5.0 Tiri

402 18 0
                                    

Nama aku Adila. Mereka memanggilku dengan nama Dila. 25 adalah angka usiaku. Aku merupakan anak yatim sejak 15 tahun lalu. Aku mempunyai adik perempuan; Dira yang baru sahaja mendaftar diploma.

Sejak 15 tahun yang lepas, aku hanya bersama dengan abah dan Dira. Kami hidup bertiga. Kasih sayang yang abah beri pada aku dan Dira sama seperti kasih sayang mak pernah beri pada kami. Sangat penyayang, tetapi dalam masa yang sama, dia seorang yang tegas. Kerana dia ketua keluarga.

"Dila, nanti ambik Dira dekat TBS ke?" soal abah yang sudah menganjak usianya ke 50-an.

Aku mengangguk, "Dia kata beg dia besar. Bawak balik banyak barang dari Penang tu,"

"Bawa kereta hati-hati," pesan Makcik Sufi, ibu tiriku.

Aku hanya mengangguk dan senyum.

Walaupun sudah dua tahun dia berkahwin dengan abah, tetapi aku masih lagi kekok dengannya. Bukan kerana dia layan aku tidak baik, tetapi disebakan aku sudah biasa hidup bertiga. Tiba-tiba sahaja muncul Makcik Sufi membuatkan aku rasa kasih sayang abah pada kami berkurangan.

"Dila nak bawa bekal pergi kerja? Ibu boleh tapaukan," soal dia.

Aku lantas menggeleng, "Tak apa makcik. Dila kerja half day hari ni. Nanti Dila makan dengan Dira," jawab aku.

Makcik Sufi senyum nipis.

Makcik Sufi tidak pernah berhenti untuk mengambil hatiku dengan Dira. Dia sentiasa membahasakan diri dia ibu, tetapi aku? Aku kelu untuk memanggil dia dengan gelaran itu.

Makcik Sufi bukan seorang. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang seusia denganku. Kadang-kadang datanglah dia makan tengahari di sini atau makan malam. Dia tidak duduk satu rumah dengan kami.

Oleh kerana aku adalah perempuan, jadi Makcik Sufi mengarahkan Zaki untuk duduk di rumah mereka sendiri. Lagi pula Zaki seorang lelaki yang mempunyai kerja. Boleh sahaja dia hidup berseorangan dan berdikari.

Aku perasan abah memandangku lama. Tetapi aku tidak membalas pandangan itu kerana aku sudah dapat mengagak apa yang abah ingin membahas.

Sebelum abah mengeluarkan suara, lebih baik aku angkat kaki dahulu, "Dila dah lambat. Dila pergi kerja dulu," ujar aku lalu aku menyalam abah dan Makcik Sufi.

Arwah mak masih sempat mengajar aku tentang adab.

###

"Akak, jom kita pergi makan dekat Ikea nak? Dira teringinla," ujar Dira sebaik kami sudah pun keluar dari perkarangan TBS.

Aku memandang dia sekilas sebelum kembali memandang jalan untuk fokus pemanduan, "Eh dekat Penang bukan ada Ikea ke? Dekat Batu Kawan. Balik KL nak makan Ikea pula dia,"

"Memanglah ada tapi tak sempat sebab hari-hari Dira menikmati nasi kandar mamak Penang tu!" ujar Dira lalu dia melabuhkan kepalanya pada bahu aku.

"Cari boyfriend mamak Penang tu je la. Senang!" Aku ketawa kecil sebaik Dira mencebik.

"Kak, Makcik Sufi ada dekat rumah tu lagi ke?"

Aku berkerut dengan soalan Dira, "Of course la!"

"Dira tak suka la. Dira tak biasa dengan makcik Sufi tu," dia sudah memuncung

"Dira, tak baiklah cakap macam tu. Akak tau yang Dira tak biasa lagi dengan dia. Tapi dah dua tahun kan, kita kena belajar terima dia," ujar aku cuba memujuk.

"Kenapa kita nak kena terima dia? Dia bukan mak kita pun,"

Aku menarik nafas dalam, "Memanglah dia bukan mak kita. Tapi cuba fikir, kalau Makcik Sufi tak ada, siapa nak masak, kemas rumah jaga makan minum abah? Akak pagi sampai petang dekat office. Dira pula, dah belajar jauh dekat Penang. Siapa nak tengok abah?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 31, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#Cerpen By CiktembamWhere stories live. Discover now