minah ni...
Zahra menoleh. "Korang tak suka, korang punya hal. This my life. I can search my loving guy". Kata Zahra. Tangan Tihany yang masih memaut erat pada bahunya dijatuhkan.
Zahra datang ke arah Zafriel.
Zafriel nampak yang Zahra datang mendekatinya. Dia mahu lari tapi, tah macam mana...kaki dia macam kena paku pada lantai.
Zahra melabuhkan punggungnya di sebelah Zafriel. "Assalammualaikum, Zaf!" Kata Zahra separa berbisik.
Jantung Zafriel berdegup laju. Ini kali pertama gadis duduk bersebelahannya. Mukanya membahang. Nampak jelas mukanya bertukar merah.
Zahra ketawa nakal.
"Eh, comelnya awak ni..." Kata Zahra.
Muka Zafriel makin menjadi merah. Kepalanya ditundukkan. Entah cuai macam mana, buku yang dia pegang tiba-tiba jatuh. Zahra ketawa kecil. Alahai comelnya, awak ni Zaf. Cuai melambangkan kecomelan. Mengarut dah Zahra ni!
Melihat Zahra asyik ketawa sambil duduk bersebelahan lelaki yang mereka tidak kenali, Tihany dan Sofea menggaru kepala. "Kau kenal tak mamat tu Fea?" Soal Tihany. Sofea menggeleng. "Kau, kenal tak Hany?" Soal Sofea pula.
Tihany hanya menggeleng.
"Jom kita pergi dekat dengan Zahra". Ajak Sofea. Tihany menuruti langkah kawannya.
Tihany menyapa kawannya. "Amboi, best kau berborak dengan budak ni? Happy nampak? Kalau dengan Zaquan, pandai pulak kau marah-marah". Kata Sofea.
Zahra menjeling kawannya. Apalah yang kawan dia ni tak faham? Dia dengan Zaquan tak ada apa-apa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kau
RomanceWalaupun beribu ribu bintang, Hanya kau jadi bintang yang paling terang. Walaupun beri - ribu orang, Hanya Kau yang aku sayang. Bila cinta menjadi satu, usah disangkal semua itu. Terbit rasa benci di hati Zaquan tatkala Zahra lebih cenderung untuk m...