4

25 2 0
                                    

Isnin. Hari baru, wajah baru dan Ayuni cuba untuk lupakan kejadian yang dia paling benci itu!

Malangnya, dia dihujani dengan kata-kata marah dan makian sesampainya dia disekolah apabila buku-buku latihan sejarah dipulangkan oleh Cikgu Maimun dengan alasan

' Saya tak mahu buku buruk, saya nak buku-buku terkoyak ini dibaiki dan hantar kemeja saya, hari ini ! '

' Weh Ayu, kau tengok apa kau dah buat, disebabkan kau buku kiteorang koyak rabak! '

' Kau kena bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat, kalau cikgu tanya kenapa buku kiteorang tak berbalut lagi, aku salahkan kau! '

Dan banyak lagi cemuhan yang diberikan kepada Ayuni aka Ayu. Ayu pasrah dengan keadaan itu dan menerima segala cemuhan rakannya dengan hati yang terbuka. Dia cuba untuk positifkan diri kerana tidak mahu digelar budak lembik kerana selalu menangis.

Ayu beruntung sebab ada juga segelintir rakannya yang membela dirinya, terutamanya Fiza. Fiza bersungguh-sungguh membalas kata-kata mereka yang mencemuh Ayu dan perbuatan itu membuatkan Ayu terharu.

Walaupun Fiza dimaki kembali, dia tidak berputus kata malah membalas kata-kata cemuhan itu dengan lebih teruk!

' Ayu, jangan ingat takde siapa yang nak bela kau, aku ada! So, Don't worry Okay ? '

' Thank you Fiza, kalau tak kerana kau, dah lama aku menangis sekarang. By the way, pandai juga ehh kau melawan haha ! '

Fiza hanya menyengih. Sumpah Ayu terkejut bila Fiza memaki rakannya yang mengejek dia tadi, unbelievabale !

Apabila tamatnya sesi persekolahan, Ayu dan Fiza tangkas menyusun langkah ke susur nilam sekolah untuk membaiki buku rakan mereka yang rosak. Mereka perlu segera membaiki buku-buku itu kerana perlu diletakkan kembali diatas meja Cikgu Maimun untuk ditanda.

' Weh Ayu, sorry aku tak dapat nak teman kau lama-lama, aku ada latihan bola baling pukul 3 petang ni hmmmm.... '

' It's okay la, aku faham '

Sedang kami asyik membalut bulu, aku dikejutkan dengan kehadiran Ilias selang dua meja dari meja mereka.

' Aduh, susah la macamni ! '

Fiza kebingungan tapi otaknya cepat-cepat menangkap apa yang dirisaukan Ayuni apabila terpandang jasad Ilias. Hehehehe...

' Weh Ayu, dah pukul 3 ni, aku kena pergi latihan, bye ! ' kata Fiza dan terus berlalu pergi meninggalkan Ayuni.

' Weh kau sengajakan ?! Baru pukul 2.45 , woi ! '

Fiza tergelak dan menyempat pula dia berbisik sesuatu pada Ilias, ish!

Menurut jam Ayuni, dah masuk 15 minit Fiza tinggalkan dia, tapi masih tiada sebarang tanda-tannda daripada Ilias untuk datang ke mejanya, Fuh !

' Buat apa tu ? ' Tanya Ilias yang tiba-tiba datang dibelakangnya.

Ayuni kaget. Tapi segera dia sorokkan daripada Ilias. Dia dapat dengar yang Ilias tergelak kerana jarak kedudukan mereka tidaklah terlalu jauh.

' Kenapa gelak ?' Tanya Ayuni, marah la konon!

' Saje, sebab awak cute kot ? '

Ayu berlakon tenang sedangkan jantungnya berdegup laju.

' Buat apa tu? ' tanya Ilias sekali lagi sambil menarik kerusi untuk duduk disebelah Ayu.

' Balut buku la, takkan menyulam pula ' dengus Ayu.

Ilias melihat banyak buku yang perlu Ayu balut dan dibaiki. Rasa simpati mula menjelar laju keseluruh badan. Lantas tangannya mengambil gunting dan double-sidetape untuk menolong Ayu. Tapi pergerakannya terbantut apabila Ayuni merampas gunting daripada dipegangannya.

' Kenapa? ' tanya Ilias, bingung.

' Janganlah tambahkan lagi rasa bersalah saya dekat awak, dahlah awak kena marah dengan Cikgu Maimun haritu, lepastu awak nak tolong saya pula? Saya cuma tak mahu awak terjebak sama dalam masalah saya, nanti kawan-kawan lain mengata awak pula, so please faham keadaan saya ' terang Ayu panjang lebar.

Bukan dia tak mahu Ilias tolong. Tapi kalau rakan-rakannya terlihat Ilias menolong dia membalut buku, dia kemungkinan akan dituduh meraih simpati, atau mungkin lebih teruk daripada itu!

Ayu menghiraukan Ilias yang terpinga-pinga disebelahnya dan terus membuat kerja membalut buku yang tergendala itu.


Cengeng !Where stories live. Discover now