3.1 Terjawab

1K 44 6
                                    

Hari ini adalah hari pertama berlangsungnya promosi besar-besaran di HQ Honey Bee. Promosi sehingga 80 peratus membuatkan semua orang sanggup datang ke HQ untuk mendapatkan produk yang diingini.

Seawal jam tujuh pagi lagi aku sudah berada di HQ untuk melihat sendiri suasana promosi besar-besaran ini. Setahun sekali sahaja aku lakukan; pada hujung tahun.

Alhamdulillah selepas dua tahun aku tamat belajar, aku mengambil risiko untuk membuka perniagaan. Selepas tiga tahun, Honey Bee menjadi produk kosmetik yang diyakini ramai. Salah satu produk tempatan yang dapat menambat hati pengguna.

Kenapa aku berkata begitu?

Pada minggu hadapan produk Honey Bee akan berada di Watson KLCC serta beberapa buah lagi di sekitar Utara, Pantai Timur dan tidak terkecuali di Selatan Tanah Air.

Tak menang tangan aku melihat semua staff aku melayan pelanggan pada hari ini. Ada yang sampai pitam melayan kerenah pelanggan yang inginkan produk yang sudah habis. Baru hari pertama. Bermacam ragam.

"Angah tak nak turun?" Soal akak, atau lebih professional, Puan Syakila, sebagai akauntan syarikat.

"Nak turun, tapi..."

Aku takut, aku takut jika aku mendapat komen yang negatif dari pelanggan.

"Tapi apa? Ini je peluang yang ada untuk angah jumpa sendiri dengan customer. Bila lagi?"

Mendengar kata-kata akak, aku setuju. Bersama-sama dengannya turun ke bawah. Dari jauh dapat aku lihat riak wajah pelanggan yang perasan akan kehadiranku.

"Kak Hani!"

"Hani! Syakila!"

Suara-suara mereka yang menyeru cukup membuatkan aku berasa gembira. Suasana ini sangat memberikan aku satu kepuasan.

Setelah hampir pukul lima petang, pelanggan mula beredar. Sudah dimaklumkan di dalam Instagram bahawa HQ akan buka dari pukul lapan hingga lima petang sahaja.

Setelah HQ kosong, aku menolong staff untuk menyusun dan memenuhi ruang produk yang telah habis. Jadi esok pagi tidak perlu lagi mereka mengemas untuk lanjutkan promosi pada hari kedua.

"Angah, nak balik terus ke nak makan dulu?" Soal akak.

Aku menggeleng, "Angah dah janji dengan Fazli nak pergi dinner dulu. Akak dengan Haikal baliklah," Jawab aku.

Haikal, adik nombor tiga juga bekerja di syarikatku sebagai pengurus sumber manusia. Segala maklumat tentang pekerja, dia yang tahu.

"Okay," Jawab akak pendek.

###

"So how sale hari ni? Okay?" Soal Fazli.

Aku mengangguk, "Okay sangat. Lagi hebat dari tahun-tahun sebelum ni. So lepas makan ni, terus hantar saya balik okay. Saya penat sangat," Jawab aku.

"Okay, baby,"

Fazli ialah tunangku. Aku kenal dengannya sewaktu kami sama-sama berjumpa di Seminat IMKK Azizan Osman. Dia memiliki tiga buah kedai dobi. Sambil-sambil itu dia juga membantu keluarganya mengusahakan sebuah restoran masakan Sarawak.

Kami bertunang baru sahaja bulan lepas. Selepas akak bernikah tahun lepas, umi dan ayah juga merestui pertunangan aku dengan Fazli.

"Can I ask you a question?" Soal dia.

"Apa?"

"What your dream wedding day? Nak pelamin yang macam mana? Konsep yang macam mana?"

#Cerpen By CiktembamWhere stories live. Discover now