2

35 2 6
                                    

' Nasib baik harini hari sabtu, takde la kena hadap muka Ilias dengan Cikgu Maimun haih',

Bisik hati kecilku. Aku mengeluh setiap kali teringatkan kejadian semalam yang bagiku sangat memalukan. Tapi aku percaya, Allah uji hambanya sebab Allah tahu hambanya itu mampu bertahan, dan pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Aku positifkan diri. Terus lepas mengelamun sendirian dalam bilik, aku turun ke ruang bawah yang menempatkan ibu dan abangku.

' Ingatkan taknak turun, nak duduk terperap dalam bilik tu je sampai mati ', perli Puan Masriyah. Ibu kepada Ayuni.

Aku sudah lali dengan perangai ibu yang suka memerli. Ergh rimas !!

Aku memekakkan telinga tatkala ibuku terus membebel, memerli tidak henti-henti dan berjalan terus kedapur. Aku tahu, ibu bebel sebab ibu sayang hihi :))

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering, dengan pantas aku letakkan cawan yang aku pegang dan berlari mengambil telefon di atas meja ruang tamu. ' Boyfriend ' tertera dikaca telefon, ibu yang duduk disebelah sofa menjeling-jeling hendak mengintai. Aku menunujukkan telefon ke muka ibuku dengan mulut mengisyaratkan perkataan ' AYAH '.

' Assalamualaikum ayah, kenapa? '
' Waalaikumsalam, ni ayah nak adik siap, ikut ayah pergi majlis bacaan Yaasin dekat rumah kawan ayah, ajak ibu kamu sekali, nanti dalam setengah jam ayah sampai '
' er, okay ' - talian dimatikan.

Aku memberitahu kepada ibu, dan lantas naik ketingkat atas untuk bersiap. Aku mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk bersiap, hanya sekadar jubah hitam dipadankan dengan tudung Saudia kelabu dengan sedikit tacapan bedak sedikit.

Aku turun kebawah semula apabila dipanggil ibu. Perjalanan pada petang itu hening tanpa sebarang kata terucap daripada mulut ayah mahupun ibu. Aku yang tidak mahu situasi janggal itu berterusan, memulakan bicara.

' Ni nak pergi mana ni yah ? ' soalku.
' Pergi rumah bakal pak mertua kamu la ' jawab ayah diikuti sengihannya, begitu juga ibu.
' Ish, sekejap je masa berlalu, anak dah nak kawin, hmm ' Kata ibu.
Aku yang terkebil-kebil tanda tidak faham terus-menerus menyoal ibu bapaku. Tetapi hampa, mereka hanya menjawab dengan sengihan membiarkanku dibelenggu banyak persoalan.

15 minit masa perjalanan, akhirnya aku sampai dihadapan rumah agak besar. Aku bersalaman dengan pakcik Azman dan makcik Nuriah, ' Mungkin kawan ayah' telahku sendiri dalam hati. Setelah selesai bacaan Yaasin dan solat maghrib, aku dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, termasuklah makanan favourite ku, BUBUR HITAM !!

Aku ambil bubur hitam sehinggakan mangkukku hampir penuh, tapi aku tak kesah, janji perut kenyang ! Dengan berhati-hati, aku jalan menuju ke tempat dimana ibuku dan makcik Nuriah bersembang. Tiba-tiba, kakiku terlanggar meja, badanku tersadung dan bubur hitamku jatuh tertumpah ke atas lantai. Saat itu hanya Allah yang tahu perasaanku. Aku terperasan akan jasad dihadapanku, mungkin dia terkena bubur hitam yang aku jatuhkan tadi, ADUH !

' sorry sorry, saya tak sengaja ! Saya minta maaf ! ' lantas tanganku mencapai tisu yang berada diatas meja yang aku langgar tadi untuk mengelap bajunya.

Sedang aku cuba untuk membersihkan bajunya, aku melihat sekilas muka orang itu, dan ternyata mataku tidak buta lagi. Dia lelaki dan dia ..... OMG !!

Tanganku ditarik kasar oleh si lelaki ke bahagian ruang dapur. Aku hanya menurut dengan perasaan bercampur baur, nasib baik orang ramai tak perasan, kalau tak malunya !!

Aku ditolak kebahagian dapur, mukaku merah semerah buah tomato ! Si lelaki memandangku dengan pandangan yang sangat tajam, aku jadi kaku tidak tahu nak kata apa, dengan tidak semena-mena, air mataku mengalir.

' Saya..  Saya minta maaf, Ilias '

Cengeng !Where stories live. Discover now