8

9 0 0
                                    

Dengan situasi sekeliling Ayu pada waktu ini menyedarkan dirinya yang dia kini berada pada situasi yang sangat genting. Ayu memejamkan matanya. Lama Ayu duduk dan beristighfar dengan mengharapkan bahawa apa yang berlaku sekarang ini hanya permainan mimpi semata-mata.

Tetapi hakikatnya tidak, Ayu dapat merasakan suara bingit Cikgu Maimun menjerit dan memarahi dirinya.

' Awak itu perempuan Ayuni. Tidak sepatunya awak duduk berdua-duaan dengan kaum lelaki, lagi-lagi yang bukan muhrim! Awak takde harga diri ke? Tak tau malu! Pelajar macam awak ni patut dibuang sekolah, menyusahkan sahaja! '

Setiap butir perkataan yang terhambur keras daripada mulut Cikgu Maimun seperti pedang yang membunuh dirinya. Dia sedih dimarahi sedemikian. Ingin dia menerangkan segala apa yang berlaku sewaktu dia bersama Ilias tetapi kata-kata itu seakan tersekat dikerongkong.

Ayu tidak boleh tahan lagi! Air mata hangat laju mengalir membasahi pipinya. Sumpah dia tidak boleh terima situasi itu, lagi-lagi Ilias yang berada disebelahnya hanya diam seribu bahasa.

Dalam tangisan, Ayu berfikir sejenak. Mengapa dia perlu menangis dan mengapa dia perlu bersedih? Sedangkan apa yang terjadi pada dirinya tidak sama sekali dia lakukan seperti apa yang diperkatakan semua orang, haih..

' Cikgu Maimun, biarlah saya uruskan budak-budak ini, tahulah saya macam mana hendak mengajar mereka berdua ini ' kata Cikgu Zain.

Selepas sahaja Cikgu Maimun beredar, aku menceritakan perkara yang sebenar seperti yang dipinta oleh guru disiplin itu. Ilias yang berada disebelahku hanya sekadar mengangguk sebagai tanda menyokong ceritaku.

' Cikgu faham situasi kamu berdua sekarang ini. Tetapi apa yang cikgu tidak boleh nak terima ialah perlakuan kamu Ayuni, cikgu tak sangka perangai kamu seteruk ini! ' tiba-tiba suara Cikgu Zain bertukar tegas.

' Cikgu mendapat aduan yang menyatakan  kamu menconteng dinding bilik air dengan perkataan-perkataan kesat kepada guru-guru sekolah, lebih teruk daripada itu ada pelajar yang memberitahu bahawa mereka ternampak kamu pergi ketempat parkir kereta guru dan mencalarkan kereta Cikgu Maimun pada hari ahad dua minggu lepas ' terang Cikgu Zain panjang lebar.

Aku terkejut, orang disebelah Ayu juga terkejut! Patutlah selama ini Cikgu Maimun sering mencuka dengan diri Ayu, semua bermula dari kejadian kereta itu. Tapi, siapa dalangnya ?

' Bukankah Ayu seorang gadis yang baik dan pendiam? Tidak mungkin Ayu melakukan perkara sebegitu rupa, mustahil! ' bentak hati Ilias.

Ingin dia menyuarakan pendapatnya tetapi jauh disudut hatinya, dia ragu-ragu. Adakah benar Ayu berbuat perkara tidak bermoral itu?

Kenapa Ayu? Siapa yang berdendam sangat dengannya sehinggakan sanggup menconteng arang kemukanya. Setahunya, tidak pernah lagi dia bermasam muka atau bergaduh dengan mana-mana rakan mereka.

Ilias dapat melihat wajah Ayu yang kian pucat dan mata yang kemerahan.

' Ilias, awak boleh pergi. Ayu, saya nak awak tunggu ' - cikgu Zain



Cengeng !Where stories live. Discover now