2.0 Afiq

1.4K 49 3
                                    

"Alia, nanti siapa jadi pengapit kau?" Aku menyoal Alia sambil tanganku ligat menghias dulang hantaran.

"Sepupu aku," Jawabnya ringkas. Masih fokus memasukkan kad kahwin di dalam sampul.

Aku hanya angguk. Selesai kerja aku, aku menolong Alia memasukkan kad ke dalam sampul. Aku perhatikan namanya dan bakal suaminya. Alia dan Afiq.

"Nama bakal suami kau sama macam nama crush aku masa zaman belajar dulu," Kata aku pada Alia.

"Ye? Kau tak pernah cerita pun kau ada crush dulu! Ceritalah handsome tak dia?" Alia cuba mendesak untuk aku ceritakan perihal lalu.

"Handsome, kaya, pandai cuma..."

"Cuma apa?"

###

"Nisha, kau betul ke sukakan Afiq tu?" Soal Rita, roommate ku.

Aku cuma angguk, "Tapi tak adalah suka sampai jatuh cinta. Suka macam tu je," Aku cuba untuk menipu, walhal jika dia minta untuk kahwin aku akan terima.

"Aku nak pesan, kau janganlah suka dekat dia terlampau sangat,"

Aku kerut dahi, "Kenapa? Salah ke?"

"Bukan, aku dah banyak dengar cerita buruk pasal dia. Aku tak nak kau pun terkena sekali," Ujar Rita.

"Aku tak faham,"

Rita mengeluh, "Tak apalah, aku ada kelas ni. Aku pergi dulu eh,"

Aku tak faham dengan Rita. Bila bercakap terlampau berlapis sampai aku tak boleh nak hadam apa maksudnya.

Tepat jam 10 pagi aku bersiap-siap untuk ke kelas yang bermula pada pukul 11 nanti. Tak sabar mahu cuci mata berselisih dengan Afiq.

Aku terus teguk air kosong yang aku bawa apabila aku sudah sampai ke kelas. Susah badan gempal macam ni, jalan sedikit sudah lelah. Apalah nasib.

"Hai Nisha!" Sapa Laila, rakan kelasku.

"Hai, assignment dah siap?" Aku menyoal.

Dia geleng, "Lagi sikit. You?"

"Dah, tapi tak print lagi. Lagipun Miss Wong nak minggu depan kan?"

Laila angguk. Tak lama kemudian, Afiq masuk bersama dua lagi rakannya. Aku betulkan tudung kerana aku tahu dia akan duduk di hadapan ku kerana disitu sahaja tempat kosong yang tinggal.

"Hai Laila!" Sapa Aizat, rakan kepada Afiq.

"Hai," Jawab Laila acuh tak acuh.

"Hai Nisha! Assignment dah siap?" Tiba-tiba sahaja Afiq menyoal aku.

"Err.. Dah! Tapi tak bawa," Jawab aku. Walau hanya itu sahaja yang ditanya, cukup buat hati aku berbunga.

"Kenapa tak bawa?"

"Miss Wong nak minggu depan,"

Dia tertawa kecil. "Haah kan, lupa pula,"

Aku senyum sahaja. Ah! Dipagi hari yang indah.

###

"Lepas tu?" Soal Alia lagi ingin tahu penghujung cerita.

#Cerpen By CiktembamWhere stories live. Discover now