3.0 Honey

1.5K 44 2
                                    

"Angah jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Perlis tu jauh tau," Pesan umi kepadaku sebaik kami tiba di kereta ayah.

"Ya umi, angah jaga diri. Umi dengan ayah jangan lupa doakan angah tau," Ujar aku meminta restu dan doa dari umi dan ayah untuk sambung belajar.

"Ayah dengan umi setiap masa doakan anak-anak berjaya dunia akhirat. Akak dah lepas, giliran angah pula nak jauh dengan keluarga," Ujar ayah.

Tiba-tiba hatiku jadi hiba. Mataku sudah bertakung. Tinggal lagi beberapa minit untuk aku berpisah dengan keluargaku.

"Angah janganlah nangis. Empat tahun tu kejap je," Ujar akak ingin memberi semangat kepadaku.

"Akak cakap senanglah. Melaka dengan KL dekat je. Orang ni dekat Perlis, tak akan nak balik tiap-tiap minggu," Aku mengesat air mata yang sedikit mengalir.

Apabila aku mendengar pengunguman untuk semua pelajar berkumpul di Anjung Bestari aku terus bersalaman dengan umi dan ayah. Sempat aku memeluk mereka termasuk akak.

Haikal juga menyalamku, "Kau jangan nak hadap telefon je. Tolong umi dengan ayah dekat rumah," Pesan aku kepada adikku.

"Orang tau lah,"

Aku sempat menjeling. Tau-tau pun, tak akan buat punya.

Aku mendukung adikku yang bongsu pula. Sudah petah berkata-kata, "Angah pergi dulu eh. Hannah jangan nakal-nakal okey," Ujar aku sambil mencium pipinya lama. Air mata aku mula minitis.

Selepas keluargaku hilang dari pandangan, aku kesat air mata. Rata-rata pelajar sekeliling sudah tiada dan terus aku bergegas ke Anjung Bestari untuk mulakan sesi orientasi.

###

Pejam celik, kini aku sudah berada di akhir semester empat. Minggu depan cuti krismas dan seterusnya cuti study week. Jadi aku ada masa dua minggu untuk belajar dan balik sekejap berjumpa keluargaku setelah sekian tiga bulan aku tidak pulang ke KL.

"Asyira, awak balik esok ke?" Soal aku kepada Asyira. Rakan sebilikku tetapi dia mengambil bidang yang lain.

"Esok kita habis kelas pukul 10 lepas tu terus balik. Kenapa?"

"Oh tak apalah. Kita ingat esok lepas kelas kita nak pergi library siapkan assignment," Ujarku sambil tangan ligat menaip assignment yang patut dihantar esok.

"Tak bolehlah nak teman. Sebab esok, adik kita yang jemput,"

Aku mengangguk . Faham dengan keadaan Asyira yang sering dijemput oleh keluarga apabila cuti panjang tiba, aku bersedia untuk pergi seorang diri esok.

Pada esoknya, selepas tamat kelas pada jam 11 tengahari, aku terus ke perpustakaan dan menghidupkan laptop setelah aku sudah memilih beberapa buah buku untuk mejadi rujukan.

Apabila aku perasan bahawa ada satu lagi topik tidak aku siapkan, aku bangun semula ke rak buku mengambil buku yang lain. Sedang aku mencari, aku tertoleh dengan seorang lelaki.

Memakai t-shirt berlengan pendek bewarna putih dan seluar jeans berwarna hitam. Rambut disikat tepi dengan rapi dan jelas terlihat rambutnua yang berkilat. Tapi aku tidak dapat melihat wajahnya. Hanya dari sisi.

Malas mahu fikir, aku terus mencari buku. Apabila lima minit aku mencari, akhirnya aku jumpa jua. Aku ambil buku itu dan secara tidak sengaja lelaki tadi berada di sebalik rak yang ada.

#Cerpen By CiktembamWhere stories live. Discover now