9

11 0 0
                                    

Berat hati Ilias ketika itu untuk meninggalkan Ayuni bersendirian didalam bilik kaunseling. Ditatap muka Ayu lama seperti pemandangan itu adalah pemandangan yang terakhir buatnya.

Ayu tidak sedikit pun menunjukkan reaksi apabila Ilias beredar. Dan Ayu tahu yang Ilias memandangnya sebelum berlalu pergi. Dia benci, sangat benci dengan Ilias. Sepatutnya Ilias membantunya bukan meninggalkannya! Terasa diri dikhianati oleh seseorang yang sangat dia berharap.

Tidak sepatutnya dia merindui Ilias dan tidak seharusnya dia menyimpan perasaan terhadap Ilias kerana dia tahu suatu hari nanti hatinya akan disakiti jua. Dan hari itu adalah hari ini!

Selepas ketiadaan Ilias, hanya aku dan Cikgu Zain sahaja didalam bilik disiplin. Tiada sebarang butir bicara yang terungkap oleh kami. Hanya kedengaran bunyi kipas yang laju berputar diatas siling.

Selang 10 minit, pintu bilik disiplin diketuk. Ayu melihat kedua ibu bapanya disebalik sinar mentari pagi yang terik memancar menyilaukan matanya apabila pintu itu terkuak luas.

Aku segera menggapai tangan ibuku untuk menyalaminya, begitu juga dengan ayahku. Mereka berdua duduk diantaraku diatas sofa.

Ayu bimbang apabila melihat muka ibunya yang dia sendiri tahu bahawasanya ibunya sekarang ini sedang menahan marah. Tunggu hendak meletup sahaja. Sempat Puan Masriyah memberi isyarat kepada Ayu ' Mana Maimun ?! '

Nasib baik Cikgu Maimun beredar lebih awal. Kalau tidak, mahu berlaku perang dunia ketiga dalam bilik disiplin ini!

' Saya yang membuat panggilan dan memberitahu segalanya kepada ibu bapa awak. Dan saya percaya yang Ayu tidak melakukan perkara-perkara itu ' ucap Cikgu Zain, yakin.

Terpancar sinar kekuatan diwajah Ayu. Tetapi tidak lama, sina-sinar tersebut kian menghilang..

' Ibu dah buat keputusan yang ibu hendak Ayu tukar sekolah, lagipun tawaran untuk masuk ke asrama penuh hari itu belum sampai ke tarikh luputnya lagi '

' Tapi ibu, peperiksaan akhir tahun dah nak dekat dan Ayu SPM tahun depan ibu, takkanlah ? '

' Ini semua demi kebaikan kamu Ayu ' kata Encik Kamal, ayah Ayuni.

' Peperiksaan akhir tahun itu boleh dilakukan disekolah baru kamu. Lagipun lagi seminggu bukan? Kamu ada masa lagi Ayu ' terang Cikgu Zain.

Ayu tidak berani melawan apabila abah dan Cikgu Zain seperti menyokong pendapat ibunya itu. Apapun keputusan ibu bapanya, Ayu tidak akan membantah. Mungkin itu yang terbaik ?

Cengeng !Where stories live. Discover now