11

11 0 0
                                    

' Dah fikir masak-masak ke kau ni? Kang tak pasal-pasal menyesal nanti. '

' Ya, aku dah fikir masak-masak dah Ram. Dah hangus dah pun. Aku akan pastikan yang aku dapat cakap dengan dia! Sekejap pun jadilah. Aku cuma.. Haih ' Ilias mengeluh apabila terkenangkan wajah sedih Ayu ketika dia berlalu pergi meninggalkan Ayu bertarung bersendirian demi menegakkan kebenaran yang sebenar-benarnya.

' Jangan putus asa, aku ada belakang kau, sentiasa support kau. ' Kata Ikram sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Ikram sangat kasihankan rakannya yang sorang itu.  Mana tidaknya, ingat lagi masa mereka diberitahu yang Ayuni akan pindah ke sekolah lain, muka Ilias terus pucat-lesi. Perasaan serba salah dan kasihan terhadap perempuan itu terpancar luas diwajahnya. Keputusan results akhir tahunnya pun agak tidak memuaskan. Puas dipujuk tetapi hampa, dia tetap dengan perangai dia yang suka berdiam diri dan tidak bersosial dengan rakan-rakan yang lain.

' Tidak! Ini tidak boleh jadi! Aku harus buat sesuatu! Demi Ilias! ' Tekad Ikram dalam hati.

Selama 3 tahun Ikram dan Ilias belajar di University of Washington, selama itu jugalah Ikram berusaha mencari maklumat tentang Ayu. Usaha Ikram membuahkan hasil apabila dia mendapat tahu yang abang Ayu juga turut belajar ditempat yang sama dengannya dan Ilias.

Bincang punya bincang, Hairul terus memberi lokasi tempat Ayu belajar sekarang ini. Dia ada mengatakan yang Ayu pernah bercerita mengenai Ilias kepadanya dan itu memberi sinar harapan buat Ilias.

' Hairul, aku nak minta tolong boleh? Kirimkan bu...bunga untuk Ayu masa graduasi dia nanti, tapi jangan kata aku yang bagi! '

Pinta Ilias sambil menundukkan wajahnya itu. Malu konon!

' No hal lah bro! Ayu suka bunga ros, nanti aku kirimkan. By the way, sampai bila kau nak sorok-sorok, jangan buat adik aku tertanya-tanya lama sangat, nanti kena baham dek buaya lain aku tak bertanggungjawab. '

Sakat Hairul sambil terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Ilias yang sudah tidak keruan itu.

' Saya akan pastikan yang dia akan cakap dengan dia! Dan tidak akan dibaham buaya darat yang lain! She's mine. '

Sekejap! She's mine? Dia aku.... punya? Tak! Aku dengan dia sekadar kawan. Tak lebih tak kurang. Ilias, kawal hati dan perasaan kau. Jangan mudah hanyut sangat dengan perasaan. Tetapi, kenapa setiap kali bibir ini menutur lembut namanya, hati kian berdegup kencang? Adakah aku takut untuk berhadapan dengan dia atau atas faktor yang lain?

Tepat pukul 5 petang selepas Asar. Kursus untuk student baru dijalankan di padang besar UKM. Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan itu tidak dapat menarik perhatian Ayu untuk menyertai mereka. Dia lebih selesa duduk ditaman sambil melihat mereka yang lain bergelak-ketawa apabila salah satu kumpulan disuruh untuk berlakon theater.

' Weh Ayu, bestkan harini ? Semua tengah berseronok gelak-gelak. Tapi tu la, aku pelik sebab ada sorang minah ni yang sanggup panaskan punggung dia duduk atas kerusi bata ni daripada join group dekat sana tu. '

Bukannya aku tak tahu yang Farhana sengaja nak perli aku. Hidung penyetnya aku tarik sehingga merah. Ketawa Ayu meletus apabila melihat riak wajah Farhanayang berkerut-kerut menahan sakit.

' Hahaha! Padan muka, siapa suruh cari pasal, kan dah kena! Nanti-nantilah aku join, peninglah '

Aku beralasan sambil jari memicit-micit dahi. Padahal tak pening pun, malas sebenarnya!

' Alasan! Jom la join. Lepas ni main belon air tau! Kau kan suka main belon. Dulu masa kita kursus sama-sama, kau lah yang paling beria campak belon air dekat semua orang. '

Pujuk Fiza sambil menarik tanganku suruh pergi. Aku hanya menggeleng kepala tanda taknak sertai mereka yang lain.

1.....2......3 !

Semua pelajar baru, termasuk fesi saling berlawan antara satu sama lain. Suara gelak-tawa dan jeritan-jeritan saling bersahutan tanda mereka gembira disana.

Air memercik sana sini, dan itu membuatkan aku tidak berapa selesa. Aku menjarakkan kedudukanku sedikit daripada mereka agar badan tidak terkena air. Tiba-tiba....

Baju yang tersarung dibadan Ayu basah kuyup akibat daripada lontaran belon air oleh seseorang. Novel yang berada digenggamannya jugak turut lencun! Nasib baik handphone dan earphone dia simpan dalam bag. Kalau tidak habis basah semua!

' Siapa yang buat ni? Kalau aku dapat tahu siapa yang baling belon air sampai aku basah lencun macam ini, nahas aku kerjakan! ' Gumamku sendiri sambil terloncat-loncat memerah pakaian yang basah.

Tidak sempat nak sambung perah baju, satu lagi lontaran belon air hinggap dibadan. Habis basah semula baju yang mula nak kering tadi!

Dengan muka yang kemerahan menahan amarah, aku mengangkat muka dan mencari siapa yang baling belon air itu tadi. Sedang asyik meneliti celah-celah orang ramai yang asyik berperang belon, aku terpandangkan kelibat seseorang.

Mataku tertancap pada gerangan yang berdiri tepat merenungku dengan renungan penuh makna. Tidakku tahu apa maknanya itu.

Masa seakan terhenti untuk memberi peluang kepadaku menatap wajah Ilias yang berada tidak jauh dihadapanku. Aku menggosok-gosok mata bagi memastikan yang sekarang ini aku tidak berkhayal ataupun bermimpi.

Ternyata itu bukan halusinasi apabila dia membaling sebiji belon air tepat kearahku. Pap! Aku sempat tangkap belon itu!

Dia tersenyum senget apabila melihat telatah aku memegang belon air yang hampir jatuh dari pegangan.

Aku.... aku tidak tahu mahu menunjukkan reaksi apa kepadanya. Keadaan ini sangat janggal! Sama seperti kejadian 5 tahun lepas!

Darah secara drastiknya kian mendidih apabila teringatkan kejadian itu. Rasa marah masih tersemat dalam hati.

Walaupun perkara yang terjadi itu hanyalah sesuatu yang remeh, tetapi memberi kesan kepada Ayu. Hampir kesemua warga sekolah percaya tentang fitnah itu. Sampai terbawa-bawa hingga ke sekolah baru.

' Ayuni, saya ada dengar cerita yang kamu ada buat masalah dekat sekolah lama kamu, disebabkan itulah kamu berpindah ya? ' Soal Ustazah Sarimah.

' Ustazah, saya berani bersumpah yang saya tidak sama sekali buat perkara terkutuk itu. Hendak dicerita takut luka yang lama bernanah kembali, baik saya berdiam diri dan tidak perlulah perkara ini diperbesar-besarkan'

Ayu tidak tahu hendak jawab apa. Jika diberitahu kebenarannya, belum tentu ustazah percaya. Cukuplah sekadar memberi jawapan mungkin dapat menimbulkan rasa percaya ustazah terhadapku, sekecil zarah pun jadilah!

Lamunanku terhenti apabila merasakan ada satu jasad berdiri betul-betul dihadapanku.

' Ayu... '

Panggilan itu, suara mendayu dengan pandangan redup yang dihadiahkan sangat... sangat tidak memberi kesan kepada Ayu.

Aku mencampakkan belon air yang dari tadi aku pegang tepat kewajahnya. Jelingan maut aku berikan sebelum berlalu pergi.

Terasa air mata hangat mengalir deras dipipi. Mengapa aku harus menangis disebabkan lelaki itu? Tidak munasabah langsung! Aku benci lelaki itu! Ayu meneruskan langkah seribunya sambil mengesat air mata yang berjuraian dipipi.

' Ayu. Yang aku rindu.... '



Cengeng !Where stories live. Discover now